Kalaulah Boleh Mengidam, Saya Mahu…

Assalamualaikum wbt

Kalaulah saya boleh menyatakan 5 hadiah yang saya hajati, memang ada beberapa perkara yang terlintas. Tapi saya bukanlah orang yang sukakan barang berjenama, terlalu up-to-date atau bercitarasa tinggi. Yang akan saya senaraikan ini hanyalah barang idamanlah kiranya. Tak dapat, tak jadi masalah. Dari kecil, kami adik-beradik tak dimanjakan dengan hadiah. Setiap kali peperiksaan kalau dapat cemerlang, paling habis kami akan mendapat hadiah jam tangan, keluar makan atau… Atau apa ya? Saya pun sudah tidak ingat. Sebab memang tak dibiasakan dengan hadiah-hadiah. Kalau betullah emak ayah perlu bagi hadiah pada kami semua selepas exam, alamatnya memang setiap hujung tahun tercekiklah mereka menyusun perbelanjaan kerana semuanya menghulurkan buku rekod dengan tertera keputusan yang baik. Bagi saya, sayalah yang perlu memberi hadiah semula kepada mereka kerana mereka telah menyekolahkan saya. Dan setakat umur budak sekolah, hadiah terbaik yang boleh diberikan ialah buku rekod yang tak pernah bertukar nombor. Didoakan ini sudah menjadi hadiah terbaik untuk emak dan ayah. Ok. Mari lihat senarainya.

:: Macbook Pro 15’4 MA895 ::
Saya mula berminat dengan Macbook Pro (MP) sejak menjadi pengintip tidak rasmi di sebuah blog kepunyaan En. Batu yang sangat menarik. Setiap hari wajib saya menjenguk ke sana 4-5 kali. (Linknya saya tidak boleh letakkan. Kalau tidak, dia akan dapat mengesan siapalah silent reader di blognya itu.) Dari hari ke hari saya semakin menyukai MP. Kacak sungguh. Badan macam model gitu. Tip top. Skrin pun teramatlah menepati citarasa mata saya. Ada banyak lagilah sebabnya. Harganya sekitar RM8000++. Ini yang membantutkan impian. Tak apa. Saya tak kisah pun tak dapat. Cuma sudah jatuh cinta dengan MP.

:: Menjelajah ke Timur Tengah ::
Kalau orang lain berlumba-lumba hendak menjejakkan kaki ke Eropah, ke UK, Ireland dan negara-negara tersohor yang lain contohnya, atau hendak ke Amerika, saya tidaklah teringin sangat hendak ke sana. Lupa pula hendak beritahu. Saya belum pernah pun sampai ke UK. Ramai je yang gelakkan saya atas fakta ini. Pokoknya, saya tak teringin sangat pun. Saya lebih berminat untuk ke negara-negara di Timur Tengah. Saya lebih berminat dengan tamadun Arab. Tamadun zaman kegemilangan Islam juga melihat negara-negara yang mempunyai komuniti Islam yang tidak disangkakan. Saya teringat dahulu Mak Andak ada menyebut tentang Morocco. Saya teringin ke sana. Tapi entahlah bila. Pokok pangkalnya masa dan wang.

:: Mazda 6 ::
Kacak amat. Tak perlu cerita panjanglah. Sebab memang kacak. Tapi ini memang angan-angan sajalah. Harganya di Malaysia mencecah RM140 ribu. Membazir pula berhabis kerana kereta. Kalau nanti sudah bekerluarga, baik saya fikirkan tentang rumah dan pelaburan masa depan untuk anak-anak. Kalau kereta, pakai Wira atau Waja pun sudah ok kan.

:: Sony Ericson W54S ::
Saya pernah ceritakan di sini dahulu. Masih belum beli. Waktu telefon lama dulu rosak, saya pakai beli saja apa-apa yang sempat saya jumpa dalam lingkungan bajet masa itu. Mungkin nanti di Malaysia kalau harganya sudah turun, saya belilah. Tapi selagi telefon yang ada ini masih elok, tak kuasa saya beli yang baru pula kot. Jangan membazir.

