Review : Keputusan Pilihanraya 12 Negaraku Tercinta

Assalamualaikum wbt

Saya kira saya tidak perlu mengulas panjang. Semalam memang sebuah sejarah buat negara apabila 5 negeri akhirnya mendapat kepimpinan baru. Kepimpinan Barisan Alternatif. Kepimpinan Pembangkang.

Kemenangan besar PAS di Kelantan bukanlah sesuatu yang pelik. Sudah dijangkakan. Monopoli DAP di Pulau Pinang juga sudah saya jangkakan. Mungkin kerana keinginan masyarakat Pulau Pinang yang inginkan orang lain menggantikan Koh Tsu Koon sudah jelas sejak sekian lama.

Namun, perubahan yang berlaku di Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Kedah benar-benar di luar jangkaan saya. Ini kemenangan besar. Ini perubahan yang dinanti-nantikan. Ini sejarah dalam pentadbiran negara.

Ada 2 ironi yang saya fikir-fikirkan sejak semalam. Pertama, Pak Lah kini bergelar pembangkang di negeri sendiri. Keduanya ialah ironi pihak kerajaan menjaga baik Sabah dan Sarawak selama ini. Sebenarnya fungsi dua buah negeri ini kepada BN hanyalah sebagai penyelamat di saat kesesakan. Cuba bayangkan, tanpa kerusi majoriti sumbangan Sabah dan Sarawak, Malaysia kini sudah mempunyai sebuah pentadbiran penuh yang semuanya baru. Ok. Ini hanya imaginasi saya. Mungkin selepas ini tiba masa untuk Sabah dan Sarawak pula untuk membuat pertukaran dan perubahan. Anjakan paradigma kata politikus.

Semalam, saya khusyuk dari pagi ke tengah malam menatap Malaysiakini untuk mendapatkan perkembangan terbaru. Dan saya bersama dua orang rakan di Malaysia yang turut melaporkan berita-berita terkini. Terima kasih Azwan sebab membantu saya mendapatkan keputusan terkini bersama-sama sampai ke pagi buta dan seorang lagi seorang kawan lama saya, seorang peguam yang ada memberikan sedikit info juga (dia tak baca blog ni rasanya). Cuba bayangkan, makan dan belajar semuanya di depan laptop. Gara-gara menunggu keputusan Pilihanraya 12.

Majoriti 2/3 juga telah dihapuskan oleh pembangkang. Ramai yang sujud syukur kerana sekarang sudah semakin ramai suara yang boleh membela rakyat di dalam Parlimen (baca: KJ dan Adnan Yaakob tak boleh sesuka hati buat pasal). A good check and balance. Dan saya yakin, doa dan harapan rakyat Malaysia kini ialah untuk melihat perubahan ini adalah perubahan yang positif. Yang boleh membawa manfaat buat semua. Ini bukan satu eksperimen tapi inilah doa dan harapan yang diharap-harapkan.

Malam tadi saya sujud syukur sebab kepimpinan ulama diakui oleh rakyat Kedah pula. Saya nak pindah duduk Kedahlah pula. Ups. Saya lupa. Saya ada kampung di Pulau Pinang (kawasan Pak Lah nun) dan di Sungai Petani. Ya. Saya nak jadi orang Kedah! Hehe.

Dan hari ini, 9 Mac 2008, kawan baik saya sewaktu sekolah rendah di Pusat Pengajian Islam Al-Mukmin telah selamat mendirikan rumah tangga. Tahniah buat Siti Hajar Mohd Yasin. Sebenarnya saya sudah terputus hubungan dengannya sejak dia berpindah sekolah di hujung darjah 1. Langsung tidak dengar berita. Sehinggalah di hujung tahun lepas saya terjumpa sebuah blog rahsia yang rupa-rupanya adalah milik Hajar. Blog yang menjadi tempat luahan hati Hajar pada seorang lelaki tanpa lelaki itu ketahui. Dan pada hari ini, selamat sudah Hajar menjadi isteri yang sah buat Mohd Idham (ED) di Tronoh. ED, itulah nama yang tersurat di blog rahsia itu. Menurut Hajar, sebulan lebih lepas mula menulis blog rahsia itu, ED menghubunginya dan ikatan pertunangan terikat. Dan kini, 4 bulan selepas segalanya berlaku, mereka telah bergelar suami isteri. Kerja Allah. Itulah jawapan mereka berdua ketika saya menelefon mengucapkan tahniah petang tadi. Selamat berbahagia buat Hajar dan ED.

