Baju Kurungku

Assalamualaikum wbt

Sejak kecil saya selalu terasa setiap kali emak memilihkan saya dan Kaklong kain untuk membuat baju kurung. Kami sudah terbiasa menghantar kain pasang untuk ditempah pada Mak Tam, emak saudara kami atau Mak Huda, tukang jahit di kampung kami. Baju yang ditempah begini lebih selesa dan yang penting berpoket dan susun lipat tepi kain lebih daripada yang dibeli siap. Tetapi setiap kali mendapat bahagian masing-masing, saya pasti akan mendapat warna yang saya kurang gemar.

Saya masih ingat ketika dalam darjah 3, emak hendak menempahkan kami baju kurung moden. Kainnya cantik. Ada kuning-hijau lembut dan biru tua-merah jambu. Saya berkenankan yang kuning-hijau itu. Sebaliknya saya mendapat yang satu lagi. Saya memberontak sangat dalam hati. Di mulut pula ada mengomel kenapalah asyik Kaklong saja dapat yang cantik-cantik. Bagi saya, yang warnanya biru tua-merah jambu itu seperti kain sari. Macam India. Saya merungut. Kata saya, saya tahulah saya tak secantik Kaklong (saya baru kurang setahun sembuh selepas terbakar dulu), lagi hendak dipakaikan dengan warna seperti sari ini. Saya sangat terasa hati. Dalam pada tidak suka, saya terima sajalah.

Tetapi emak ada alasan kenapa dia memilihkan saya kain itu. Katanya, saya cerah. Jadi saya kenalah pakai yang warnanya gelap sedikit untuk berseri. Saya tidak bersetuju. Bagi saya, saya gelap. Siti terbakarlah katakan. Saya nampak seperti Aci saja dalam kain itu. Saya mengadu pada Mak Tam yang menjaga saya sejak kecil. Saya katakan yang saya sedih sebab Kaklong mendapat kain yang saya suka. Mak Tam memujuk. Alasannya sama dengan emak. Saya merajuk dua tiga hari dengan Mak Tam kerana Mak Tam seakan-akan membela Kaklong yang mendapat kain cantik itu.

Apabila hari raya tiba, dalam pada terpaksa, saya pakai juga baju itu. Saya ada dua helai baju untuk raya tahun itu. Sehelai lagi berwarna kuning berbunga. Emak khaskan yang itu untuk raya kedua. Raya pertama mestilah pakai kain yang lagi mahal kan. Tapi saya tidak suka. Saya rasa malu sangat. Tapi lain pula jadinya hari itu. Apabila bertemu dengan saudara-mara, mereka memuji saya manis berbaju kurung itu. Kata mereka, warna macam inilah baru sesuai dengan saya. Barulah nampak cerah atau tak. Pujian yang sama diberikan pada Kaklong. Jadi sebenarnya saya tidak pastilah mereka menujukan pujian ikhlas kepada siapa.

Bila sudah besar, biasanya emak akan memberi duit dan kami akan membeli kain sendiri, mengikut citarasa kami. Dan sejak masing-masing sudah ke universiti, kami hanya membeli baju siap. Senang dan banyak pilihan. Bagi saya yang hanya setahun sekali pulang bercuti ke Malaysia, emak pasti akan mengikut saya pergi membeli baju di Butik Tradisional Melayu di Temerloh. Kedai pilihan. Kenapa saya perlu ditemani emak? Jawapannya kerana jika saya pergi sendiri, saya hanya akan memilih tona warna yang hampir sama.

Saya sudahpun ada banyak baju bertonakan coklat dan biru. Jubah seluar pun berwarna coklat. Banyak betul yang warnanya coklat. Sebelum ke butik itu, seminggu pertama tiba di Malaysia tahun lalu, saya membawa adik saudara saya menemani saya membeli baju kurung siap di Kaid Johar, gedung kain yang popular di situ. Adik saudara saya kata, saya tak pandai berfesyen langsung. Asyik pilih warna yang gelap-gelap. Lantaklah. Saya tetap beli juga 2 helai baju kurung dan sepasang jubah seluar untuk kegunaan di Malaysia. Saya tidak suka pakai baju lain selain baju kurung. Sebab itu saya menambah stok saya untuk kegunaan sepanjang cuti.

