Penyakit Keturunan

Assalamualaikum wbt

Semalam saya menelefon rumah seperti biasa. Bual dengan ayah. Bual dengan emak. Emak memberitahu serba sedikit keputusan peperiksaan pertengahan tahun adik-adik. Kata emak, adik-adik semuanya rendah-rendah saja Bahasa Melayunya. Pelik. Maka saya pun berbual dengan adik-adik yang di rumah kecuali Aiman. Sudah tidur awal kerana hendak bangun tengok bola katanya. Yang ada hanyalah Adam dan Azizi.

Selidik punya selidik, mereka semua ni sama saja. Adui. Apa nak jadi. Bahasa Inggeris semuanya tinggi tapi Bahasa Melayunya pula rendah. Selepas membebel pada Adam yang akan mengambil PMR pada tahun ini, saya megomel-ngomel pada emak pula. Kenapalah pelik sangat adik-adik ni. Nak dikata tidak cakap Melayu, hari-hari pun berbahasa Melayu. Emak jawab:

“Diorang ni semua kan kaki lagu. English je la hari-hari. Faham-faham je la, Ngah. Budak laki ni lain. Kena pantau, duduk sebelah dia, baru nak buat. ” Adui la… Itukah alasannya. Gelak sajalah saya dan emak. Saya tanya emak, saya dulu-dulu macam mana ye. Kena dikerah semua ke baru hendak buat? Emak jawab:

“Awak bertiga dulu, sampai Nan, tak pun. Duduklah masing-masing memerap dalam bilik masing-masing, buat kerja masing-masing. Tak exam pun belajar jugak.” Wah. Terus ketawa-ketawa kami semalam mengingatkan Kaklong, saya dan Adnan dulu-dulu. Kami bertiga yang di atas ni kiranya budak baiklah. Huhu. Tiba-tiba saya teringat waktu saya dalam tingkatan 2, ketika itu saya sudahpun berada dalam pasukan bahas sekolah. Satu hari cikgu bahas saya menegur saya. Kebetulan dia adalah guru kelas kepada Adnan. Katanya:

“Sarah, apa nak jadilah dengan adik kamu si Adnan tu. Bahasa Melayu dia rendah. Bahasa Inggeris je asyik A. Kakaknya pembahas, adiknya Bahasa Melayu pun C.” Cikgu itu menegur bukan marah, tapi dalam keadaan ketawa-ketawa. Tapi nak buat macam mana. Bukannya saya boleh tukar Nan untuk jadi macam saya, kan. Dah kelebihan dia waktu itu adalah pada Bahasa Inggerisnya. Kebetulan, dia wakil syarahan Bahasa Inggeris ketika itu.

Dalam hati baru saya dapat kaitkan, ini penyakit keturunan ni. Abangnya yang teratas pun ada masalah dengan Bahasa Melayu dan ‘mematsaleh-celupkan’ diri, patutlah adik-adik pun sama. Haa… Inilah perangai anak lelaki. Liat sikit. Perlu disuruh, diteman, dipujuk suruh buat, barulah hendak buat. Tapi bab-bab makan dan ‘mengusha’, tak suruh pun tak apa. Ups…

Semalam kan, saya duduk studi dari jam 6 pagi sampai ke 5.30 petang. Rehat setakat gitu-gitu aje. Makanan pertama yang masuk ke perut pun ketika sudah pukul 7 petang. Sebelum makan dan sebelum menelefon rumah, saya berangan. Saya terbayang sedang berada di atas rumput belakang rumah dekat dengan ampaian belakang. Saya terbayang saya duduk melihat langit dengan Aiman. Kronik betul saya ni. Siap boleh terbayang berhindustanrama dengan adik di atas rumput pula!

Esok exam terakhir sebelum naik taraf bergelar pelajar tahun akhir. Tak sabar mahu balik rumah (^^,)v

Ayah, selamat hari ayah!

20 Responses to “Penyakit Keturunan”

  1. nadia yuna says on :

    salam cik sarah,

    1st,
    penyakit adik2 awak
    sama mcm adik lelaki saya
    yang sgt saya rindui neh!
    kalao adek saya tu bukan setakat denga lagu je, maen gamenya yg banyak. tapi dari situ die belajaq. kira ok la kan?!

    2nd
    lagu nora ini mengingatkan saya kepada 2 perkara.

    Pertamanya, teringat kegatalan tangan endail tv9. tersenyum jap!

    Keduanya, teringat waktu saya tingkatan 4, jadi wakil sekolah buat farmasi hari kebangsaan. buat bendera, logo & lagu yg berkumandang kat sini adalah lagu tarian farmasi saya guna dulang! huhu.. rindu sungguh time tu. best! walaupun pada asalnya kitorang ni dipaksa wakil sekolah. Memori paling x boleh dilupakan, disitulah cik nadia berjumpa cinta pertama! hahah. Form 4 tu! aiyaaa. galak sungguh!