:: Ke Air terjun dengan keluarga ::
Ini serius ni tau. Saya terkilan sebab tidak sempat ke air terjun ketika balik cuti lepas sedangkan bukannya jauh dari rumah pun. Bila tengok video ayah hari tu, rasa sebak pun ada walaupun gelaknya lagi banyak (ayah tahu kenapa Ngah gelak). Cuti nanti, wajib pergi. Memang terasa hati bila tengok gambar yang lain-lain pergi air terjun hari tu. Lupa hendak beritahu. Saya memang sukakan kawasan air terjun.

Ok. Siap. Sebenarnya ini adalah tag daripada Syam (Kid). Mari nak cerita sikit tentang Syam. Dia merupakan seorang junior yang kini menuntut di Nizhny Novgorad Medical State Academy. Mengenalinya kerana sama-sama berada dalam board PPIM-RSC. Kadang-kadang dia panggil saya KS. Tapi sekarang saya rasa dia panggil saya Kak Sarah. Makin mengenali Syam sejak bekerja bersama ketika program Simposium’07 di Kota Bharu. Waktu itu baru saya tahu tarikh lahirnya 11 Ogos dan sampai sekarang saya ingat fakta tentang tarikh lahir ini. Dia sangat handal komputer. Inilah contoh pelajar perubatan yang serba boleh.

Saya juga ditanya apakan ciptaan yang paling saya kagumi. Jika jawapannya dari skop seorang hamba, jawapan saya pastilah manusia. kerana Sang Pencipta itu telah menciptakan manusia yang sangat kompleks ini dengan sesempurnanya. Terperinci dari segala sudut. Maha suci Allah. Tapi dari segi teknologi, saya mengagumi bagaimana teknologi dalam neurosurgery dicipta. Terutamanya yang melibatkan otak. Sangat rumit dan kompleks. Apa-apapun, semuanya adalah idea kebijaksanaan kurniaan Allah.

Dan saya juga ditanya apakah yang paling tidak saya sukai. Jawapannya senang saja. Orang yang menipu dan tidak menepati waktu. Saya memang tidak suka. Lain kata, pantang betul saya dengan orang yang begini.

Saya tidak akan memanjangkan tag. Cukuplah sampai di sini. Kebetulan ada masa terluang, saya terus kemas kinikan blog untuk kali kedua pada hari ini. Bagi sesiapa yang juga tahu tentang blog En. Batu itu, janganlah dibocorkan rahsia saya ya. Sampai ke hari ini, dia tidak pernah tahu siapa saya. Huhu.

21 Responses to “Kalaulah Boleh Mengidam, Saya Mahu…”

  1. leokid says on :

    bkan KS tu maksudnya Kak Sarah ke? -_-“

    oh ya, hari ni Mustaqim tiba di Nizhny. Untuk program ISK. Ingtkn ks tag along macam tahun lepas. Dah x sudi datang nizhny ke…hehehe

    By the way, datang tak games nanti? thanx for answering the tag ^_^

    Reply

  2. Anonymous says on :

    Mazda 6 ?
    erm… RM140k tuh kira ok la utk kete Mazda, kete tuh mmg mahal dkat mana2 pon, even dkat negara pengeluar sendiri…

    tp kenapa Mazda 6…. baik RX8 atau MX5

    Reply

  3. shazwani adnan says on :

    salam.

    huiyoo.. wanie mesti tak termampu tak kasi hadiah2 seumpama itu.

    Reply

  4. silent reader says on :

    hihih… saya… x mampu berangan pun 😀

    Reply

  5. myfisol says on :

    Salam,

    Mengidam2 camni bagus kalau dilihat dari sudut +ve..lagi semangat untuk kerja kuat..iye lah untuk mencapai apa yang diidamkan..

    Apple notebook..teringin jugak, UK..tak best, x yah pergi pun xpa..timur tengah, memang kami teringin sgt nak kesana,insyaAllah umrah thn depan..Mazda 6, penah tgk, lawa kete tu & air terjun best sesangat..bro, rasa sarah boleh capai semua tu..Dr kan?..lain lah kalau cikgu mcm kami ni..

    & yg last sekali tu interesting…kalau minat tech..mungkin boleh buat sesuatu, bro & k.mai pun minat juga medical electronics ni cuma kami kena ada org yang boleh bagi input on medical..

    eh!..pjg pulak komen kali ni..