Jadi, ketika di butik itu, saya terlihatkan sehelai baju berwarna coklat tanah keemasan, kain kosong, Baju Kurung Pahang. Saya berkenankan baju itu. Baru saja hendak mencapai, saya diberi amaran oleh emak. ‘Ha… No more brown colour ok.’ Tersedih sekejap. Sudahnya saya dipilihkan dengan sehelai baju kurung hijau baldu sekali dengan tudung yang dipadankan oleh emak. Balik ke rumah malam itu, saya mencebikkan muka saja di dalam kereta. Maklum sajalah. Orang sedang merajuk. Keesokannya saya menunjukkan baju itu kepada Mak Tam. Mak Tam sangat sukakan warna itu. Kata Mak Tam, saya kenalah berani cuba warna-warna begini. Jangan takut apa orang kata. Kata Mak Tam lagi, kulit saya sesuai untuk apa-apa warna pun. Jadi janganlah nak merajuk lagi. Saya diam saja. Saya bawa baju dan tudung itu untuk di basuh sebelum dilipat untuk dibawa pulang ke sini sebagai baju raya.

Pendek cerita, saya tidak pernah betul-betul dapat warna yang saya suka. Saya cemburu melihat baju raya Kaklong tahun lalu. Ungu! Sedangkan ketika di butik malam itu, saya ada menunjukkan sehelai baju kurung ungu gelap pada emak tetapi emak tetap katakan tidak kerana masih berona gelap. Beberapa bulan sudah, ketika saya agak tidak bersemangat, saya menelefon rumah dan salah satu pujukan daripada emak ialah ‘Tak lama dah nak balik kan. Nanti balik mak tempahkan baju kurung ungu kain yang Ngah nak ok.’ Lucu pula teringatkan pujukan ini. Macam saya ini budak kecil saja lagi.

Begitulah kisahnya saya dan warna baju kurung. Selalu saja dikatakan tidak pandai memilih warna. Apa-apa sajalah. Asalkan saya selesa cukuplah. Itu prinsip saya. Berbalik kepada blog. Pasti semua dapat melihat wajahnya sudah baru. Saya teringatkan ‘baju’ blog saya yang pertama. Kombinasi coklat gelap-coklat cair. Kemudian ditukar ‘baju’ hitam klasik pula dan seterusnya ditukar ke coklat gelap kembali. Saya sebenarnya sudah lama mencari-cari warna yang terang putih bersih begini. Sejak sebelum menggunakan warna coklat gelap yang dulu. Tapi tidak berjumpa dengan template yang menyediakan ruang tulisan utama yang luas. Yang ada semuanya yang kecil-kecil saja. Saya kurang gemar yang begitu. Jadi, inilah ‘baju’ saya untuk kali ini. Saya harap, emak puas hati dengan pilihan saya kali ini. No more brown. Kali ini bertemakan Pakatan Rakyat Hijau-Biru pula. Hehe. Dan saya sukakan pokok sebatang di atas itu. Membawa refleksi saya yang seorang lone ranger di sini dan berharap dapat menjadi seperti pokok (seperti yang dikatakan oleh Saidina Abu Bakar); membawa manfaat kepada yang lain walaupun telah mati nanti. Link pautan saya letakkan di bawah sekali. Supaya bahagian atas blog ini tidak serabut dan sesak.

Selamat berhujung minggu buat semua =)

57 Responses to “Baju Kurungku”

  1. shukor says on :

    cantek template baru ni..

    Reply

  2. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ayah:
    yeay. ayah sokong ngah. ehem, mak kata apa? =)

    Reply

  3. Liyana says on :

    hik2…blog ngangah dh brbaju bru…huuuu~~ngah cam yana la…always kate plihan sgt brukk..yana pernah nangis sbab dpat bju kurg yg yna x minat..bju tu tnah biru gelap dn bunga kuning..stu lgi trbalik…tnah kuning bunga biru + purple..yana sgat x ske..sbb yna x ske la yna bwak pgi asrama biar cpat skit lusuhnye…huuu~~~tapi ble bwak pegi asrama sume kwan2 ske…dieorg kte cntik….pstu baru la rse ok dgan baju tu n rse bbangga pkai..heheh…yna pun pnah ckap kat dayah n linda yana x suke pkai
    bju kurg mak plih…tpi linda n dayah kte sllu dieorg ske mak de plih..ad jiwa org muda..colourful…most of time i also like choc colour…hiii~~~ngah kite nih ad taste org tua ke..huhuhuh

    Reply

  4. cikgu jawe says on :

    waaa.. nak balik template nih. hehe

    Reply

  5. cikgu jawe says on :

    tak baik tau jeles2 nih. esok2 time sarah kawen.. (ehem.. ehemm..) buat le tema ungu banyak2 eh.

    aku tak pernah rasa jeles dgn adik2, kecuali satu perkara. adik2 aku belajar lebih pandai dr aku. hehe. selalu mrk dpt no 1. sedang aku nombor 21! hahaha

    maklum le, aku kan tadek saingan dr adik beradik.

