La Tahzan

Assalamualaikum wbt

Sensitif bermaksad peka. Maksud lainnya ialah peduli atau mudah terasa. Ada yang mengatakan sensitif ini sifat semula jadi manusia. Cuma terpulang bagaimana setiap manusia itu mengurus sensitiviti mereka.

Ada yang sensitif pada isu semasa, kewangan peribadi, ketrampilan diri, pencapaian dalam pelajaran mahupun pekerjaan, keadaan keluarga, isu agama sehinggalah sensitif dari segi perasaan yang mudah terasa dan cepat merajuk. Ini semua sensitif. Terpulang pada setiap inidividu untuk menilai sensitif yang mana satukah yang mereka miliki.

Saya sensitif. Saya tahu itu. Dan kawan-kawan yang membaca blog ini juga tahu. Saya bukan sensitif yang cepat merajuk. Saya letakkan diri saya seorang yang sensitif dari segi peka dengan apa yang orang lain fikir dan rasakan dan sebagai balasan saya mengharapkan yang sama. Jika saya diletaktepikan dalam hal ini, sensitiviti saya dipandang remeh, jadi, saya akan mudah terasa. Jika kita terasa dan terpaksa memendamnya dalam-dalam, itu menyedihkan dan meyakitkan, bukan? Terasa hendak menangis, terasa hendak balik Malaysia. Itu yang saya rasa. Datang seorang kawan bertanya khabar dan menenangkan. Mudah ayatnya: La tahzan. Saat itu juga saya menangis semalam.

Di saat kita meletakkan kawan di satu aras yang kita hormati, dan hak kita sebagai orang yang patut dihormati juga telah dinafi, adakah kamu akan terasa? Jika jawapan kamu semua tidak, mungkin saya ini dalam kategori terlalu sensitif.

Hasbiyallah… Cukuplah Allah bagiku… Jadi, saya minta maaf kerana saya begini.

18 Responses to “La Tahzan”

  1. k.i. says on :

    JGN BERSEDIH, HANYA KERANA NIAT ANDA DIHALANG

    Ketika dunia memberi kebaikan kepadamu
    Dan saat kau tak rela merasakannya.
    Tidakkah kau lihat permata dunia
    Yang putih berkilauan
    Dia keluar dari lautan yang masin
    Setelah ketakutan, akan muncul cara
    Yang membuatmu berlimpah kemudahan
    Dan kebahagiaan.
    Setelah kecelakaan akan datang keselamatan.
    Bukankah sesuatu yang bengkok
    Boleh berubah menjadi tegak lurus?

    la takhauf wa la tahzan.innallahama’ana

    Reply

  2. faisal says on :

    La Tahzan, Innallaha ma’ana..:)sy mmg seorang yg tak cepat sensitif dan terasa..lelagi nak merajuk,hahaha..kecuali pasal agama or org permainkan agama,huhu…kat tpt keje lama dulu pernah dibaling hp oleh bos, tapi keluar tu bleh ketawa2 sampai bos tu geram sangat,hahahahaha…

    Reply

  3. cikgu jawe says on :

    Di saat kita meletakkan kawan di satu aras yang kita hormati, dan hak kita sebagai orang yang patut dihormati juga telah dinafi, adakah kamu akan terasa?

    ini point sarah sebenarnya kan. berterus terang dgn dia secara baik. beritahu bahawa hak sarah telah dia ceroboh. beritahu juga bahawa sarah menghormati dia dan minta supaya rasa hormat kepadanya jgn sampai hilang.

    moga2 cepat2 berlalu rasa sedih sarah. bykkan baca Hasbiyallah..

    Reply

  4. Rynn Cowbra says on :

    sarah,ryn sgt mempahami.

    la tahzan.

    not that ryn mempahami ape yg sarah rase itu/ape kes yg telah terjadi tetapi ryn mempahami rase yg sarah rase.

    eyh,cam pelik jek ayat neh.
    lantak la!

    sarah jage diri ye.

