Promosi : Bahasa Bumi

Assalamualaikum wbt

Sejak awal Mac lalu, saya telah terlibat dalam satu projek penulisan. Projek ini merupakan sebuah Antologi Puisi 50 Penulis yang sedang menuntut di luar negara. Alhamdulillah, Antologi Puisi ini telah siap dibukukan dan akan mula berada di pasaran mulai minggu hadapan. Ini julung-julung kali saya terlibat dalam projek penulisan begini. Judul Antologi Puisi ini ialah BAHASA BUMI. Terdiri daripada 50 orang penulisan muda dan ada juga beberapa penulis yang sudah sedia menempa nama dalam bidang ini. Karya mereka acapkali tersiar di dada-dada akhbar tempatan. Dalam Antologi Puisi ini, setiap penulis menyumbangkan 2 buah puisi terbaik mereka dan terdapat juga puisi-puisi pilihan yang telah memenangi pertandingan puisi di beberapa buah negara (yang telah dianjurkan oleh pelajar-pelajar Malaysia di sana). Projek Antologi 50 Penulis ini adalah projek Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) yang saya sertai sejak hampir setahun yang lalu.

Jadi dengan ini adalah dengan berbesar hati, saya hendak membuka tempahan bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Antologi Puisi tersebut. Di samping itu, saya turut mempromosikan 2 buah buku lain yang turut dalam tempoh promosi GKLN ketika ini. Sila email saya di: sarahmohdshukor@gmail.com selewat-lewatnya Selasa depan. Di bawah ini saya sertakan harga bagi setiap buku.

Bahasa Bumi – RM15
Mengemis di Kota Larangan – RM15
Menggeledah Nurani – RM15

Ini kali pertama hasil saya dibukukan. Walaupun hanya 2 buah daripada total 50 buah puisi, saya rasa berbesar hati tau =) Bagi yang berminat, bolehlah emailkan segera. Saya hendak membuat tempahan. Emailkan pada saya judul buku dan alamat anda. Nanti saya akan berikan akaun bank saya untuk anda membuat bayaran. RM15 sebuah bukanlah besar sangat, kan =)

Cintailah Bahasa Kita!

Untuk membaca sinopsis buku-buku ini, sila lawati: GKLN Publishing House

Nota: Entri ini auto post.

13 Responses to “Promosi : Bahasa Bumi”

  1. kylex says on :

    salam..
    cik sarah ni mmg brbakat yerk..Jadi pnulis pon die, doktor pon die, bisneswoman die, srba boleh yerk,heheh..

    Skrg ni sy dh mule suka mmbaca brbanding dulu2, mls gler2,heheh..Sy nak baca dulu sinopsisbya, kalo sy sker, sy order yer..:)..pape pn, all da bestt..

    Reply

  2. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    ala sarahh… 45 MYR baru 323 RUB..
    ajnaleb arrr
    😛

    Reply

  3. Ainul Arina says on :

    hoye.. akhirnya, suda ‘bersalin’ makcik GLKN kita.. tahniah2!!

    Reply

  4. myfisol says on :

    salam,

    tahniah..teruskan berkarya..

    okay bro nak order satu untuk al-kindi library…

    tapi mesti ada autograf, ditandatangani sendiri oleh Sarah Mohd Shukor tau!..huhu..

    Reply

  5. wan nurul adila says on :

    salam

    ks..dla pon nak autografffffff [selalu hanya minta autograf parents and cikgu2. and ks termasuk dalam golongan ‘cikgu’ saya (“,)]

    Reply

  6. Nisa ur cousin says on :

    salam…hoho,good effort penghasilan buku nih…takleh ke bagi free kat Sya?as u said, apa sgt la RM15 kan?haha,kidding =)

    hu,Sya semakin rindu kampung!!my feveret trees are pokok manggis in between tuh,and pokok rambutan depan umah tok…dapat msg Ngah haritu psl makan durian sebakul menybabkan Sya komited nak balik kampung weekend nih!purposely Sya kosongkan dari apa2 aktiviti…i’ll give u the details later..gi tgk tiket bas dulu…

    Reply

  7. faisal says on :

    Slm cik sarah yg bizi,
    Mmg berbakat betullah awk ni..sy rase mmg langit dan bumi je bab2 ni..sy kalau suruh buat pantun 2 keratpun tak bleh,hih..:) semoga semuanya baik2 je sarah ye..

    Reply

  8. Ejalz says on :

    salam sarah…
    wahh.. ni dah kira pencapaian yang baik.. walaupun baru 2 buah puisi, bolehlah dijadikan motivasi utk membukukan puisi2 lain pulak kan..

    bila nak ke perak nih?

    Reply

  9. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua =)

    Kylex:
    membaca tu budaya yg baik. sy x boleh klu x de bahan bacaan dlm masa seminggu tu. mesti ada je benda yg sy akan khatamkn. oh. klu x minat x pe. sy skadar nak melariskan jualan bg pihak GKLN je =)

    Izu:
    ajnaleb? apakah?

    Ainul:
    ye.. inilah ‘anak’ kita semua. hehehe. terasa puas hati dgn hasil kali ni kan 🙂

    Bro Fisol:
    terima kasih bro 🙂 sy akn dptkn 1 utk bro n the library =) autograf? hehe. malu plak dgr psl ni. hohoho (^^,)

    Dila:
    ks dh dpt email dila. kena tunggu skit la ye. nnti dh settle sume insya Allah sampai la buku ni ke tgn dila. ks pn x dpt lg ni. hehe. autograf? erk… 😐

    Nisa My Dear:
    haaa… balik jgn x balik. lots to tell u! n lots to hear from u! balik copek! huhu. sya, program homestay sgt best!!!!!! byk nak cerita nih. hehehe.

    Faisal:
    ala… tp awk bab2 pertanian no.1.. sy plak x tau apa2. hehe.. acai… 🙁 awk tau knp kan 🙁 🙁 🙁

    Kak Ejalz:
    insya Allah. mana la tau kot2 nnti sy bukukan antologi sy sndiri je plak. huhu. berangan mmg no.1 sy ni :p btw, sy bru je smpai dr perak ni. sy ke ipoh. sengaja sy x bgtau pd akak lg sbb jadual sy pack sepanjang di ipoh. tp nnti sy akan ke teluk intan. sy plan nak jumpa akak wkt tu. nnti sy contct akak pd no. yg akak bg hri tu 🙂 insya Allah jumpa la kita nnti 🙂

    Reply

  10. hawa says on :

    ehem.. takde kredit untuk saye ke? =P

    Reply

  11. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    BELANJe SY BUKU2 TU.
    TERImA KASIH

    Reply

  12. hantu_siang says on :

    salam doc sarah……
    mmmm….nak free leh? :p sorry ye..xada duit tuk beli…keje tanam padi je..ke tunggu hingga musim menuai baru leh dapat duit… 😀 -hantu siang-

    Reply

  13. ayuhariri says on :

    sya nk order 3 buku tersebut…apakah masih ada lg? bagaimana sya nk dptkannya?

    Reply

Leave a Reply