Doni Donik

Assalamualaikum wbt

Pernah dengar nama Doni Donik? Lengkapnya ialah Doni Donik Guspadii. Kenal Bunga Cinta Lestari? Artis Indonesia itu? Yang cantik dan hendak berkahwin dengan Ashraf Sinclair katanya tu? Ha… Inilah adik kepadanya. Percaya ke? Saya acah aje. Hehe.

Donik Donik ialah nama bagi Dunkin Donuts dalam sebutan bahasa tempatan. Tema restaurannya sama saja. Cuma namanya ditukar mengikut bahasa sini. Menu utama tetap juga donut yang perbagai warna dan rasa itu. Sebenarna saya sudah hampir sebulan teringinkan donut di Doni Donik tapi cawangan terdekat tidak ada di shopping complex di Center yang dekat dengan rumah saya. Yang saya maklum memang ada ialah di Ramstore Belayeva. Nun di kawasan hostel lama saya dulu. Kelmarin berhajat nak ke sana tapi saya batalkan saja hajat. Sudahnya saya ke tempat lain.

Semalam, adik-adik rumah saya ini semua sudah selesai exam. Mereka sudah merdeka. Merdeka sekejaplah sebelum meneruskan perjuangan dalam tahun klinikal yang akan bermula bagi mereka pada semester depan. Saya takutkan mereka, klinikal ni penat dan susah. Jadi jangan dilupakan segala ilmu di tahun asas ini.

Sedang saya studi tengahari semalam, Fatt dan Dee hendak ke perpustakaan memulangkan buku. Saya berkira-kira, baiklah saya ikut sekali kerana saya tidak akan punya masa lain untuk ke sana. Perpustakaan agak jauh juga. Dahlah bukunya banyak. Hari panas. Turun naik metro. Memang teramat penat. Tapi kami pergi juga. Saya bersama 4 orang lagi pelajar tahun 3; Fatt, Dee, Balqis dan Yen.

Selesai di perpustakaan, saya katakan pada mereka saya mahu terus ke Ramstore Belayeva kerana sudah lama teringinkan Doni Donik. Dari perpustakaan untuk ke sana dekat saja. Selang 3 stesyen metro saja. Tiba-tiba 4 yang lain juga mahu ikut juga. Kerana di sana ada food court yang selesa. Maka berangkatlah kami.

Sebaik sampai di food court, alangkah kecewanya hati kerana Doni Donik sudah tiada lagi di sana. Rasa terkilan sekejap. Penat-penat datang tapi tiada pula. Kami duduk dulu dan sementara mereka yang lain mencari-cari menu yang mereka inginka daripada restauran-restauran yang ada, saya mengintai apa yang ada di Curry King. Tak sedap. Hati tetap inginkan donut. Saya menuju ke kedai yang menggantikan Doni Donik. Sebuah kafe. Kofein namanya. Saya ke kaunter, berdiri di sana membaca menu yang ada. Semuanya hanya nama-nama kopi. Baru selepas itu saya memandang makanannya.

Eh eh. Ada donut! Wah! Semuanya sama saja seperti yang di Doni Donik. Cuma kini ada restauran baru yang mengambil alih tempat itu tapi masih berkonsepkan seperti Doni Donik. Oh. Saya tidak tunggu lama. Saya teramat sukakan donut dengan karamel glazuria dan donut dengan krim Babarsky. Saya beli 4 biji dan secawan kopi latte. Orang lain minum ais kerana panas tapi saya masih minum yang panas kerana tekak saya masih batuk-batuk sikit. Duduk saja di meja kembali, teruslah makan sambil berborak dengan junior-junior itu. Mereka meminta pendapat dari saya tentang tahun klinikal dan bagaimana saya survive selama ini.

Kemudian kami balik. Saya ada membungkus 2 biji donut lagi. Sampai di rumah, semua sedang tidur. Tapi, atas meja saya ada secawan Mocha White Coffee dari Starbucks. Yeay. Fareena Belikan saya kopi lagi! Yang saya suka pula tu. Maka petang dan malam tadi, saya banyak studi di atas katil bertemankan Doni Donik dan kopi itu. Apa motif ye studi atas katil. Huhu.