    Reply

  6. Liyana says on :

    ngah…
    klu dpat jpa nnti yna kene blajr kt uk..insya Allah…tp kn mak dh ckap awl2 uk tu x best lgsg..huhuh..sbar je..rndahkan smangat yana lak..tp x pe la mak kte dkat ngan mddle east..tgok islamic architecture dieorg..n aplikasikn dlm study yana nnti..

    huhuhu bak kte org,”jauh perjalnn luas pmndangan”, mak yna punya theory lak, “the more u travel, the more u can see in the world of archi. n the more creative u can be..”

    huih…pnjgnye cte psl nk g uk..

    huhuh..yana ad kmpunan stu mnde..to have my own laptop..x ksah la mcm mne pn…jnji dpat…huhuhuh

    Reply

  7. akak says on :

    wah..ni kalau terpaksa cari nie, boleh poning jugak nie..menepati motto Gaya, Mutu, Keunggulan..hehehe..

    Akak pun teringin jugak nak ke timur tengah tu..Nak sangat-sangat. Kalau tengok iklan ke, pakej pelancongan ke..hehehe…mulalah berangan..mmm..itu je la yang boleh buat kan..setakat nie.. 🙂 Insya Allah akan diusahakan jugak..

    Reply

  8. Faresya Fareed says on :

    Kalo nak gi UK, pegi Swindon..haha..x pun gi Bristol.Kat Bristol bnyak org malaysia.kalo gi Swindon,nk mkan,gi Manchester Road.ada kedai kebab halal kat situ.Kat situ bnyak skit org islam. XD

    25hb ni south east asia gathering kat umah fare.jmpa ank thailand,ank indon,ank brunei ngan mcam2 lgi lh! 😀

    Reply

  9. penjejak malam says on :

    wah sarah. mahalnya hadiah hantaran awak. geleng kepala org lelaki camnih.

    *berlalu pergi dgn seribu persoalan*

    Reply

  10. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Syam:
    mmg KS tu Kak Sarah. biasanya org klu dh panggil dgn 1 nama tu, diorg akn kekal dgn nama yg 1 tu je. kamu boleh tukar2 plak ye. hihi. ooooooo… dh kt sana rupanya dia ye. x tahu menahu n x berapa nak ambil tahu pn apa dia punya hal. games akak x dtg la syam. nak fokus exam 😐 tp klu kena paksa, terpaksa jgk la kn.

    Anon:
    sbb dh minat mazda 6. org suakan RX8 atau MX5 takkan minat jgk. mcm org suka baju kurung, bagila kt dia dress with latest fashion sekalipun, dah minatnya pd baju kurung, dia tetap akn pilih baju kurung jgk 🙂 sy survey harga mazda 6 kt sini. convert to RM lebih kurang RM90k-RM100k je. kalau mazda 6 SE 2008, harga RM120k. murah dr msia.

    Wanie:
    tak mintak org kasi pun. huhu. beli sndiri pun kena fikir byk kali :p

    Silent Reader:
    berangan boleh meningkatkan daya kreativiti n daya juang dlm hidup. maka beranganlah anda~

    Bro Fisol:
    apple MP tu kalau 1 hari nnti ada rezeki lebih, nak jgk beli sebuah. tp prinsip sy mudah. sy takkan membazir dgn apa yg ada. psl mazda 6 tu, lawa mmg lawa. tp utk pakai kereta tu 1 hari nnti, sy fikir 3-4 kali dulu la. berangan je sy ni. hehe. lagipun, ada org tu nak pakai camry 2.4 katanya. dh dpt camry, tak payahlah nak bermazda plak kan. membazir je nnti 🙂 psl duit gaji Dr ke apa ke, bg sy, sy nk jd Dr bukan sbb duit. tp sbb sy rasa ini tngjawab yg bukan semua org boleh pikul n tahan utk harungi. dulu wkt mula2 dpt offer n wkt 1st n 2nd yr, sy selalu di-demotivate-kan dek sorg ayah saudara ni. dia selalu kata knp la nak seksa diri jd Dr utk buat duit. medicine is not the field. dia lg suka klu ada yg buat TESL ke, apa ke. but the point is, kalau semua org fikir psl duit, sape la yg nak fikir psl tgjawab? klu sy fikir psl duit, sy mmg x amik medic. belajar dh la seksa. nnti keja pn seksa jgk. so, setiap kali dia cakap psl isu ni, sy akn senyum je. lama2 tu dia dh x ungkit dh psl hal ni dgn sy n sorg lg cousin yg buat medic jgk 🙂

    Reply

  11. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    ish ish..UK best laa.