    (^.~)

    Reply

  2. miss cloudy says on :

    salam perkenalan…
    interesting blog…
    all the best for ur exam..

    Reply

  3. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    (SAYA TAKUTTT dengan Sarah yg melekat di meja study)
    baru nak ajak perabis donut kat riverbank neh..what a lovely weather in london today.. tp kalo dah kene study tu, sy hanye mampu tersenyum jer la kan..eh tersengih je la utk kamu..yeayy…
    ganbate ganbate….all de best…cepat abis exam, mau perang sama kamu

    Reply

  4. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Nadia:
    pasal adik laki tu, sy rasa hampir semua bdk laki ni sama je. tp nnti bila dia dh besar sikit, baru dia belajar jd org yg lebih bertangguhjawab pd diri sndiri n klga. yg lg parah kan, adik sy sume laki tau. huhu~ ye. sy pun teringat psl calling tu. abis popular 1 msia awk hri tu :p pecah rahsia plak tu. huhu. oh. bertemu cinta hati pertama wkt f4. awalnya nadia oi… :p

    Miss Cloudy:
    salam kenal. terima kasih miss 🙂

    Izu:
    takut ke? haa.. itu la tandanya sy dh naik tocang. dh jd samurai. samurai buku :p ala… nak ajak gi riverbank ke? termiss plak. nak buat mcm mana kan. td sy ada tgk 1 vid abt doha. u know what. after been there for 3 times alrdy, i really like doha. hoho. kalau ada chance, nnti nak duduk doha. biar la awk kata doha tu panas ke apa. despite of the hotness, doha is a niceeeee place for me to breed a family 😀 muahaha. sy rasa lucu dgn statement yg sy buat ni :p izu, even after exm tmrow, u still cant reach me to kacau2 me. im off to ‘somewhere’. will let u know later 😉

    Reply

  5. one says on :

    Jap lagi nak exam,tengah2 studi maut tu sempat lagi balas komen pah tu come up with new entry..

    Reply

  6. Sarah Mohd Shukor says on :

    Oneib:
    haha. sebenarnya sy baru je sudah cuci bilik air. lg power kan? haha~ study tinggal nk revise je. maka marilah menyempatkan diri kemas2 rumah sbb dah nak balik :p

    Reply

  7. adeq kechil says on :

    salam kak sarah

    urm, biasanya kita orang Melayu ambil mudah BM ni, sebab itu bahasa kita tutur hari2.. kadang2 segan lak dengan bukan Melayu yang dapat A dalam BM, sebab depa study sungguh2.. huk3

    cepat balik kak sarah. jumpe kat temerloh jom ^^

    Reply

  8. sang rama-rama says on :

    salam kak sarah…
    yelah, mana taknya kak sarah…kita memang la cakap bahasa melayu hari-hari tapi bukan bahasa melayu yang betul-betul…ditambah kalau ada loghat negeri masing2….teringat pula adik dla (lelaki juga), masa dia sekolah rendah dulu, nk eja ‘makan’ jadi ‘makang’…sampai sekarang pun dla sendiri boleh tersalah eja macam tu….hihihihi…

    uishh…hari last exam dah ye…semoga dipermudahkan segala urusan ye, kak sarah…kalo hari last exam, dla selalu emosi campur2…sebab tak sabar nak habis, nak balik rumah, dan dalam masa yang sama juga fikir utk wat yang terbaik utk last paper….hmmm

    apa-apa pun all the best kak sarah!

    Reply

  9. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    cess…tak abis lagi ngan tocang die..samurai tengkuk baru tau..
    tak dapat kacau kamu, means sy pon terhindar dr dikacau oleh kamu.. kire selamat la kejap saye ek..
    doha? isk isk isk…sy tak kutuk pon..sbb ade possibility utk pindah sane jer nie..hahha..macam nk kmbali dok ngan family n kejer sane..aiyakss..im off to antwerp in few days..ade training alcatel sane.aiyo..tgk tentative macam takleh nak curi2 g jalan..mangkok betul

    Reply

  10. shazwani adnan says on :

    salam.

    ks, all the best for ur last paper!! wanie pon ade last paper gak 20hb ni.. time tu, korg dh takde dh. tinggal berapa kerat je kt sportiv nih..

    Reply

  11. a.s.h.a.r says on :

    sekadar mencelah untuk bapa2 yang membaca dan khususnya kepada bapa Sarah : En. Mohd Shukor Haji Mahamud, “selamat hari bapa” juga dari saya.

    …..