Walaupun kalau diikutkan saya sudah terlebih kopi semalam, tapi malam tadi sebaik selepas minum secawan nescafe, saya tertidur macam tu saja. Tiada kesan menambah kesegaran langsung yang kopi boleh berikan pada saya. Tak kisahlah. Janji semalam hajat saya yang sejak sebulan dulu telah dipenuhi. Syukur Alhamdulillah.

Nota 1: Petang semalam kan, saya digoda. Digoda oleh si Fareena itu. You, I geli geleman la you. Euww… Hohoho. Rasakan Pena. Hari tu kamu kenakan KS kan =)

Nota 2: Doni Donik sudah naik harga 🙁 Naik kira-kira 30 sen. Hmm… Beli sajalah. Dah teringin kan.

24 Responses to “Doni Donik”

  1. nadia yuna says on :

    “dona donik” bunyinya macam donat bermanik-manik!

    ouh!

    tergoda sudah!
    kena pi cari dona donik ni.

    =)

    Reply

  2. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    shud i assume ur face is now as chubby as those doughnuts.. ekekeke..
    betul la tu…menjadi2 kan nafsu makan mase tgh exam.
    takpe2…as long as u’ve de appetite..iyer tak..ekekekek..

    BulaT BulaT

    Reply

  3. Inah says on :

    dona donik..hahaha..u should try jco donuts kat KL ni..banyak plak nak suruh sarah try..hahahaha 😀

    william
    jco donut

    apelagi..lalalala 😀

    Reply

  4. фарина захари says on :

    ouh!!ouh!!u, i mne ade nk gode u!u yg terperasan ni….ahahhaa…

    sedap nye donut tu, terase lapa di pagi hr begini..huhu

    Reply

  5. 13may says on :

    hoh???
    mati mati tadi dah ingat ‘dona donik’ tu adik Bunga Cinta Lestari 😀

    Reply

  6. one says on :

    Glazuria?gula sukaria?terkilan dan kempunan sama x?bunga cinta tu sekadar2 je kiut,donik tu lagi best

    Reply

  7. adeq kechil says on :

    kak sarah membuatkan saya lapar

    Reply

  8. Rynn Cowbra says on :

    aiseh!

    kat swak xde jco.

    lalu mengubatkan hati yg luka dgn big apple donut.

    sarah neh blaja ngadap anak patum neh,bsoal jawab dgn anak patum ke?hahahak!

    *toink toink blalu pergi*

    Reply

  9. sang rama-rama says on :

    wa’alaikumussalam w.b.t

    salam kak sarah…

    oh oh kak sarah, saya juga baruuuu lepas makan donut ‘big apple’..nnt balik malaysia try la donut ni pula…sedap2 juga walaupun saya tak tau apa bezanya dengan donut di ‘dunkin donut’ mahupun di ‘doni donik’ di sana…..(“,)

    kenapa tiba-tiba sahaja dikaitkan ‘doni donik guspadii’ dengan ‘bunga cinta lestari’ tu…hahaha…kelakar la kak sarah ni….dan saya juga nyaris-nyaris tertipu….=p

    banyaknya ‘bear-bear’ teman kak sarah study…nak satu boleh??hehe…

    apa-apa pun….

    donut sangat sedap~

    semoga diberi kekuatan untuk terus berjuang,
    semoga dipermudahkan segala urusan
    terima kasih atas segalanya

    jazakillahu khairan kathira

    Reply

  10. ytmz says on :

    dona doni mcm nama panggilan adik ipar Lah VE, yopa yopi.

    dah mula percaya? acah je, hahaha dona donik dekat shell sungai ramal dah jadi RM2.00 tapi sekarang mungkin naik lagi, pasal shell pun naik minyak?

    Reply

  11. Ainul Arina says on :

    donik-donik? uiks peliks… tapi okla tu dia guna bahasa sendiri.. ks should come here n tengok kedai2 kat sini tau.. habis semua bahasa inggeris ditulis dalam arab.. kami nk menyebut pun dah tersyasyul-syasyul.. pas ni sapa2 nak belajar tulis arlish(arab english) boleh la datang sini.. hehehe…

    Reply

  12. Ejalz says on :

    versi kat saudi plak.. ‘House of Donut’.. bolehlah nak buat hilang kempunan pada Dunkin Donut.. hehe.. cuma so far yang dah dicuba, semua jenis ber’topping’, takde yang jenis filling.. (hubby yang beli, tak tau la kot-kot mmg ada jenis filling.. hehe)
    balik ni mesti cari dunkin donut dulu sblm balik ipoh… by the way, my fren kata kat ipoh dah ada Big Apple.. and lebih sedap dari Dunkin Donut sbb freash from oven.. ye ke?
    nak kena try jugak la cam nih… hehe.. aktiviti menaikkan berat badan jek nampaknya cuti summer nih..