    Reply

  6. hafiz238 says on :

    this layout is nice. If I’ve time after the exam, I might as well change my blog layout too 🙂

    Reply

  7. Muhammad Khairul says on :

    canthek..

    Reply

  8. niaarasis says on :

    salam~

    bila bc enrty ni, kisahnye lbh kurg izza.

    stiap kali bli kain utk wat baju kurung, izza akan dapat warna lembut2. izni plak akan dpt kaler gelap2. kata umi, kulit izza lg gelap dr izni. kene pakai kaler lembut2.

    tapi bile dah besar skrg, member2 pelik sb izza takde baju kaler gelap2. izza bagitau sbb kulit izza gelap. tp bile compare ngn kwn2, izza lagi cerah rupenye.hehe..

    Reply

  9. nabZie says on :

    salam kak sarah..lama tk kasik komen..tehehe
    i really think ur blog nampak ceria..me loikey~~

    citer pasal baju kurung ni,mak sy pon sll utamakn sy sbb sy paling gelap!!
    sedey tp dah biasa dah..mk sy takkan kasik sy pakai baju tanah gelap ker ape..tp sy mmg tak ske warna yg pudar atau gelap sgt..sumhow mata sy akan tertarik kt purple and pink.hehe…tp next raya kelas sy nak itam..hadoi dilema plak..cuti nak dekat!!!yeay!!!
    dtgla umah sy kalo cuti nnt!dekat jer kampong tu..hehehe

    Reply

  10. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    ya allah ya tuhanku..
    baju kurung nye hal boleh bawak merajuk..ape ke hal nye ni sarah..
    mase pakai baju kurung kat skola dulu, bekenan tak colornye?
    ke merajuk sepanjang bertahun2 sekola pakai baju kurung tuh?

    brown color is not dull, it portrays maturity actually..tu grooming consult la kate kan..
    MATURED kah kamu? soklan cepu emas tu..

    sebut pasal baju raye..hmm..dah bape tahun dah tak beli baju raye sendiri..tp smue mama pilih mesti lawa n best nye..tgk pula sape yg memakainye..yeehaaaa

    Reply

  11. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua. hihi. sy dlm mood gembira walaupun takla gembira sgt sbnarnya :p

    Yana:
    haaa.. kan ngah dah kata. kita 2 beradik ni sama je! dh lama tu sama plak ada 2org je ank pmpn dlm klga kan. dayah pun sokmo kata taste mak ngah n makde taste org muda. ahaks. kita kot yg taste mcm org tua. auww~ tp kita betulkan keadaan. bukan taste org tua. tp taste org matang. huhu~

    Cikgu Jawe:
    alamak. jgn la amik balik cikgu *geget jari* nnti org kata kita ada apa2 plak. huhuhu :p ala cikgu. jgn la sebut psl kawin2 lg dgn sy. x de maknanya. sy ni x kan kawin lg nya. sy nnti rasa nk ikut cadangan ayah sy je. akad nikah n buat majlis kecik je. siap.

    Hafiz:
    terima kasih =) sy ni tgh sibuk2 pun smpat lg buat keje tak berfaedah gini. hehe.

    Reply

  12. cry4freedom. says on :

    Baju kurung ungu. Kebarung ungu. Kebaya ungu. Huuu. Bergembira dengan halunisasi. Hehe.

    Reply

  13. Sarah Mohd Shukor says on :

    Khairul:
    terima kacheh =)

    Izza:
    haa.. betul2 tu. sgt sama. ni la jgk yg jd kt sy. izza pn 2 beradik pmpuan je ke? sy jd kes jealous2 gini sbb 2 org je pun ank pmpuan dlm klga. hihi. tp smpai ke hari ni kaklong sy mmg lg lawa n lg cerah dr sy la. hihi.