24 Responses to “Review : Keputusan Pilihanraya 12 Negaraku Tercinta”

  1. Anonymous says on :

    salam.memang menarik pengalaman di negeri orang & mengamati tulisan di dlm ini tergambar kematangan sis disamping sensitiviti dgn degup nadi di tanahair.sis akn jadi doctor yg baik & i know your father is very proud of u.he always tell me abt u,even i told him 7 your mom maybe my family 7 i could hop-in to moscow for your convocation.i love books very much & i cannot live without them.you are welcome to my abode whenever you are home,i have my own private library & my collection included russian leterature (literature during communist era.your father,hj shukur is like a brother to me,family friend (sahabat keluarga.i entrusted him to leads my election campaign in temerloh and knowing him he gave 101%.he did splendid job but most unfortunate i lost to BN.ok do study hard & take care.
    p/s.this poem is sort of battle-cry for John Wilkes,tokoh reformasi britain abad ke17.very relevant & membangkitkan semangat.suddenly the poem flashed into my mind:
    “look no more with eyes of pity,
    see our victory,when we build that heavenly city,all men shall be free”.

    a.nizam
    lanai lestari
    10.3.08

    Reply

  2. Anonymous says on :

    jgn sebab melayu terlalu sibuk dgn puak masing2 (3 puak utama tu), bangsa lain yg untung..nasib melayu di penang, mmg dh xterbela..jgn kan pula di perak pn kite nk biar begitu..harap org melayu sedar..jgn nk dok ade kepale masing2..

    Reply

  3. cikgu jawe says on :

    aish sarah ni. gelombang otak kita sama.. 🙂

    Reply

  4. sarah says on :

    inilah permulaan yang manis untuk kebangkitan Islam di Malaysia,iAllah =)

    Reply

  5. manje says on :

    mudah2an permulaan yg baik… skrg ni ms utk tunaikan jnji2…

    Reply

  6. fizz says on :

    salam sarah,

    Saya juga sudha mengjangkakan kemenangan Pas di kelantan memandangkn sy melihat kesungguhan rakan2 sy yg ramai berasal dr neg. cik siti wan kembang utk plg mengundi, dan sy juga yakin BN akan menang di terengganu. Tetapi keputusan sungguh tidka diduga di negeri2 lain itu, saya melekat depan TV sampai pukul 3 pagi melihat kejutan demi kejutan keputusan yang disiarkan.

    #Saya kurang berpuas hati dengan kwsn sy,rugi rsnya tidak mengundi 🙁

    Reply

  7. faisal says on :

    slm cik sarah yg bersemangat,hehe..

    waa, sukelah dia ek..:) tapi hakikatnya byk bumpy dalam awl2 pemerintahan nih..kat selangor sendiri dah kecoh macam2 ni..:) BA sbnarnya tak jangka dapat selangor..jadi mmg nak taruk org yg pegang exco pun sbnarnya mmg masih tak confirm lagi..

    alhamdulillah ramai dah terima kerajaan yg berunsurkan Islam..:) tapi kena diingat bukan sbb itu je kejatuhan kerajaan skrang..sbnarnya sbb yg lebih besar adalah luahan kaum cina dan india yg tidak lagi menyokong kerajaan dalam PRU12 ini..mereka mahukan hak yg lebih baik…dan laman2 pro-DAP mmg sudah cerita ttg ini..MRSM penang dibuka kepada semua kaum dsb..sy takut camni..

    kerisauan sy, bila mereka menuntut hak yg lebih saksama yg lambat laun, keistimewaan melayu semakin berkurangan..:(

    cam cikgu jawe cakap, lebih baik berketuakan UMNO dari DAP..dan lebih baik PAS dari UMNO,hehe..sy sangat setuju ttg itu..

    Reply

  8. MK says on :

    erk, macam bro faisal dan anon2 cakap tu.

    saya tengok nama2 kat malaysiakini tu, DAP je byk. tanya kwn saya, dia kata DAP tu india+cina. takut gak, waktu kita melayu dok berpecah, dorang bersatu… erk.

    pe pun, alhamdulillah. finally, some changes

    Reply

  9. hawa says on :

    Salam,

    Sarah, pembetulan mengenai poster yang ade gambar tuan guru nik aziz tu dengan kerbau pendek tu. Actually it is “Pergi jahanam dengan ISLAM” bukan setakat “Pergi jahanam dengan agama”. Radikal kan?? Tapi itulah realitinya..

