Chantek
Saya ni sebenarnya tengah sidang berehat. Baru selesai Maghrib bersama rakan serumah. Sesi tazkirahnya meleret-leret. Dari satu cerita, macam-macam pula maklumat tambahan yang dikongsikan bersama. Baguskan adik-adik rumah saya ni. Ha! Semuanya masih solo. Mari cepat siapa cepat dia dapat. Hiks.
Kenapa saya menulis malam ini ada 2 sebab. Pertamanya kerana saya nak berehat. Baru inilah saya menjenguk blog hari ini. Keduanya kerana saya rasa geli dengan entri lepas. Huhu. Tapi tulis juga kan. Entah apa aja saya ni. Tapi tetap geli dengan tajuk begitu. Terasa macam orang tua. Eh, macam tak sedar je hidup dah cecah suku abad. Jadi saya kena cepat-cepat kemaskinikan entri terbaru. Takkan mahu disimpan semula entri itu kan. Saya ni kadang tu cakapnya saja yang lebih. Silap haribulan, esok lusa tulis lagi. Tapi biasanya bila ada pemangkin, itu yang buat saya tulis tajuk-tajuk yang menggelikan macam itu. Sebelum tu, kena bagi amaran. Entri ini agak panjang. Nanti ada yang kata tidak diberi amaran dulu, terperangkap sampai ke hujung. Jenuh pula membaca.
Saya nak cerita pasal kecantikanlah pula. Pun menggelikan? Oh, tak kot. Sebab saya bukan nak ceritakan pasal alat solek, minyak wangi atau produk diet yang segala macam itu. Tapi tentang berseri tak berserinya wajah. Orang sekarang suka ambil jalan muda tenyeh alat solek untuk menutupi kekurangan. Yang pucat diceriakan. Yang tiada tahi lalat pun boleh diadakan. Huhu. Yang saya nak utarakan ialah tentang garis hitam di bawah mata atau juga disebut lebam mata dalam bahasanya. Orang selalu kata kalau ada garis hitam bawah mata ini tidak cantik, tidak lawa dan nampak tua dari usia kita. Tak kiralah bagi perempuan mahupun lelaki. Jangan tak percaya ya. Lelaki akan lebih mudah nampak keserabaiannya kalau garis hitam ini dilihat dengan jelas. Jadi, isu ini pun melibatkan orang lelaki juga.
Minggu lepas saya ditegur oleh seorang kawan. Katanya saya nampak letih padahal saya berjalan kaki dari stesyen metro menuju ke hospital dengan penuh menikmati alam sekitar. Bukannya terkejar-kejar sampai boleh keletihan. Saya bagi alasan, saya pakai kanta lekap jadi mungkin nampak kurang segar sebab tidak cukup tidur. Dia angguk-angguk saja. Dan sebetulnya memang sampai ke hari ini, saya rasa tak mahu tengok muka di cermin. Memang teruk sungguh. Garis hitam di bawah mata sangat jelas. Ini semua gara-gara tidak cukup tidur. Tidur tak menentu. Subuh sekarang masuk hampir jam 3 pagi. Jadi, saya akan berjaga menunggu Subuh sambil menelaah dahulu. Selesai Subuh, baru akan jejak katil. Tapi biasanya lepas solat kita akan segar kan. Jadi saya akan berjaga sampai pukul 4 lebih sambil menelaah di atas katil. Bila terlelap itu tak jadi hal. Ikut sesedap mata. Ewah. Macam semalam, sudah hampir pukul 7 pagi baru terlelap. 9 lebih sudah jaga kembali. Manalah tidak berbeg bawah mata kan. Pulak tu, bila mata dibuka, nak baca apapun tidak nampak. Kena capai cermin mata barulah rasa berfungsi mata ni. Allahu Akbar…
Jadi saya cuba mencipta cara merawat rasa keletihan mata dan sekaligus untuk menghilangkan kesan hitam itu. Bunyinya macam pakar kecantikan saja. Hiks. Setiap kali sedang belajar dan mata terasa sangat letih, saya akan berhenti sebentar dan akan membuat senaman mata. Mari cuba bersama-sama. Saya membulatkan mata dengan sebesar-besarnya dan memfokuskan pandangan pada sesuatu yang paling jauh mata saya dapat fokuskan. Tanpa cermin mata ya. Jadi saya akan memandang luar tingkap bilik. Kebil-kebil dua tiga kali. Ok cukup. Kemudian dongakkan kepala memandang syiling. Kali ni tak perlu bulatkan mata. Normalkan saja. Tenung dalam beberapa saat, kemudian tutup mata rapat. Ulang tiga empat kali. Lepas itu tundukkan kepala pandang ke bawah meja yang agak gelap. Picit-picit sikit tengkuk ya. Bagi segar. Tutup mata sebentar dan dari kawasan cahaya yang suram di bawah meja, alihkan mata ke kawasan yang terang. Ini dapat senamkan otot-otot mata yang mengawal anak mata tau. Lepas tu, rajinkanlah ke tandas membasuh muka. Biar ada kelembapan yang cukup. Kalau hendak urut mata, kawasan yang dibenarkan hanyalah pada rangka orbit di bahagian atas kelopak mata. Itupun tidak boleh ditekan kuat tau. Sekadar urut-urut dengan jari saja. Di bahagian rangka orbit mata itu ada saraf-saraf penting yang keluar. Sebab itu tidak boleh picit kuat-kuat.