    Nabilah:
    kamu mana ada gelap pun nab. dh la mcm cina2. ks rasa kamu boleh masuk dgn byk warna. bukan mcm ks ni. huuu~ insya Allah nnti kita jumpa kt penang plak cuti ni. aishh… exam pun belum lg kita dh rancak psl cuti plak. hihik. eh, ur group ada warna tema ye? best jgk tu. tp batch ks ada 2 je pmpuan melayu. klu batch plak, ada 10 org pmpuan. possible ke nak bertema-tema segala ni? hmm..

    Reply

  14. maddieness says on :

    this is really nice!

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu:
    cuba kalau awk kulit gelap, disuruh pakai baju warna-warni cam india berpesta. aaa. misti la x suka kan. n kalau la awk ada sorg je lg pesaing dlm rumah tu yg sama jantina dgn awk, n dia dpt yg awk berkenan, awk misti terasa hati jgk kn. hehe. kisahnya, sy ni 2 beradik pmpuan je. yg lain laki. dh la kakak sy jauh lg lawa comey lotey, dpt plak kain2 yg sy berkenan, terasa okey kecik2 dulu *dh besar ni pun. ahaks* wallawei.. ada org perasan hensem ye. maklum je la kan. anak mama. misti la mama pilih yg paling cantik, paling bergaya, paling sesuai utk anak bujang dia ni ha :p *lariiiiii.. nnti izu baling selipar!

    Azwan:
    wah. siap kebarung n kebaya lg tu. erm.. sy x reti pakai kebaya segala jenis ni wan. terbantut sat halusinasi. hehe. tp ungu cantik kan :p *bertanya pendapat yg pakar warna*

    Maddie:
    thank u sweetheart =)

    Reply

  16. cry4freedom. says on :

    Ok salah eja rupanya. Halusinasi. Hallucination. Patutlah rasa aneh.

    Ungu mmglah tantek tangat. Hehe. Membangkitkan memori bersisa sudah. Alah lah.

    Reply

  17. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    ‘warna-warni cam india berpesta. ‘
    taula dulu dok klang 2 tahun…2-3 tapak dah sampai ke tapak ‘pesta’ warna-warni..iye tak?

    WALAWEI…lame siutt tak dgr such word..ni ade satg tak abis2 walawei depan mama neh..bg die fening ngan anak bujang die ni kan..

    terime kasih mengingatkan sy utk masukkan selipar ke dalam beg..hahahha…kalo tak, berkasut2tan la sy..so, tepakse sy campak kasut je kat sarah..nk yg sketchers ke yg clark..bg yg paling keras la kan..lame sket pedihnye

    Reply

  18. Anonymous says on :

    ha!pokok tu tempat cikgu jawa bergayut dulu lah,patut le cam penah nampak..N3 baju kurung ni ngam tak kalau letak lagu cindai?
    teringat novel manikam kalbu fesal tehrani..dah baca?

    hehe lone renjer ke powerrenjer ungu di pelosok rusia?

    Reply

  19. Sarah Mohd Shukor says on :

    Azwan:
    eh, sy pun baru sedar awk eja pelik kt atas tu. hehe. membangkitkan memori bersisa sudah. toksah memburu dulu lah. fokus dulu. lepas tu grand2 terus ada kenduri kendara. haha. jumpa mana, tu belakang kira. amacam?

    Izu:
    tu sbb sy anti warna mcm org pesta2 ni. huhu. cukupla 2 tahun disajikan dgn warna warni ranggoli di klang tu. hiks. WALLAWEI… sy pn x tau camne boleh tertulis tu td. spontan je :p sila baling sy dgn kasut LV yg ini ye: [Louis Vuitton] ahaks :p

    Oneib:
    ye. pandai. dulu cikgu jawe pernah bergayutan di pokok itu la jg 🙂 sy x minat sgt siti nurhaliza solo je. sy minat SM Salim. jd, klu duet2 gini baru sy layan. aaa.. buku tu belum baca. nnti la sy balik sy beli semua yg sy dh miss..