    Anyway, bahang PRU sampai jugak ke Rusia eh? hehe.. boleh bayangkan tak perasaan saya kat sini macam mana. Rasa nak menangis bila dapat tau awal-awal lagi Selangor dah di tawan (sebenarnya dah menangis pun..). Dan bandar baru bangi juga ditawan PAS semula. alhamdulillah. Terharu sebab usaha kak sumayyah (ingat dia lagi tak? pendebat bahasa inggeris dlu..) tak sia-sia.

    Tahniah again!!!!!

    Reply

  10. kak rynnz says on :

    salam sarah…

    rasanye lau sarah ader di msia pasti lagi hangat kan 🙂

    semuga perubahan kali akan beri sesuatu yang baik buat malaysia

    Reply

  11. umaq_eiman says on :

    to me…
    bia pecah dulu tembelang BN…
    bau busuk tuh nanti kita cuci..

    DAP sekurang kurangnya membahagikan keadilan di kalangan bangsa mereka.

    masa nihlaa kita kena dakwah… ingat kemelayuan takkan kemana. tetapi keislaman, pimpin dunia pon kita boleh..

    kerap sikit dengar ceramah tuk guru deh.. hidup org SP sapu bersih tuh.

    Reply

  12. k.mas says on :

    alamak…mcm kenal jek pengkomen yg first 2…masterji den 2;) mcm2 tipu helah & keje kotor yg BN buat..tp mrk lupa yg usaha2 mrk 2 sezarah pun xdpt dibandingkan dgn kuasa Allah.rugi sarah xde kat cni..best tau bedebat dgn polis2 yg bercakap berakalkan lutut;)

    Reply

  13. myfisol says on :

    Salam Sarah,

    Selamat datang ke Kedah….negeri yg penuh keberkatan..Insya Allah..

    Semalam bro travel balik rumah dari KL tanpa melalui satu pun negeri BN…

    start: KL -> Selangor -> Perak -> Kedah -> Penang -> Jitra (Kedah) end:…

    Bayangkan..

    Reply

  14. Sarah Mohd Shukor says on :

    Uncle Nizam:

    Salam wbt. im touched by ur visit n ur words n ur spirit. i hv known u since 2002 i guess. or maybe earlier. so, when u said my ayah is like a brother to u, i dont doubt it. at all. i know the closeness btwn u both are like bestfriends or borthers. thanks for the wish. i will n i must be a good doctor. im the pen of the family. to draw something new for my parent. actly, i was in a mess when u dropped the comment yesterday. reading ur lines, my tears ran down heavily. n reading the poem, my soul regained n i told myself, what im facing now is only 0.1% of what have u faced in life. please. u are most welcome to moscow. i will drag both my parent to come even if my mak might be busy with her schooling schedule. kak maslina mohamed is doing her chambering with u, rite? she’s my senior n my idol. do train her well please, uncle. i know she will be just great like u.

    p/s: see u around in june. i’ll be back insya Allah. n in 4 yrs time, i’ll be ur soldier to re-fight in the next PRU. hehe.

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    Anon:
    jgn terlalu prejudis lg. infact, di perak, PAS yg akn pegang insya Allah. so, the check n balance are there 🙂

    Cikgu Jawe:
    aish cikgu. ni dh kali ke2. mmg terbukti gelombang otak kita sama 🙂

    Sarah:
    ye. insya Allah begitulah. best la org Perak ye. hihi.

    Manje:
    haah manje kan. ni la masa utk kita sama2 tgk janji2 ditunaikn. baik BA mahupun BN 🙂

    Reply

  16. Sarah Mohd Shukor says on :

    yang lain sy sambung nnti ye. hehe. in rush to hospital 😉 ni gap lunch break je. doakan sy tak mess up n bengong hari ni 🙂

    Reply

  17. Rynn Cowbra says on :

    erk!

    kami mase tuh kan,berkumpul di conference,sambil hapdet masing2.

    hahak!

    malaysiakini buat hal,pergi ke dapur tgk keputusan.lepas tuh,dgr radio.
    segala mcm dbuat nak tau keputusan. hahak!

    seronoknya kalau dpt berpajamas party malam itu.

    jam 3 lebey baru tdo.

    Reply

  18. WaNa (BoRN To MaKe u HaPPy) says on :

    SaLaM 🙂

    HyE HyE SaRaH …
    WaNa LtK uRL SaraH Kt bLoG WaNa TaW !