Jadi, ini cara saya menjaga mata. Tapi ini bukan cara jaga mata yang menundukkan pandangan tu. Yang itu lain skopnya. Yang itu arahan dari Boss kita supaya jangan memandang orang bukan muhrim atas bawah kiri kanan berkali-kali. Sekali ternampak, itu rezekilah. Lepas tu, kenalah dikawal, kan. Cara saya ini memang takkan dapat hilangkan 100% garis hitam itu tapi setidak-tidaknya kesegaran mata dapat dikekalkan. Tambah pula kalau muka memang dah sememeh macam saya ni, buatlah cara macam mana pun tetap sememeh juga kan. Tapi itulah. Bila mata segar, wajah pun akan berseri. Cantik tak cantik, itu tolak tepi.
Tapi, kalau masih tak segar-segar juga, cuba buat macam saya petang tadi. Saya yang tak pernah-pernah simpan air sejuk dalam peti telah berjaya menyejukkan sebotol air dengan cepat sebab meletakkan di bahagian sejuk beku dan kemudian telah membancuh air sirap ais! Haha. Dan untuk menjaga kesegaran mata di hari yang panas dan sedap untuk tidur, saya menelaah sambil berbekalkan sebotol air sirap macam zaman sekolah rendah dulu. Syurga~ Saya rasa sekejap lagi pergi makan tengah hari entah-entah ada orang yang menempah air sirap ais juga. Hihi.
Ok. Kembali sibuk. Salam. Daa~
Salam ziarah.
Terima kasih berkongsi teknik-teknik senaman mata. Saya yang baru satu per lima abad, mata dah teruk sangat.
p/s:
Bos, sirap limau satu! Kurang gula ye.
Reply
sarah,
tazkirah meleret dengan gosip yer..
ish ish..bawak2 ler yg betul oi.
geli dgn entri lepas yer..
haahha….skang menjage kcantikan,
next entri ntah ape plak kan..kearah kegelian lagi erh?
senaman mate ni menjadi tak?
(belum buat dah tanye plak)
ni buat sendiri bedasarkan medical knowledge ke tak? hehe..byk soal seyh
sirap ais? gulp..di tengah2 kepanasan n bahang summer di london ni buat rase nak carik sirap la kan..
Reply
salam,
bagus tips auntie Sarah nie..boleh diamalkan oleh pelajar2 seperti saya..
selamat menghadapi peperiksaan ye..:)
Reply
“kecantikan juga perlu dititkberatkan dalam suatu perhubungan”
is that u tell’n?
😉
Salam
Reply
sarah, nama doa tu sy xpasti, tp bacaan nya sy tau..kalu sarah dgr nasyid dr hijjaz ada doa tu dorg baca ..mcm mana moscow sana? syiok?
Reply
salam sarah,
saya pon ade eye bag! saya dah beli ubat untuk itu, tapi cam tak mujarab je huhuk. probably should try your petua.
btw bila exam?
Reply
Salam buat semua.
Alif:
hehe. kalau ada lemon smlm, mmg ks perah dh. tp dh abis stok plak dlm peti. petang ni ks minum nescafe o panas plak utk segarkn mata. cuba la praktikkan senaman ni. elok tau. hehe.