    Reply

  20. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu:
    alamak.. link tu x keluar ke page yg sy nak plak. myb sbb adobe flash player kot. sila lihat2 ke bahagian summer 2008 sandals, kasut no.4. hehe. berangan la sy meninggu diri sekejap :p sekejap je pun. berangan kt sini je. kt dunia nyata x reti pakai pun :p

    Reply

  21. Ainul Arina says on :

    salam. wu… masuk-masuk je arini terus silau mata.. wa, rumah baru yer… no more kelam-kelam dah.. @_@ bersinar nampak rumah baru ni..

    uiks, jarang dengar adik jeles ngan kakak. selalu dengar kakak jeles ngan adik… contoh terdekat ainul ler..hehe^_^

    kalau ks dengar kat kakak ks sbb dia lagi lawa, ainul plak jeles kat adik sy sbb dia lagi terer bab bergaya-gaya nih.. kakak dia lingkup! huhu.. tapi kalau nak sedapkan hati, orang kata jer yang dia belajar bergaya sbb kakak dia ada. orang takde kakak.. so, takde la terer bergaya.. hehehe… (kakak poyo…)

    Reply

  22. Ainul Arina says on :

    eh, wrong typing error… * kalau ks JELES kat kakak ks

    Reply

  23. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    sarah, sarah..
    sy tanye LV, dorang kate size utk kaki awak takde la sandal tuh..
    so, takleh la sy nak merealisasikan hasrat awak dibaling LV. hi-taste die neh..mmg nak kene baling gak la rasenye..
    wallawei

    Reply

  24. Cinta says on :

    Salam Sarah,
    Wah…cantik baju baru blog ini…fresh gitewww….saya suka juga brown color kalau beli baju atau kasut mesti color iteww…hehehe…

    Reply

  25. sAfF hAMdAn says on :

    semlm bukk blog ni,xleh masuk.i tought u’ve made ur blog private…gile bosan dh xleh bce blog ks lg..hehehe..
    alhamdulillah la x private.jgn ks..saye knal ks di alam maya je ni hahah..xtau lagu mane nk contatc nk bce blog ni…jgn privatekan yek!
    nway,saye pon xrti pilih hahah..along saye sllu bising saye asyik pilih kaler biru je..tp klo org bg bju kaler idia pon saye pakai je.belasah taram je segale hehehe

    -lone ranger form japan-heheh..btach saye saye sorng je kt U ni.sian2..

    Reply

  26. sAfF hAMdAn says on :

    alamk..slalu buat anonymous..dh terkntoi plak la ni….

    Reply

  27. myfisol says on :

    salam..

    selamat berbaju baru..hehe..lagi okay lah “baju” ni, lebih “menghijau” dari biasa..

    betul cakap mak sarah tu…variasikan lah sikit warna2nya..kita kena selalu kelihatan ceria…semoga ceria2 selalu..

    – bro fisol & k.mai-

    Reply

  28. cikgu jawe says on :

    alamk..slalu buat anonymous..dh terkntoi plak la ni….

    saff hamdan: maka tahu lah aku sapa yg selalu surf from japan. huhu. awak rupanya ye saffreena hamdan.

    tapi apasal blog awak invite pula. aku nak juga baca.. 🙂

    Reply

  29. cry4freedom. says on :

    Ha cik. Kuis kuis kembali sikit sikit kot mana tau ada ruang tertinggal boleh menyelit. Hehe. Sett!

    Reply

  30. hawa says on :

    Baju kurung lagi.

    Cantik layout ni! Hijau.. tetapi kenapa pokok je.. ‘bulan’nya mana? =P

    Reply

  31. wai says on :

    salam sarah,

    lame tak kasi komen.selalu lalu baca je. er..butik tradisional temerloh tu beloh mane nyak? kalo kaid johar tu tau hamat le… tuan sheikh tu pemes ngat. 🙂

    Reply

  32. Rynn Cowbra says on :

    sarahku shayang,
    ryn baru jek pilih kain utk dibuat baju raya taun ini.

    da pilih da.
    kaler biru gelap.
    pas pilih bagai tuh baru ingat,
    taun lepas da pakai biru.xkan nak pakai biru agik.

    tapi da pilih da 🙁

    da lew taun lepas 2 helai baju kaler birukk.
    adess~

    lawa lew page baru sarah neh.
    suka!suka!

