The Man of My Life

Assalamualaikum wbt

Di YM (bila saya online), saya dapat lihat bermacam-macam status. Fokus utama adalah status rakan-rakan sekumpulan saya. Memandangkan esok kami akan menduduki exam Traumatology, Orthopedics and Disaster Surgery (Trauma), jadi antara statusnya berbunyi:

Trauma is indeed traumatizing! (Wendy)
I can’t read Trauma anyfuckingmore! (Faisal)
Sick~ (Davina)
Preparing… (Mustaqim)
A man has to do what he has to do. (Saya)

Inilah demam exam Trauma yang sangat mencuakkan kami semua. Kenapa? Sebab Trauma memang banyak bahannya dan sungguhpun saya sudah 2 kali ulang sempurna, saya masih cuak!

Tapi apa kaitan status saya di YM itu? Tak berunsurkan exam langsung. Tadi saya lihat ayah online di Google Talk. Kurang lebih pukul 1.30 pagi di Malaysia. Itu maksudnya ayah sudah pulang ke rumah. Saya menegur. Ayah membalas. Medium kami anak beranak adalah Google Talk.

Seperti biasa, topik kami adalah tentang politik. Saya memberitahu ayah bahawa saya telah jumpa gambarnya dalam Malaysia Today dan saya telah memberikan link itu kepada Nan. Ayah kata ayah letih sekarang ni. Sebenarnya, saya sendiri baru saja tahu siapa dan apa yang ayah saya uruskan sepanjang pilihanraya ini. Itupun melalui seorang kawan yang berada di Temerloh. Dan baru semalam ayah mengakuinya sendiri ketika saya menelefon rumah. Tidak pelik ayah sangat sibuk dan suaranya masih belum elok sepenuhnya.

Selepas berbincang ringkas tentang beberapa isu, saya kata pada ayah: Mesti ayah penat kan sekarang ni. Ayah membalas semula: A man has to do what he has to do. Saya rasa hendak menangis membaca apa ayah tulis. Saya membalas: Your words are really inspiring. Dan seperti lazimnya, ayah akan berhumor: Awak ingat ayah tak gheti bermadah ka. Ayah, you are the man of my life. I’m sure you know that.

Tadi, saya baca 2 entri ini. Yang ditulis oleh kembar saya Yasir dan kanda Azwan. Kedua-dua entri ini membuatkan saya hendak menulis review saya pula tentang demam pilihanraya 12 ini. Ditambah pula dengan mesej dari Acai yang memberitahu suasana di tanah air ibaratnya seperti akan terjadi pilihanraya berdarah. Ok. Ini menakutkan. Nauzubillah. Tapi saya tak boleh berlama dengan internet. Saya ada exam. Tunggu esok. Insya Allah akan ada review ringkas dari saya pula.

Sungguhpun kata-kata ayah itu merujuk kepada tanggungjawabnya, saya guna pakai ia dalam konteks saya sebagai seorang anak dan pelajar. Berusaha yang terbaik dan memberikan yang terbaik kerana itu tanggngjawab saya. Insya Allah. Yang terbaik untuk katalis hidup saya dan the man of my life.

Di saat sedang menulis ini, saya sedang mendengar lagu Geek in the pink nyanyian Jason Mraz dari playlist. Tiba-tiba saya terdengarkan kata-katanya: From zero to hero. Mari. Mari kita jadi hero.

16 Responses to “The Man of My Life”

  1. k.i. says on :

    best of luck
    bittaufiq wannajah.
    ‘nye pukha nye pera!’

    Reply

  2. cikgu jawe says on :

    selamat menempuh exam dgn jaya sarah. jgn peduli sgt dgn malaysia. biar kami kt sini uruskan. nanti ko balik insyaAllah dh tukar kerajaan.. 🙂

    itu pun kalau SPR telus dn jujur dn takde moyang2 semua keluar dari kubur balik ngundi..

    Reply

  3. cikgu jawe says on :

    oh yee.. acai ni memandai je kata bakal pilihanraya berdarah. mana ada. kalau berdarah pun yang punya angkara BN. sekian. balik ke seri pentas…

    Reply

  4. cry4freedom. says on :

    Salam dinda.

    Hehe, betul lah cakap cikgu jawe tu, kalau ada pun angkara kerajaan dacing kalau ada yang bersepah limbs bertaburan atas jalan. Abaikan kejap soal pangkah memangkah logo parti ni serahkan kepada kami di nusa ni nak tentukan. Kami sudah bersiap dengan keris lembing nak berpencak di tengah gelanggang yang rasanya banyak perangkap (dan juga bobbytrap)

    Panglima pun sudah bersiap sedia. Pagi ni DSAI nak hadir ke sini. Harus turun dengar amanat jeneral peranglah. Zasss.