    Reply

  12. Sarah Mohd Shukor says on :

    Yana:
    alaa… nnti sure mak n ayah akn kasi awk 1 laptop punya. ngah gerenti punyala. huhu. tp teori makde tu sama je la maksudnya dgn jauh perjalanan, luas pemandangan kan? why not japan? same place as ur bro. tp mmg budak architecture kena hantar uk pn. by the time u hit uk, i might hv been safe n sound in malaysia. bersilang tingkah betul kita semua ni. org ni balik, org ni fly. org ni cuti, org ni x cuti. hmm.. nasib la kan.

    Akak:
    sy pun sbnarnya tgh browse around psl trip to a few places yg sy teringin. tp sy malas nk cerita lebih lg. x jd karang, x best plak kn 🙂 akak, keja rajin2, kumpul duit n start travelling. in fact, dlm Quran pun Allah galakkan kita bermusafir melihat tinggalan sejarah supaya boleh kita teladani 🙂

    Faresya:
    bestnya komuniti yg fare ada kt sana. what can i say, my life is all about mixing with malaysian friends n a few arabians. russian? very2 limited. mcm hampeh je kan.

    Penjejak Malam:
    aik. bila plak sy kata ni utk hantaran? sy tak berharap pn pd benda2 alah ni. cuma suka n ngada2 nk mengidam je. huhu.

    Reply

  13. Sarah Mohd Shukor says on :

    Aizuddeen:
    hehe. best kalau org yg suka life sana. in term of life, i think its a great place. i can see fellow friends over there are really enjoying their life. no language barrier like what we have here, friendly pple, nice weather. all are otherwise in moscow. but in term of appreciating history n world civilization, i prefer the middle east more. hv u been to any middle east country?

    Reply

  14. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    sarah, i’m not actually bothered of living anywhere in His world. hehe.. Malaysia ke UK ke MiddleEast ker.. obviously they’ve got different culture n civilization..after all it is us who can suit or not with those differences.
    when it goes to history, yeah I admit that Middle East have more interesting history that related to Islam..other countries in Europe n UK plaks, r not so related but they also got their history n civilization.
    Life? heh..wut do u mean by nice life in UK? hahaha… for student iyer kot..n jugak untuk short term hols in UK.. nak tau ade life ke tak, at least for me..tu tanye Amy..berbalik pade yg atas, smue tu depends pade diri sendiri.so far so good.
    alhamdulillah hv been to few countries in middle east..n jugak experienced sometin that Allah promised for people who happen to be on His bumi anbiya’..as a matter of fact, my familt is living there and im off to so called ‘home’ next month..getting pampered and mama’s food…;)

    Reply

  15. warx.hensem says on :

    salam

    kak sarah, lamanya saya x tgk blog akak..

    kalau ar idaman no.3 akak jadi kenyataan 1 hr nnt, jgn ar langgar lopak air tatkala hujan sehingga membasahi sy yg sedang berjalan di kaki lima..

    hehe

    Reply

  16. silent reader says on :

    kalau begitu…. sy mahu berangan sekarang!!!!! 🙂

    Reply

  17. myfisol says on :

    salam sekali lagi,

    oh..bukan niat bro nak kata sarah ni jadi dr. kerana duit..usik je tu!..

    tapi benarlah hendak jadi dr. ni bukanlah sesuatu yang mudah dan bukan semua orang mampu melakukannya…teringat kata2 Dr. Jemilah kepada kami (2 org anak bro dia sambut), dia pernah rasa give-up half way waktu belajar dulu, tp memikirkan tanggungjawab dia teruskan..dan sekarang dgn mercynya, dia telah menjadi idola kami…

    adakah menjadi pensyarah juga kerana duit, lebih dari tanggungjawab?..ntahlah. tapi apabila ada student2 datang pada hari konvo mencium tangan dan memeluk sambil air mata bergenang pada kelopak mata..bro merasakan bro telah melakukan tanggungjawab lebih dari duit..:)