    Reply

  33. 'Ain Nasir says on :

    Salam Sarah,
    Saya pun sll merajuk dgn mak sbb selalu mak beri kain yg lebih cantik pd kakak. Alasn mak saye sebiji dgn alasan mak awak. Mak saya suka sgt tgk sy pakai baju kurung warna merah, die kata padan dgn saya sbb kulit saye cerah (cerahkah??huhuhu,mak sj je nak sdapkan hati Ain ye?..)
    Tak sangka pl ade org yg sama mcm saya. Balik cuti summer pun, mak saya awal2 da tetapkan baju kurung saya.
    Plg tak best, ms ddk asrama, kain yg saya suka kakak dah pilih awal2..Hihu..
    Nasib la jd adik kakak.Pape pun, saya tak merajuk dgn kakak, merajuk dgn mak je…Hihihi..kelakar je bile PK semula.

    Reply

  34. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ainul:
    hehe. jeles2 pun tetap syg jgk. tp nak buat mcm mana. dh 2 beradik je pmpuan kn. kalau balik msia, dia x de kt rmh, ks tido sorg2 je kt bilik. tp bila dia balik, ada je yg kitorg x sependapat. tp bila dia dh balik tmpt dia smula, mula la msg rindu2. hihuu.. mcm kekasih je :p saje je ks guna warna terang gini. kasi org yg ngantuk jd segar 😀

    Izu:
    jahat…. ada la size. jgn tipu 😐 sandal je pun. bukan kasut. sure ada size ok. kedekut kata je la. hiks. sy bukan high taste pun. kebetulan je teringat hari tu ada browsed thru LV punya site. suka pattern yg tu. biasanya, kasut bata pun sy sarung dgn riang hati. selesa ok.

    Cinta:
    haa.. ada jgk org yg mcm sy rupanya. tu la kan. mcm automatik je nak terambil yg warna coklat2 gitu. hehe. sampai asyik kena tegur dek mak. takde taste dia kata. aduhai.. 🙂

    Reply

  35. Sarah Mohd Shukor says on :

    Saffreena Hamdan:
    Saff, kamu dh kantoi dgn ks dh lama dh 🙂 hiks. ks dpt detect url blog kamu tp x dpt nak baca la kan sbb private blog. x nak ke invite ks jd reader? 😉 pg td ks private kn sbb tgh uruskan repair2 blog ni la. buang mana x nak, susun kasi elok smula. hehe. thanks sbb sudi jenguk blog ni byk kali dlm masa sehari. ks tau tu tau 😉 hihi

    Bro Fisol n Kak Mai:
    sy x reti sgt bab2 memvariasikan apa yg dh jd kelaziman pd sy. hehe. esply bab baju2 ni. apa sy rasa selesa n suka, sy akan beli yg mcm tu lg. hehe. tp tu la. mmg kena ubah kn. kalau x nanti nampak tua dr umur. auww.. takut plak nampak camtu. padahal muda lg. hehe.. perasan sat :p

    Cikgu Jawe:
    haah kan cikgu. sbnarnya kita dh tau lama dh kan. hehe. so saff, apa lg. meh la invite kami jd reader blog tu 🙂

    Reply

  36. Adzrul Ariff says on :

    Seronok baca blog Sarah ni…tapi tak sempat nak cover semua entries lagi sb saya kena sambung study semula. Lain hari insyaallah, saya akan linkkan blog Sarah dalam blog saya yang baru nak bertunas ni. 🙂

    Reply

  37. Sarah Mohd Shukor says on :

    Azwan:
    ruang banyak lg tp bukan skrg. org pun banyak lg tp bukan senang nk gam dia. hehe. set? fokus dulu orait bos 😉

    Hawa:
    eheh. nak buat camne ye. sy ni ada penyakit x leh pisah dgn baju kurung kot :p oh. bak kata SM Salim, bintang menyorok di balik daun, bulan turut menumpang sama. ewah~ hehe

    Kak Wai:
    lama benor sy tak menyinggah blog akak yek. rindu amat sy nok baca cite org temerloh ni ha. huhu. batul amat kan. kedai pak sheikh tu pemes seantero temerloh. butik tradisional melayu tu dekat dgn ABS. bertentangan. kalau dtg dr arah bandar, lepas petronas JB, ada traffic light kn. jln terus lepas traffic light ada deretan kedai sebelah kiri tu kan. kt situ la butik tu. lawo bebenor sume baju situ wei. harga mmg boleh tahan kalau nak banding dgn Rosmart sume tu ha. kalau x silap, sy selalu ke situ guna jalan dari Teluk Ria Supermarket tu. jalan terus then terus belok kiri. sebelah klinik ratnam ke apa ke benda kt situ tu. singgah le. eceh. mcm sy tokey situ je. kabur mate nengok sume ada situ. papalih lawonya. ahaks