    Ayah,

    setiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu…
    hinggalah sekarang baru aku tersedar ia sudah melimpah ruah….

    kerana ayah
    aku disini

    kerana ayah
    aku gembira

    kerana ayah
    kuterasa bahagia…

    ayah yang teristimewa

    semenjak kecil aku dibesarkan
    bagai menatang minyak yang penuh
    semenjak kecil aku dimanjakan
    dengan belaian gurauanmu yang indah
    semenjak kecil aku diberi penghargaan
    umpama seorang raja

    ayah…

    ketika aku mengalah…
    engkau semangatku

    ketika aku sakit…
    engkau penawarku

    ketika aku bersedih…
    kau air mataku

    ketika aku ketawa
    engkau riangku

    dan ketika engkau berduka?
    aku harap akulah penawar duka laramu…

    Syukur memiliki anak seindah budi & bahasa Sarah. Tahniah Tn.Mohd Shukor atas didikan Tuan.

    Daripada Bapa Muda.

    Reply

  12. Nisa ur dearie says on :

    salam,
    good luck exam dear!

    huhu, awak tak mentioned nama sya as salah sseorang yg perlu anda temui di tanah tandus ni?
    nak taknak, u must drive to kuantan and take me out to TC, again =)

    miss you!

    p/s: i love dunkin donut too! tapi kuantan takde.. thanx to new east coast mall, ada big apple to feed us with delicious donuts!

    Reply

  13. Mimie Azrin says on :

    salam rindu sarah~!

    adik lelaki mmg macam tu kot. aiman(adik saya juga nama aiman 🙂 ) pun kena tunggu di sebalh baru la mau belajar. kadang2 sampai saya plak yang nangis menarik dia dari depan ps/tv. huhuh —

    tapi tang english, mmg dia lebih dari kengkawan dia. sampai di skolah, dia menjadi fav student english teacher nya. base melayu plak — huhuhu tatau la nak habaq~! 😛

    ———————————————

    ee…eee… sarah dah nak balik bercuti ye..~

    Reply

  14. Sarah Mohd Shukor says on :

    Khairul:
    tu la.. tambah2 plak klu org temerloh kan. pekat bebenor loghatnye. huhu. okeh. kita plan nnti ye 😉

    Dila:
    ye. mcm tu la kiranya. apa2pun, thanks ye dila. ks dh abis exm dh. yeay!

    Izu:
    berapa lama kt sana nnti? tu di brussels kan?

    Wanie:
    alah. last sekali tu kira dh settle dh utk kamu. gen surg je pun :p nnti jgn rindu2 ks tau. haha.

    Bro Ashar:
    Terharu sy baca sajak bro. terima kasih byk2 bro. selamat hari bapa utk bro jgk 🙂

    Nisa My Dearie:
    nisa!!! rindu sgt kt awk. ngah balik next week. pasal ke kuantan tu, klu dapat permission, sure ngah drive gi sana. tp x best la sbb dayah, linda, yana takde. ok. ngah akan cari peluang ke sana. mesti! hehe.

    Mimie:
    yeay. sy dh abis dh exm. akan balik msia x lama lg. yeay! sy rasa kan mie, mmg tipikal la bdk laki mcm ni. huhu. sy dh lama sedar nama adik mie tu aiman. mmg ada 1 musim tu, ramai sgt org letak nama ank diorg aiman, kan. hehe.

    Reply

  15. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    antwerp is bout an hour from brussels by train..kampung..anggap la saye balik kampung menghadiri kursus jenazah..sbb training ni sgt la packed macam nak bg sy jadi nerd utk 2 hari

    Reply

  16. Ibnu Asad says on :

    Salam ziarah.

    Abah cikgu BM. Kalau tulis surat rasmi dia duduk sebelah semak.

    Aduh…

    Hehe…

    Reply

  17. faisal says on :

    Waaaa, bagus tu penyakit keturunannya..err camne sy nak jadi keturunan tu skali sarah?hihii

    Reply

  18. YATISALEM says on :

    hi! my name is yatisalem..i would like to invite u for join new blog listing in malaysia..IIT WAS FREE..IN OTHER MEAN U CAN PROMOTE YUR SITE

    http://www.loniavillage.com/blog_listing5.html

    you are invited also to join our affiliate program in our marketplace.You can get Rm1 for each blog that you recommend to our blog listing.please surf to this link and click at Affiliate LV banner;

    http://www.loniavillage.com/home.html

    After that you can get your own affiliate banner,You can see the sample here;

    http://www.riqzmiecreation.blogspot.com/

    Any question can ask me at;
    yati_salem@yahoo.com

    or go directly to our loniavillage.com admin

    thank

    Reply

  19. shahril aley says on :

    kaki hindustan kot budak ni
    hehehe….
    siap boleh berangan dok atas rumput melihat langit

    Reply

  20. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu:
    ada ke anggap attend kursus jenazah kt kampung. klupun ye kursus jenazah, bagus apa. ilmu fardhu ain. klu x de org tau, dh jd fardhu kifayah.hehe.

    Alif:
    haah la kn. ayah kamu cikgu BM 🙂

    Faisal:
    ewah. nak join keturunan ni skali ye :p

    Yati Salem:
    🙂

    Shahril:
    sy x minat pn hindustan sume ni.kebetulan je tu. huhu :p

    Reply

Leave a Reply