    Reply

  13. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Nadia:
    aa.. awk salah sebut tu. doni donik. bukan dona donik. mcm madonna plak bunyinya. huhu. klu nak cari doni donik kt msia, tggu mak sy bukak branch. td sy call mak, dia kata nak bukak doni donik kt msia. iye2 je la mak sy tu :p

    Izu:
    im not getting chubbier. bulat mmg muka sy bulat. sejak azali. huhu. ye. sy suka apa awk kata tu. asalkan ada appetite kan. klu x de, nnti kerempeng sgt la plak. mcm org anorexia je :p

    Kak Inah:
    alamak. kak inah pun salah sebut jugak. doni donik la kak inah. bukan dona donik tau. slalu dh sy dgr org sebut psl jco donuts. nnti la klu sempat sure sy gi cari jco plak. waa… kak inah ni boleh jd promoter utk william n jco la lps ni :p

    Reply

  14. Sarah Mohd Shukor says on :

    Fareena:
    iye.. mula2 ks pelik apasal suara kamu semcm je. ks toleh je belakang, kamu tgh tenung dgn pandangan yg menggoda. auuww.. i ternoda dek pandangan mata u tu tau. u, lain kali u jgn buat mcm tu dh ye. nasib baik emy takde smlm kt bilik. klu x, apa dia kata kat u. bukan kata i. tp u. huhu. *geli plak ber-i-u dgn kamu :p

    Maymay:
    alamak. ni sorg lg. doni donik. bukan dona donik. hehe. tak sangka la plak awk hampir tertipu yek :p

    Oneib:
    mmg donut tu lg best 😀 sy ni sbnarnya muka bunga cinta lestari pun sy x kenal. takat tau nama je :p

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    Khairul:
    alahai.. lapar plak ye. actly kan, ks rindu la kt kamu. nnti ks abis exm ks akan qadha’ balik entry2 kamu yg ks terlepas. or, mybe kita boleh jumpa kt temerloh? hehe 🙂

    Rynn yg dh nak bertunang: Haha
    big apple? ni 1st time dgr ni. wah. makin byk pilihan ye kt msia. ni yg bagus. takde la monopoli 1 jenis je kan. oh. anak patung tu mmg sy susun atas katil. sume tu bukan sy beli. sume org kasi. sy x penah ada anak patung yg beli sndiri utk dibuat main2 atau cakap2 dgn dia. huhu.

    Dila:
    oh. ni lg sorg. sebut2 psl big apple. baru ni ks tau ada big apple donuts plak. nnti ada chance ks nak try la bila balik nnti. anak patung tu sume hadiah dr org. ks x penah beli sendiri. ks ni x penah ada anak patung dr kecik. huhu. tu sbb ganas kecik2 dulu :p

    Reply

  16. Sarah Mohd Shukor says on :

    Yasir:
    dunkin donuts mmg naik harga agak lama jgk dh kn? ke skrg makin naik lg? patut la ada donut2 lain yg berani challenge. bila ada bape jenis, baru mcm ada kawalan harga sbb saingan kan. eh, yopa yopi tu acah je kan? bukan betul kan?

    Ainul:
    sebut betul2.. doni donik~ hehe. haah. betulla. wkt ks gi egypt dulu, abis la sume benda dia eja jd kn sebutan dlm arab plak. mikdunalz. haha. tak pun, ki if si. hahha… lucu2. hahah… lucu2.. :p

    Kak Ejalz:
    oh. house of donuts ye. sy penah tgk gmbr restauran tu kt blog sorg blogger di saudi. tu la kan. sy pun baru je tau psl big apple ni. nampaknya kena cari jgk la balik msia nnti. akak, mmg adat la balik summer utk menggemukkan diri. sy tak penah gagal menaikkan paling kurnag 3kg wkt duduk rmh. huhu :p syok makan mak masak. tu belum kira mkn kt luar lg. hehe

