Berakit-Rakit Ke Hulu
Assalamualaikum wbt
Saya menjadi orang pertama mewakili kumpulan saya yang masuk menghadap profesor. Ada 2 orang profesor yang bertugas untuk menilai kami pelajar-pelajar English Medium. Kebetulan, profesor yang saya temui itu sebilik dengan Ketua Unit Kardiologi yang menjadi pemeriksa saya ketika final exam bulan Mei lalu. Terus Ketua Jabatan itu memberitahu profesor yang bertugas bahawa saya merupakan pelajar yang menjawab exam dulu dengannya. Hah. Saya cuak. Nanti mesti ditanya banyak-banyak. Alhamdulillah. Orang putih kata: Hard work pays well. Wendy pula menjadi orang pertama yang menjawab dengan profesor seorang lagi yang mana di dalam bilik yang sama, Ketua Jabatan Perubatan sedang berada. Sebaik selesai kesemua pelajar English dan Russian Medium menjawab soalan bersama para professor, kami semua dikumpulkan di bilik Ketua Jabatan untuk mendengar sedikit ucapan daripadanya.
Alhamdulillah! Beliau telah memberikan kredit yang tinggi kepada kami sekumpulan atas prestasi yang sangat bagus berbanding pelajar-pelajar tempatan dan kerja keras kami untuk membuktikan bahawa kami boleh mengatasi masalah bahasa yang kami hadapi. Secara keseluruhannya pula, beliau sangat kagum dengan prestasi pelajar-pelajar English Medium pada tahun ini berbanding tahun lalu. Alhamdulillah!
Selesai Medical Conference tengahari tadi, kami sekumpulan ke rumah Kak Zah mengikut Meor (Meor tinggal di sana) untuk makan tengahari bersama. Makan lauk-lauk raya yang masih sangat banyak berbaki. Ini aktiviti kami meraikan kejayaan kami hari ini. Tapi ini bukan penyudah. Bak kata Ketua Jabatan tadi: Teruskan belajar. Teruskan belajar.
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Kalau nak naik bot laju terus, boleh tak? Hehe.
bersakit-sakit dulu..huu sy rasa sy banyak main masa thn satu..sebab tu la result sy tak berapa nak excellent mcm akak..wajib ubah sikap bila naik tahun dua ni..
selamat hari raya ks..tak sempat nk wish akak masa hari raya pertama dulu..
take care ks..tgk wajah akak dlm foto tu,nampak akak mcm tak sehat je
Reply
Thia:
mana ada sakit. ntah nape dlm gmbr nmpak gitu kot. huhu. selamat hari raya ye thia =)
Reply