    Reply

  5. AiRynnz says on :

    “Adakalanya kita perlu menangis,
    supaya kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa
    dan adakalanya kita perlu ketawa
    supaya kita dapat menilai betapa mahalnya harga setitis air mata…….
    Adakalanya hidup ini terumbang-ambing dilanda badai..
    Dikhianati… ditipu dan dipersendakan…
    kita mencari-cari kenapa kita diuji..
    dimana silapnya kita..
    namun akhirnya, kita hanya menyalahkan takdir..
    namun Dia..
    Dia tahu apa yang Dia lakukan..
    mungkin apa yang diuji ada hikmahnya…
    mungkin apa yang dilalui itu
    akan membawa kita kepada suatu yang lebih istimewa…
    menangislah…
    tangisan adalah pelembut hati…
    penguat jiwa….”

    jgn bersedih ya sarah…sayaaaang sarah…

    Reply

  6. Mak Su says on :

    sentiasa tenang ya….

    Reply

  7. mohzamosri says on :

    dont wolly be happye..

    Reply

  8. silent reader says on :

    😉 La Tahzan 😀

    Reply

  9. Faresya Fareed says on :

    be happy alwayz ;D
    like me suka sgt sorok problm dgn snyum smpai ada bdak sni kta ‘u alwyz look hepi’ pdahal x pon

    oh ya..sila selesaikn tag anda di blog fare yer..hehee

    Reply

  10. Aizar Azman says on :

    Salam Sarah..
    Maaf lama tak lawat awk..
    Sampai sy rasa kehilangan lak..huhuh
    Hmm,banyaknya cerita sy tinggal.. Akan ku baca satu persatu hujung minggu ini.
    Saya rasekan, sy pernah terlibat ngan apa yang Sarah rase.. sy pon sensitif utk soalan kamu itu..

    p/s: org dah update tau!

    Reply

  11. Inah says on :

    salam sis..

    org kata gadis berbintang libra slalunya sensitif..x taula sarah bagaimana

    tapi..tats normal. nothing to be ashamed of.

    Thats life. dont whine for everything. u can be sesitive but dont be overly sensitive..dont take things too literally 🙂

    take care sis

    oh ya!!adik akak dapat 10A. Alhamdulillah 🙂

    Reply

  12. myfisol says on :

    salam sarah…

    siapa yang tak sensitif…rasanya semua manusia sensitif, cuma level kesensitivitian itu mungkin berbeza2..

    tenang2kan lah hati…

    Reply

  13. akak says on :

    Sarah..it is only natural to be sensitive. It’s OK to feel sadness and grief. Don’t have to be sorry & ashamed of our feelings and it’s OK to let it all show..

    …ingatlah Allah sentiasa bersama kita..bersabarlah..semoga Sarah menjadi seorang yang lebih baik dr peristiwa ini.

    Reply

  14. faridmw says on :

    salam..
    jgn berputus asa dalam membuat sesuatu.. dugaan itu adalah penguat bg kita dalam menumpuhi dugaan selanjutnya… allah berfirman.. sesungguhnya allah bersama orang yang bersabar….

    Reply

  15. so'od says on :

    salam sarah..
    kdg2 kita akan jd sensitif bila apa yg kita harapkan x difahami, apa yg kita maksudkan x kesampaian & apa yg kita hormati x dihargai..
    sy pun akan jd sensitif kalau dlm situasi itu, terutamanya kalau individu yg dimaksudkan tu seorg yg sy anggap rapat & seharusnya sensitif juga..
    kdg2 menjadi sensitif bukan bermakna merajuk.. kdg2 ia bermakna kita memberi waktu utk diri menerima & individu itu menyedari apa yg tersilap dan harus diperbaiki..

    Reply

  16. MK says on :

    apekah itu la tahzan… >_<
    kak sarah sabar na.. kak sarah kan gagah perkasa

    Reply

  17. fizz says on :

    salam sarah,

    Setiap orang mempunyai daya sensitiviti, samada tinggi atau rendah. Peka dengan apa yang orang lain fikir dan rasakan adalah satu sensitiviti yang baik (saya juga begitu), tetapi tak semua orang seperti itu, bila keadaan ini berlaku, maka sebab itu kita mudah terasa.

    Jawapan saya adalah Ya untuk perenggan terakhir, kalau org lain kata tidak, tidak mengapa sarah kalo kita diletakkan dalam kategori terlalu sensitif. Kerana sensitiviti kita bertempat..

    Reply

  18. mAkCiK De' KiPaS says on :

    kuatkan semangat… banyakkan bersabar… cari seseorang atau tempat yang kita boleh mengadu… senyum!

    Reply

Leave a Reply