    Reply

  38. Sarah Mohd Shukor says on :

    Rynn Ku Sayang: *hugs*
    aaa.. biru lg ke? kita exchange kain nanti nak tak? alang2 awk dh berbiru tahun sudah, sy beli kain, pos kt awk, awk pos yg biru tu kt sy plak. amacam? hihik. yg kebaya merah tu plak baju raya thn lepas jgk kn? banyaknya baju raya awk ryn.. sejak dtg sini, sy ada sehelai je setiap thn. wkt 1st yr lagi la. x de baju raya pn. huu.. suka ke? thanks amat! muaah!

    ‘Ain:
    ooo.. sama kes la ni ye. hihi. tp awk mmg cerah ain. nak banding dgn sy, awk lg cerah. erm.. sy rasa betul kot apa mak awk kata. awk sesuai dgn warna merah. tp takkan la asyik merah je kn. hehe. ain, sy dgr awk nak bertunang/kawin balik cuti ni? sungguh ke? waaaaa…. sgt2 x caya! nnti story eh kt sy. happy nizhny games~

    Adzrul:
    salam kenal adzrul. oh. dr kursk ke? tp sorry sgt2. sy x cam lg. nanti2 kenal la kan, insya Allah. ok. sy link kan jgk. blog awk bru nak bertunas after a looonggg hiatus. welcome back to blogging world 🙂

    Reply

  39. sarahss says on :

    akak…template baru…??hikhik
    template nie comeyyy~~~ 🙂 🙂
    akak periksa bile? saye lagik one week je..huhu

    gudlak!!

    Reply

  40. Ibnu Asad says on :

    Salam ziarah.

    Dulu saya panggil baju melayu tu baju kurung.

    p/s:

    Template baru yang kemas dan menarik 😀

    Reply

  41. shazwani adnan says on :

    salam.

    pakatan rakyat biru – hijau? hurm.. dah bagi idea dh ni. hihi..

    biasalah tu ks, main rebut2 baju kurung. lagi2 kalau ade adik beradik ramai cam wanie ni. lg la berebut.

    Reply

  42. Hannan says on :

    lawa la templete baru..
    new look! fresssh!

    P/s – would appreciate ur honest comment on my latest entry!

    Reply

  43. ytmzz says on :

    ya, baju baru ni lebih sejuk, tidak menumpu macam warna gelap, kali ni lebih terbuka, bersahaja dan santai, hijau dan biru, pokok sebatang macam lukisan, tapi mana sungainya, pakcik bercangkul, rumah lama, dan burung terbang, baju baru yang smart! sokong baju baru bukan Pakatan Rakyat, kalo tengok amoi berbaju kurung nampak cun jugak.

    Reply

  44. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    sarah bg comment yg kejam seyh..tgk sape menchubbyyyyy nntttt

    Reply

  45. sAfF hAMdAn says on :

    cmne saye nk invite..emel akak pon xde..name pon knal dlm dunia blog je hehehe

    Reply

  46. Sarah Mohd Shukor says on :

    Sarah:
    thanks 😉 comey mcm kamu kan kan kan. akak start on 25th. tp rapat2 n berderet….. matilah kan. all the best to u too 🙂

    Alif:
    org di johor je kan yg panggil baju melayu sbg baju kurung kan? uniknya bahasa melayu 🙂 terima kasih alif 🙂

    Wanie:
    idea utk apa wanie? alaa.. tp yg bestnya klu ramai pmpuan, anytime je nk guna baju diorg, boleh pinjam je sbb sume sama saiz je kan. so, baju kau, baju aku jgk. x gitu? klu x silap, baju mak kamu pn kamu boleh pakai kan. hehe. mak ks pakai jubah n ks boleh tenggal kot dgn saiz jubah tu :p

    Reply

  47. Sarah Mohd Shukor says on :

    Hannan:
    thanks! oh. regarding that issue, isnt it? insya Allah will pay attention during my break. ni tgh study hours lg ni. hehe. x leh break rules (^^,)v

    Yasir:
    ada extra z ye kali ni. hehe. lebih sejuk ye. pandai. thanks! sy ingtkan awk x perasan psl pokok tu. rupanya ingt lg ye. terharu plak. hehe :p sungai dh tertimbus kot. pakcik bercangkul kt kebun lagi kot. rumah plak dh roboh. ni dh futuristik punya zaman di lokasi yg sama. anak pakcik tu ada la. encik stroboskop. hihi. oh. ada lg yg kurang. ‘belajo rajin2 ye sarah’, 1 bintang sbb kemas, dan ‘YT’ =) erk.. amoi baju kurung lebam mata. dia nyorok sbb x cun. huhhu.

