Analisis Diri

Assalamualaikum wbt

Saya hilang fokus sepanjang hujung minggu yang lalu kerana:

1. Sedang mengalami mood instability.

2. Sudah berderet 3 kali hujung minggu saya tidak berehat.

3. Terlalu berfikir tentang suatu isu. Penatnya!

4. Rasa macam otak dah penuh.

5. Rasa nak keluar dari Moscow sekejap.

6. Nak balik rumah!

Tapi, saya tahu saya tak akan:

1. Abaikan study. Terpaksa tidur 2 jam saja pun tak kisah.

2. Jadi macam Sufiah Farooq.

3. Buat perkara bodoh yang lain.

Tapi, saya akan:

1. Terus belajar terus terus terus terus!

2. Cuba baiki suatu keadaan supaya kembali seperti biasa.

3. Terus belajar terus terus terus terus!

Saya ni pelik. Jangan hiraukan saya. Sebab saya memang pelik. Ye. Saya pelik. Saya memang pelik! Bak kasi saya sushi sekotak. Saya mahu sushi Unagi dan Geisha saja. Roll tak mahu. Lain-lain pun tak mahu.

Saya sedang benci amat dengan Belanda. Dengan filem Fitna itu. Menonton video itu buat saya rasa hendak menangis dengan fitnah yang dilontarkan kepada Islam. Istighfar tak sudah-sudah saya. Jadi semua, siapa yang selalu isi minyak di Shell, guna produk Unilever, basuh baju guna sabun Fab semua tu, produk Dove, majerin Planta, suka sapu roti dengan Lady’s Choice, suka makan coklat Ferrero Roche, sila-silalah berhenti sekarang. Boikot. Kuasa ekonomi boleh melumpuhkan mereka. Bro Sebol, ini kenyataan saya buat masa ini merangkap Menteri Luar dalam kabinet Bro. Tak punya banyak masa. Tapi saya harap, semua muslim dapat sama-sama meneruskan boikot ini dan semoga azab Allah yang selayaknya untuk mereka laknatullah itu.

Saya juga akan beli shower foam baru. Dove sudah tidak wangi. Tidak relevan. Wajib ditukar. Sudahlah dulu. Jumpa lagi nanti. Salam.

15 Responses to “Analisis Diri”

  1. ~young mango~ says on :

    salam…
    how’re u my star?sarah masih pening2 lg ke?kalo ada apa2 nk share,just buzz me k…sy mmg online je=)
    jgn masam2 ye..rabbuna ma3aki

    Reply

  2. shazwani adnan says on :

    salam.

    Mari kita boikot barang belanda yang sebenarnya biasa2 je tuh! rasa bengang sampai naik kepala. sebab tu status ym wanie malam ni camtu (kalau perasan la)

    produk buatan malaysia pun tak kurang hebat! *tapi mana nak dapat barangan buatan malaysia?*

    Reply

  3. silent reader says on :

    kalo kt mesia ni… kt Mydin sumer dh letak tag… Dutch Product!! tp, baru sy perasan….. ade saaaangaaaattttt banyaaaaak barang Belanda sbnrnye….

    Reply

  4. Anonymous says on :

    Salam,
    Terima KAsih kerana bertahan sahabat..teruskan kekuatan!
    Setuju!
    Boikot!

    Reply

  5. Aleeya says on :

    sarah,

    sufiah farooq?? sufiah yusoff farooq kanak2 pintar dulu kan, sian dia kan..x sangka hidup dia jadi mcm tu :(( senoga dia kembali ke pangkal jalan…insyaAllah

    Reply

  6. myfisol says on :

    salam sarah,

    message sarah tentang barangan belanda tu bro dapat tepat pada masanya, diwaktu tengah meninjau list produk Dutch tu…thanks..& dah tak isi minyak Shell lagi dah..

    To add to the list, kepada kaki bola macam bro..team2 yang ada players Dutch pun patut kena boikot jugak macam MU, Arsenal etc…although I’m a true scouser, tapi buat masa ni kena stop sekejap support Liverpool sebab diaorang ada pemain Dutch…Islam should be above anything else…betul tak?

    Dan Sufiah, dah hilang haluan hidupnya..orang genius macam tu akalnya tinggi dan memerlukan sesuatu tunjang yang kuat…hasil dari penyelidikan bro ilmuwan terulung dahulu yang pintar pemikirannya seperti Alkindi, ibnu sina, al-razi etc keseluruhannya dimulai dengan asas yg kuat..learn Quran by heart seawal 7 tahun dah tahfiz, kemudian medalami ilmu falsafah..ilmu mengenal diri dan alam dan kebenaran..kemudian barulah sains & teknologi…semoga sarah dapat megikuti jejak2 mereka…

    Reply

  7. Inah says on :

    sufiah..hmm..pekerja seks di Manchester..

    x tahu kenpa dia berubah dan kenyataan bekas suaminya juga mengatakan beliau terkejut dengan apa yang terjadi dengan sufiah

    sarah..sila amik pengajaran ye

    belaja n rileks..take a break kalo penat..apepun push urself to the limit

    chaiyok!!

    gambate sarah san 🙂

    Reply

  8. BB says on :

    Salam,
    Bila ssorg hilg tumpuan, mrasakn ada ssuatu yg muncul buat diri tk stabil utk berfikir..dn mcm2 benda dtg mmbosankn..dn kkdg ingin menjerit utk mlpsknnya atau cuba melkukan ssuatu tindkn pelik.tmbh2 pula situasi sorg pljr, sellu ada teknan dan bila ada tmbhan isu lain dicantumkn sekali dlm minda..akn makin serabut..
    relaxkan minda, cuba berbual dgn ssorg yg boleh mgmbirakan atau ctc ssorg yg dpt hilgkn rasa terbuku dihati..yg pentg sekali, byk baca slwat..insyaAllah..
    ~BulanBiru~