Izu:
hep hep. mana ada bergosip. smlm tazkirah psl anak2 syaitan yg dorong kita buat keje2 jahat. yg ajak kita bergosip, mengumpat, fitnah sume ni namanya Masuud. haa.. kalau tiba2 bergosip, maknanya smlm kitorg bertazkirah bertemankan si anak syaitan bernama masuud ni la. hehe. semua teknik yg sy create ni semuanya based on medical knowledge. pandang jauh-dekat, gelap-terang, bulat-relax n massage kt orbit tu. kalau nak pakai krim bawah mata sume tu mmg ramai la yg buat kan. tp tu yg chemically. so, ni teknik yg mechanically. yg chemically tak semestinya buat jd segar tp kesan hilang la. yg kita nak rasa segar tu kan. kalau nak fikir psl cantik, huh, tak sudah2 la isunya kan.
Nabilah:
nanti kamu pun try la buat mcm auntie buat ni. kalau rasa letih mata tu, try buat mcm ni. ngantuk pun hilang tau 🙂 belajar rajin2. periksa pertengahan tahun dekat dah kan?
Reply
Oneib:
alahai. there’s no double meaning in this entry tau. huhu.. tp apa point awk tu mmg betul pn kan 😉
Bash:
Doa apa bro? nasyid yg mana satu ye? yg baru2 ke yg lama2? kalau dpt bgtau tajuk, dapat la sy recall smula. hehe.
Mahani:
mmg yg cream sume ni ada byk in market kn. tp ntah la. bg sy, kesannya hilang la skit. skit je la tapinya. tp x menyegarkan pun. tu sbb kena buat senaman mata skit utk bg segar 🙂 exam hujung bulan ni je dh ada 3 papers berderet. lg 4 papers in btwn 1-10 of june. matila… huhu
Reply
salam….
ngah i miss u so much*huh x de kaitn ngan post lak* but i really mean it…nk jmpe ngah..nk cte2 ngan ngah….
ok2 back 2 da post….
heheheh….yana pnye lgi lebam dri ngah kot…dh bbulan yna jdi burg hntu…asyk men tenet je kt umah..mmg nonstop..huu~~~smpai mak kte yna ni x bleh dharap lgsung*aduss*huhuhuh….hehe..myb yna ptut start dh buat exercise nih…sbb lpas ni nk msuk u dah…kne kmbli comel..huu~~~
nway ngah..whether ngah dh tau or not….yna nk bgtau gak….i want u to know it from myself….huuu~~~yna dpat scholarship JPA…course ARCHITECTURE..tpi foundation kt mne…yna x tau lgi…nnti la klu dh dpat info yna bgitau ngah…yna trkjut sgt ngah….huu~~~unbelievable tul la….dh la wktu yna check tu kan….pkul 4 pgi tau…dgan ad bbrpa org lgi yg still on kt ym..sume sbb tggu rsult jpa…n alhamdulillah..i’m da only 1 yg bleh msuk web tuh…yna just try2 je nk msuk..tup3..dpat..hehe…so yna hesitated jup nk isi no ic…tkut…gabra…cuak..sume ad…pstu..psrah je la..n letak..lme sgguh nk loading…so yna biar je la…yna pgi tgok2 blog org..chatting..n then x sgka yna dh tkan blik kt web tuh..yna kuar blik…pstu bru la trperasan…msuk blik.n nmpak..TAHNIAH!..huuu~~~happynye x trkate…so happyy!!!pstu yna cte la kt kwn bleh msuk…pstu dieorg mntak tlong skli…tlg check..hehe..dn alhamdulillah..almost 90 out of 300 sumthing of kisasians this year manage to get jpa schol n 30 for mara..others..dont know yet..huu~~~sernok2…
ok la..dh pnjang sgt…tu la yna ble rse nk ckap ngan ngah ni mmg rse x leh nk stop..so mny things to be told to you…hehe..x pe la..tggu ngah blik la..
miss u so much!!!
cousin from mlysia..*hehe*
Reply
mm..ari nie kita ade kelas senaman mata nampaknya. Kene cuba buat jugak nie..kot² boleh segarkan balik mata yang duk mengadap komputer nie.. Akak biase nye senang je, tampal je timun tu kat mata..pastu tidur..hehehe..tapi membazirla pulak timun tu..