    Reply

  19. Inah says on :

    ayyaks..hope sarah ok je hari ni hospital 🙂

    kemenangan di selangor dan KL kebanyakan sebenarnya disumbangkan oleh kempen BA di internet dan blog. Kebanyakan kami di sini celik IT dan masing2 inginkan perubahan

    Harga barang makin naik Sarah..bayangkan milo telah mencapai 17 ringgit..dulunye hanya bernila 8 ringgit sahaja

    Bila dibangkitkan isu kenaikan harga barang..kita disuruh ubah cara hidup..

    minyak naik — pakai kenderaan awam
    milo naik — amalkan minum teh
    susu bayi naik harga — amalkan penyusuan ibu
    roti canai naik harga — jangan makan roti canai
    tepung naik harga — kurangkan makan kuih..boikot penggunaan tepung

    ayyoooo..ade yg akak g aussie..x mau balik..kekekeke

    Reply

  20. Sarah Mohd Shukor says on :

    Fizz:
    sape ye bertanding utk jerantut? sy ingt nama yg PAS je. hamzah kn? hehe. yg BN tu Wan somethg2 tu sy lupa :p takpe fizz. next time kita ngundi! awk jaga jerantut. sy cover line temerloh 🙂

    Acai:
    MB acai kita ni sgt semangat ye. awk patut bertnding la acai. awk pegang dengkil nun. pastu ajak cikgu jawe skali. suruh cikgu bertanding di klang. meru atau kapar. tu kawasan dia tu. hehe. utk masa ni, sy ambil pendirian melihat n memantau dr jauh dulu. tp instinct sy kuat yg sesuatu yg positif akn diberikn oleh BA. ok ok. x nak cakap byk. kita tgk je dulu. hehe.

    Khairul:
    ks x mau ckp byk skrg. kita tggu n lihat dulu. tp instinct ks kuat kata yg sesuatu yg baik akn menyusul insya Allah.

    Reply

  21. Sarah Mohd Shukor says on :

    Hawa:
    terima kasih sbb betulkn semula ayat tu. mmg radikal. eh, apa yg kak sumayyah buat? ayah dia bertanding ke n dia jd puteri kempen ke? meh cerita cepat. sure la sy ingt kak sumayyah sbb close dgn dia dulu. dia baik dgn kak aliaa yg sebelah katil sy tu. tahniah utk hawa n org bangi!

    Kak Rynnz:
    lamanya tak dgr khabar akak. sorry sgt ye kak. kalau sy ada, sy dh tolong org berkempen dlm 3 bahasa dh. BM-BI-Russian. hihi. suare la sy kempen utk BA 😀

    Umar Aiman:
    seronok la dia org SP dpt MB baru. ehem. SP pn kampung sy jgk. lalalala~

    Reply

  22. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Mas:
    ye la tu. sape lg tu. masterji akak la tu. sy pun sgt tak caya yg uncle nizam menyinggah kt blog ni. an honour for me! kak mas bape lama chambering kt situ? kalau sy ada kt temerloh, sure sy menempek kt sebelah ayah sy ikut gi kempen sana sini. n tak mustahil jgk akn jumpa syarifah syafinah, kak syatrah n adik beradik dia yg lain. tu kan geng tu. lg 4 thn kita berjuang sama2 la kak mas ye 😉 eh, sy ada berita hangat! ngeehee~

    Bro Fisol:
    haah la! ye tak ye! straight dr KL-selangor-perak-penang-kedah semuanya negeri2 BA. aisshh. bilalah org pahang nk celik mata ye…

    Reply

  23. Sarah Mohd Shukor says on :

    Rynn Sayangku:
    conference ke malam tu? waaa.. mantap! sy kalau termiss skit, azwan akn update kn. sempat la sy turun ke pasar beli barang dapur skit, gi jemu baju n mcm2 lg. rajin dia tolong update kn. huhu. hep. nak parti pijama plak. x beshh.. jom parti kain batik.. *lariiii*

    WaNa:
    wana.. wana.. sy pn nak link kn wana jgk!

    Kak Inah:
    tak bijak betul jawapan balas tu kan. mcm la masyarakat skrg ni low class sgt tak boleh fikir sume tu. eh kak inah. jgn la tak balik. balik la smula. nnti nk buat majlis kawinnya kt msia kn. hihihi.

    Reply

  24. k.mas says on :

    ala..ni yg xbest ni..brta hangat cite tegantung cmni…akak chmbrg smpai hjg bln 9 thn ni.blk tloh nti jgn lupe bgtau tau..

    Reply

Leave a Reply