    Izu:
    alahai.. merajuk ke izu 😀 apa2pun, safe journey ya! kirim salam pd family kt sana.

    Saffreena:
    ni email ks: sarahmohdshukor[at]gmail[dot]com =)

    Reply

  48. cemut says on :

    wah cite sal bj kurung
    cemut salu wat baju kurung time raya je la.
    so kira nya staun 2 pasang je buat.
    kekeke sbb xsalu sgt pakai bj kurung
    keja pun sdiri..so selesa pakai jeans je..

    Reply

  49. Rynn Cowbra says on :

    ahaks!

    *hugs*

    kebaye meghah tuh 2 taun lepas punye baju.
    da jd cam satu trend da setiap taun sehelai kebaya,sehelai baju kurung.hihik!

    ala,sarah.
    sementara rynn duk dgn pemeli lg la nak baju byk2.
    kang da kije cam ajah kang,baju kene beli senirik.xdpt da nk mrase urg sponsor. huhu!

    Reply

  50. leokid says on :

    hijau ni cantek. macam spring. hijau..and ceria~~~!! =)

    Reply

  51. fathiyyah says on :

    Kak,cantik bj kurung baru ni. Btul ni.x tipu. Hehe

    Reply

  52. alya says on :

    salam sarah..alya pun setuju yg hijau putih ni sgt menarik.nampak cam bersih sgt…maaf lah alya tanya pasal blog sarah dichat box acai….

    Reply

  53. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    salam ‘alayki ya ukhti..tu je la kan..
    ni br sampai, terus g McD…eish..bahaye gini…
    sy takleh teruskan…tp dgr citer esok pg breakfast sate…tidakkkkk
    salam sudah disampaekan

    Reply

  54. wai says on :

    adoi la sarah… punye la mamainye akak. Tak perasan la pulak Butik Tradisional Temerloh tu BTM la kan? hahahaha… biasa panggil BTM jer, tak perasan pulak nama panjangnye Butik Tradisional Temerloh. Hik hik… direction tu betul la sangat. mmg baju2 kat situ cantek hamat wehh! hege pon mmg boleh dibeli la kirenye. popalih! hahaha…

    Reply

  55. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cemut:
    alaa.. ruginya.. klu sy plak, selagi boleh pakai baju kurung, sy misti cekau baju kurung punya la. hehe. terima kasih sudi singgah 🙂

    Rynn:
    ooo 2 thn lepas punya ke. haah kan. selagi tgh disponsor dek org lain, berbajulah dgn banyaknya. nnti dh kena beli sndiri, dh mula rasa sayang nak berabih x memasal. tp best jgk beli sndiri ni. boleh demand nk yg best2. duit sndiri kan. ikut suka hati je. hehe.

    Syam:
    hehe. terima kasih! (^^,)v

    Thia:
    hehe. baju kurung baru yek. terima kasih! (^^,)v

    Reply

  56. Sarah Mohd Shukor says on :

    Alya:
    terima kasih alya (^^,) oh, psl hal tu, takpe. lg pun, blog sy, blog acai. blog acai, blog sy jgk. ngeee~ 😀

    Izu:
    alhamdulillah dh sampai ye. baru sat td sy tgk gmbr bersuka ria di mcD dgn family tu. weehee.. tp harapan tetap ada kan 😀

    Kak Wai:
    haah BTM. tu le kedainye. hehe. ni balik ni wajib la sy ge sane lg cari baju tudung. sy dh agak dh mistinya akak dh tau kedai ni keknye x ingat nama je. hehe. papalih lawonye ye. haha… lucu~

    Reply

  57. Inah says on :

    waah..baru beberapa hari x masuk blog ni..dah bertukar wajah..hehehe..saya suka!!

    akak kan penggemar biru 🙂

    Reply

Leave a Reply