Reply
huhu..
bagus ada tips nie..
cam aku pon suke pakai kanta lekap..
kekadang pedih jugak..
adeh..
Reply
Salam,
oh!..cam kenal je nabilah kat atas tu..huhu..k.mai dah berani tinggal komen kat sini dah sekarang..tapi perasan jgk kaum ibu ni suka tulis blog pasal anak2 dia…diaorang share the same story lah tu..
Reply
nasyid yang lama2, kalu tak salah dalam album pelita kot..
Universitas tu saja letak tambah2…..sbb blog terlepas masuk indonesia..so kena la imbangkan.. dulu local U jak..tp nak g kena fly gak la hikhik..
fastaqim kama umirta..okiess..
Reply
hurm.. bleh cuba nih… kalau berjaya, dptla sy menambah time stay up… takde petua lain lagi ke? 🙂
Reply
wah! tips yg menarik 🙂
Reply
Topik yang menarik. Pernah juga berbincang dengan doktor pakar kulit semasa buat Dermatology rotation. Ada orang berpendapat punca kepada mata lebam atau kulit gelap di bawah masih lagi tidak diketahui atau masih kontroversi lagi.
anyway, I would like to share this link. It might be relevant 🙂
Mayo Clinic – Dark circles under the eyes.
Reply
Salam,
Insyallah akan di praktikkan doctor 🙂
Reply
mate sepet.
camne nak besau2kan 🙁
xbesau gak.
muahahhahahaha!
Reply
salam..makan byk carrot..good for eyes..ahaks
Reply
waah..ade senaman mata di sini..harus dipraktikkan 🙂
Reply
salam sarah
tmeksh coz sudi kongsi tip untuk mate nih… mmg perlukan sesgt
Reply
sarah, terbayang sarah jadi cikgu senam aerobics sampai tunjuk kat dpn org ramai,hehehe..:) amboi, jual member macamjual lelong kat pasar cite tiga abdul je,hehe..sapa cepat dia dapat,hihi..:)
Reply
Yana:
aaaaaaaaa… tahniah! hehe. sebenarnya ngah dh baca post in ur blog b4 u told me here. eh, later we online la. wkt awk tegur tu, ngah betul2 baru smpai dr hosp. penat sgt2. terus gi solat asar, makan n lepas tu tertido. penat 🙁 esoknya tu sakit2 badan… 🙁 tau je la kan badan ngah ni sede sikit.
Akak:
ye betul. timun mmg buat mata rasa fresh kan. sbnarnya apa yg buat timun boleh bantu sedikit sbanyak ialah sbb kandungan air yg tinggi. mcm tu jgk dgn sesetgh org yg letak hirisan limau kan.
Menteil:
utk awk lg la kena buat senaman gini sbb awk asyik menatap komputer je. so, lg la kena jaga mata tu
Bro Fisol:
laaaa… tu kak mai ke rupanya. patut la matured je cara penulisan. sy ingtkan memang nabilah yg tulis. hihi.
Reply
Bash:
oo.. album lama2 ke. ok. akan dicari 😀 maklumlah kan. blog awk international skit visitors nya. hehe. mantap gitu~
Ainul:
ehehe. petua lain, later! 😀
May:
happy birthday my maymay 😀 cepat2 amalkan utk menghensemkan diri ok!
Hafiz:
awk mmg tak boleh dipisahkan dgn fakta 🙂 pasal nasal congestion that may lead to this condition, yea.. it sounds relevant.
Cinta:
hihi. makin cantik la cinta nanti kan 🙂
Rynn:
huhu.. yg tu sy betul2 x boleh nak tolong :p besarkn mana yg mampu je la rynn. jgn smpai terbeliak dh la eh 🙂
Reply
Bro Arsaili:
yeah! exactly! marilah makan carrot byk2 😉
Kak Inah:
utk menyerikan wajah 😉
Manje:
pun ada prob eye bag jgk ke? ok. mari kita buat sama2 jums 😉
Acai:
haha. sy terbayang sy berdiri kt atas stage, cekak pinggang smbil buat demo kepala dongak2 atas bawah, mata kecik besar bulat2. adeh. eleh acai. kalau nak tu kata je la kan. jgn la malu2 plak. hiks :p
Reply