    Reply

  18. Inah says on :

    ermm..ingin berangan juga..menjelajah ke timur tengah??barangkali kite perlu menjejaki bersama :)..suka juga ke sana, cuma masa masih tidak mengizinkan 🙂

    air terjun?lebih suka ke laut dan bermandi manda dengan ibu..ibu adalah seorang perenang yang baik..kami anak beranak pula x reti berenang..haihh 🙁

    tengok komen sarah n bro fisol membuatkan akak berfikir seorang..akak pernah ingin menjadi seorang dr..tapi takdir menetapkan akak menjadi seorang cikgu..akak redha dan pasrah sebab seperti kata bro fisol..bila anak murid jumpa kita dan mengucapkan terima kasih pada kita..itulah yang paling berharga..

    Passion for the work!!

    Aja aja fighting 🙂

    Reply

  19. faisal says on :

    Sy cume mampu bagi sarah Mazda 6 je,huhu…hahahaha..:)waaa, kemain lagi nak MP tu ye sarah..penah guna Mac ker?hehe..kalau biasa pakai mmg best..dah lama sy tak pakai Mac, agaknye dah terlupa shortcut2nye..:) cuma bermasalah kalau nak dapat s/ware2 yg ada crack,hihi..sbb biasanya Windows je yg byk, untk Mac susah skit..:)

    Reply

  20. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu (been mistaken all this while by calling u Aizu. hope u dont mind it):
    after reading thru ur blog, i now understand how much u put ur effort in works. life is to work, work is ur life. hehe. eh, where’s ur family currently? there arent in msia? wow. thats great. 1 hari nnti kot2 ngada2 sy menyerbu rmh family awk. oh. x malu sungguh buat self invite mcm ni kn. hehe

    Shafiq:
    alahai. akak rasa kan, by that time kamu dh pakai keta yg berganda jauh lg besar dr akak. n waktu tu jgn la plak bila lalu di hosp nmpak akak tgh kial2 bukak pintu keta ciput akak, kamu x hin ke apa ye. hihi.

    Silent reader:
    ye. mari berangan =)

    Bro Fisol:
    terharu baca ending tu. jd cikgu/pensyarah ni sgt mulia. pahala berpanjangan selagi mana ilmu diguna pakai dgn baik oleh anak murid. harta bro bukan setakat dlm bentuk duit. tp saham di akhirat nnti 🙂

    Kak Inah:
    kot2 1 hari nnti kita boleh plan sama2 ke kan 😀 tp masa n duitnya kena betul2 ‘rapi’ la kn 🙂 nnti masuk majalah cite psl ‘dua orang anak gadis comel mengembara bersama’. ewah. hehe. ye. apa yg akak buat skrg sgt mulia. ganjaran berpanjangan smpai ke akhirat. if u cant do what u love, but please love what u do 🙂 aja aja fighting!

    Faisal:
    sy x penah ada Mac sblum ni tp guna yg kawan ada la. suka amat. smart sungguh. dulu2 adik sy gila jgk dgn apple sume ni tp skrg x dh rasanya. kalau ada rezeki, nak jgk ada sebiji Mac. tp selagi apa yg ada elok, sy x kan membazir 🙂

    Reply

  21. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    No worries, Izu/Aizu didnt make any different. Org kat sini mostly panggil Aizu as I tu disebut Ai.
    Wah wah..ade hati nak g nyerbu rumah eh. R u planning to be part of my frens yg suke mmbuat saye jeles bangat? G transit Doha pastu g jalan2 n makan2 ngan dorang. My mum then saje dgn nada sinis die mengejek sy yg kebuhsanan kat UK neh.Boleh jer,slain kwn2 russia yg dah penah serbu, kawan2 uk pon ade gak nyinggah sane.TAPI ditegaskan no picture can be taken sbb tu nnt bleh buat sy rase bengang n jeles.
    Work work work.. Mungkin kepuasan kurang dirase jika menjadi seorang pendidik. Kalo pendidik, bleh lihat aliran ilmu tu berkembang.

    Reply

Leave a Reply