    Reply

  9. baiz says on :

    salam sarah.. hehe. aper sudah jadi nih?? jgn serabut2kan hati sarah.. lepak.. take one thing at a time.. awak nih byk sgt benda nak wat nih.. maybe elok kot awak g kluar jln2 sekejap ker.. sy tahu awak tgh bz utk zachot kan?? BEST of LUCKS!!
    iA ok nyer.

    ps: awak tak pelik pun. sy rs ok jer. biasalah tuh ada tantrum skali-skala. nama pun perempuan. semua org ada personaliti masing2. its what makes the world beautiful.. =)

    Reply

  10. cry4freedom. says on :

    Salam Sarah.

    Saya tak fikir boikot itu satu jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ni. Bak kata Ustaz Hasrizal, Wilders tu hanya ahli politik radikal dan murahan yang cuba untuk membeli publisiti daripada dunia. Tak adil kalau kita nak hukum keseluruhan rakyat Dutch hanya kerana si kafir laknatullah yang seorang ni. Belanda masih ada penganut Islam. Sejuta lebih kalau tak silap.

    Kawan saya dah perjelaskan dengan lebih mendalam hal ni. Boleh rujuk ke http://bukhariramli.com

    Good luck exam.

    Reply

  11. Anonymous says on :

    Salam…terima kasih atas perkongsian yang ramai di antara kita tidak tahu, tidak pernah tahu dan tidak mahu ambil tahu. Hilang fokus???, Siti Sarah hilang fokus tapi terus membuat cubaan terbaik untuk sebuah kehidupan yang lebih dinamik, saya bangga dengan anda seperti mana saya bangga dengan awak dahulu dan ia tetap kini. Jika hendak diikut rentak emosi mahu sahaja saya menikam sejarah biar tidak lagi ada kesannya tapi ia akan meninggalkan parut…justeru bagaimana kita mahu lupakan. Kita bercerita tentang kedegilan lelaki dan perempuan, toleransi dan sebagainya tetapi dalam hubungan kasih, sayang mahupun sahabat sifat itu semakin terhakis. Bukan diri tidak pandai memujuk tetapi ruang masa yang diminta masih lagi berterusan sehingga diri menanti bilalah ia akan berkhir. Jika diberi alasan masa dan kesibukan, terfikir juga akan akal ini Allah menghadiahkan kita 24 jam seharian dengan kudrat yang tidak seberapa ini kita mampu berhabisan sehingga tidak kenal penat dan lelah. hebat juga Srah ini…menambah kebanggaan dalam diri. Bukan ini sindiran atas wanita tabah seperti Sarah tetapi bila kita berbicara soal hati dan perasaan, seolah-olah tiada pengakhiran. Memikirkan tentang sesuatu yang tidak pasti walau dengan asakan persekitaran, cerita dan bahan bergambar sesungguh mengganggu gugat kepercayaan. Itu adalah pasti. Beginilah…masa akan terus berputar, yang ini hanya yakin akan ketentuan mendatang, bila camar perlu pulang ke sarang untuk memberi anaknya makanan, maka anak itu akan gembira.

    Wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik namun tiada di antara kita yang punyai kuasa melawan takdir dan kehendak Allah. Kita bersama mungkin yang baik akan mendidik meluruskan perkara-perkara yang bathil tapi jika hati dan perasaan tidak sekuat Khadijah…semailah ia sebagai suatu penjelmaan yang berbeza agar silaturrahim itu tidak putus di dunia dan di akhirat…..

    ::: 1000 Tahun :::

    Reply

  12. faisal says on :

    slm sarah,
    sy terpaksa tak suka pemain2 bola sepak belanda even diaorg terer2 sarah,huhu..:)

    What’s really sad about this video is that it is not muslims who are bad in general..the problem is that ALL religious fanatics whether they are christians or jews or scientologists or whatever are dangerous…just remember the bad things that were caused by the crusades…

    sbb tu sy tak suka org islam yg terlalu ekstreme dan terlalu menolak pembangunan..mereka ni lah yg buat agama Islam dipandang rendah..kita ckp Islam itu agama terbaik, tapi kita ketinggalan dalam semua perkara ngan org bukan muslim..

    huh, emosi plak,hehe..jg diri hiasi peribadi..

    Reply

  13. MK says on :

    baca komen cry4freedom tu, terfikir, betul gak ye..

    tapi, bukan ke t/jawab pada pemimpin untuk megawal benda2 camtu? dan kalau pemimpin belanda pandang sebelah mata je pada hinaan camni, yup saya pun boikot sekali la.. pas abis syampu ngan perapi dove ni, tanak beli da..

    btw, all the best for kak sarah!

    Reply

  14. c's radin says on :

    salam kak sarah… heh, bgsnya akak.. akk penat dgn benda yg patut sdgkan sy xtau apa yg berlaku kat diri sya, tetiba memperolehi emosi yg pelik.. heh..

    btw, mana akk tgk citer fitna tuh, sy xtau nk cekau katne..

    k, akk , take care~

    Reply

  15. Anonymous says on :

    assalammualaikum,
    hi!,moscow camne?
    kat sane ambik medik khusus psikologi ke?
    sy agak berminat dgn medik,boleh beri sikit pengalaman??boleh email sy…

    sheqin_sakti91@yahoo.com.my

    Reply

Leave a Reply