    Reply

  17. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    dah dah la tu study…takut gue melihatnye.. adik2 rumah tu mesti pegi begumbira…tak baik tau kalo tak join..apelak nanti diorang kate…tak pasal2 nnt kene kera sumbang..weekn lak tu…ape kate pegi bersame2 meriahkan weekn anda.. jadikanla weekn ni yg bermakna..

    donut awak nyebabkn sy menggagahkan diri g krispy kreme…choco iced glazed ngan cinnamon apple filled.yummy..sudah cukup bg emi ngan mama jeles..kenyang hari ni..hehe
    dah dah..lari sket dr meja tuh..

    Reply

  18. myfisol says on :

    salam,

    oh..donut fav kami ni…biasanya on the way balik ke utara dari KL kami selalu singgah restoran jejantas sg. buluh untuk beli donuts kat dunkin donuts di situ…memang x pernah miss..kalau beli mesti ambik yg 9 free 3 dua set = 24 semuanya…selalunya tak sampai rumah donuts dah habis dalam perjalanan..tapi kat Alur Setar ada kedai donuts baru, big Apple Donuts namanya..so x yah lah pergi jauh2 lagi..:)

    Reply

  19. nadia yuna says on :

    hoho
    ramainye salah menyebut
    ‘doni donik’
    sebut betol2
    ‘doni donik’

    ok!
    dah pass cik sarah!
    heheh (^.~)

    tersilap dengan donat da..
    jadi dona donik!

    Reply

  20. WanHidayat says on :

    Salam…(0129)hrs

    0224 : Diver on deck, larik atas opis tengok apa2 yang patut…tgh internet laju nih, pegi kat my world plak…cerita donut lah plak…leh tolong hantar kat EM tak…guna kapal selam…booosssaaaannnn….bila nak selesai nih….ermmmm….lepak kat heli deck lah….

    Reply

  21. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu:
    awk mcm tau2 je ye sy mmg duduk di meja study ni dr pukul 6am td smpai la 5.30 ptg. sy bgn buat air kt dapur n lain dr tu mmg duduk kt sini je. huhu. penat. diorg mmg kluar gi jln2 pun pg td. dh ptg bru balik. tp nak buat mcm mana kan. kena la berkorban skit. oh. terus ke krispy kreme td ye? mmg jeles la amy n mama awk nampaknya :p

    Bro Fisol:
    nampak gayanya, semua org asyik ckp psl big apple donuts je ni. mmg sah la balik ni sy kena cari donut ni kan. namanya je pun dh menarik. terasa mcm besar je. huhu. bro, 24 biji utk 5 org (tolak anaqi la kan. hehe). kiranya sorg 4 ketul. jgk la kan. ok la tu. dh puas dh tu. hihi.

    Nadia:
    tu la. awk la cikgu kpd diorg semua. hihi :p abis ramai ank murid yg ikut apa awk tulis 😀

    Hidayat:
    Ya Allah dia ni.. tiap2 mlm berjaga. tp awk night shift utk EM kn mlm ni? selamat bekerja. apa la keadaan angin atas EM mlm2 mcm ni. oh. klu nak hantar ke sana, tak payah guna kapal selam. call kak lina je. suruh dia hantar kan. hehe. tp time awk dh abis di EM la. btw, kak lina’s bday bru je belated. better u wish her once u get on the shore later :p

    Reply

  22. one says on :

    hehe,sebenarnya sejak semalam nak minta…saya suka yang ada isi kaler kuning tu,lupa tah kastad ke apa..

    Reply

  23. nOnnie_sayang says on :

    kat msia ni di pavillion tu ada 1 kedai donut terbest di KL. ks kena cuba bila balik nanti. tapi reganya ya ampun.. kena plak skang ni suma benda naik harga.. dan beraturnya masya Allah, panjang amat. di Cheras area rumah akak ni pun ada gak Big Apple, pun sedap, lembut dan gebu. murah skit.. ish.. sbt pasal donut ni, terliur plak budak lam perut.. huhuhuh…

    Reply

  24. shahril aley says on :

    makan, makan dan terus makan sebelum anda dimakan. hehehehe……

    Reply

Leave a Reply