    All the best exam 🙂

    Reply

  5. Hasrul Halid says on :

    All the best for your exam

    Reply

  6. MK says on :

    semoga kak sarah dapat mengatasi ‘trauma’ itu. amiin

    rajin ye berborak dengan ayah. ssya sms abah pun waktu nakmintak duit belanja bulanan je. huhu

    Reply

  7. fizz says on :

    salam sarah..

    yup first skali dlm fikiran bila tgk status YM sarah, mmg mcm xde kena mengena dengan exam, tapi sarah dh jelaskan semua di sini, 1.30 pagi br ayah pulang, hmm pasti sngt meletihkan, sy kalau balik malam pukul 10:30 pm pon raser nk tersembam atas katil terus..

    #sarah buat yg terbaik untuk exam k 😀

    Reply

  8. faisal says on :

    slm sarah,
    waaa ari tu mak sarah, ari ni ayah plak..:) setuju ngan ayah sarah tu, biasanya lelaki or seorang ayah tu tahu apa yg sepatutnya dia buat untuk keluarga, kerja dan hidupnya..:)sungguh, kagum ngan ayah awk..taktau ada tak ayah org jawe yg cam ayah awk,hihi..:)

    anyway, betul kata cikgu tu..sarah examla ngan tenang..:) kat mesia ni sumenya masih terkawal,huhu..emmm, bila tiket balik ni sarah?kikiki..nak jemput ni,hahahaha…aaa, status ym sy – offline,keh keh..

    Reply

  9. Mimie Azrin says on :

    gud luck sarah,

    mama still waiting for the sign.

    Reply

  10. mAkCiK De' KiPaS says on :

    salam sarah,

    azah pon suka lagu geek in the pink tu 😀

    gudluck utk sarah…tak sure sarah dah exam ke blom skrg ni..tapi ape2 hal pon gudluck ek!

    Reply

  11. Rynn Cowbra says on :

    selamat berekzem.

    tetibe rase cam nak kutuk kembar sarah si kecik MK.

    jaatnyer bile nak dwet jek carik ayahanda.

    tengok saye,sume mende pun nak bcakap.

    ehh!ryn ckp sume mende ngan sume urg 😐

    Reply

  12. tyrexia says on :

    all the best ye. break a leg!

    Reply

  13. myfisol says on :

    salam Sarah,

    Good luck to your dad…semoga segala usahanya di berkati Allah…surau bro buat majlis solat hajat malam ni, agar insan yang bertakwa dan benar mecapai kemenangan..

    I used to be a reformist before…and the spirit is still there..cuma skrg..dah jadi “penjawat awam”..every action is being monitored..even my blog..tp diam x bererti berundur..tp susun strategy..huhu.

    Reply

  14. ytmz says on :

    mana entry baru nye ni.. refresh dah beribu tahun.. semua nampaknya sedang trauma kan subjek trauma.. tapi bukan sedang.. dah lepas.. dah tak trauma.. dah trantangtang.. ok geek in pink.. tunggu entry ke depan lah gini..

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Abg Khairil:
    alaika syukran ya akhi 🙂

    Cikgu Jawe:
    trma kasih cikgu. ye. org2 di tanah malaya sana masih ramai yg bertanggung jawab 🙂 ye. sy rasa yg acai maksudkn indirectly ialah org2 dacing tu. hihik.

    Azwan:
    lupa plak nk tnya smlm. apa cerita bertemu jeneral perang smlm? tp x pe la. dh dpt agak kronologinya. apa2pun, silalah jaga nusa kita itu dgn baik ye. sy memantau dgn satelit dr rusia ni 🙂

    Hairul Halid:
    thank u bro.

    Khairul:
    aishh kamu ni. ada ke gitu. sokmo2 skit tnya khabar ayah tu. dia sure sokmo ingt kt kamu tau.

    Fizz:
    trma kasih fizz.. alhamdulillah dh selesai semuanya 🙂

    Reply

  16. Sarah Mohd Shukor says on :

    Faisal:
    kebetulan je sumber inspirasi ni sederap dtg membawa ilham. hehe. oh pasal date balik tu, nnti sy bgtau kemudian. x leh cakap kt sini. private n confidential. hehe.

    Mimie:
    jaga diri! sudah sgt dekat. ntah2 di saat sy tulis ni, awk dh tggu masa je kt dlm labor room 🙂 mimie jr, tunggu aunty sarah balik ye!

    Azah:
    trma kasih azah. exam dh abis. sy suka jason mraz 🙂 cuba dgr lagu bella luna. weehee.. suka~

    Ryn:
    tula pasal kn. ketuk skit si kecik itu. ada ke patut cakap dgn ayah time nak duit je. hihi. oo. ryn suka ckp dgn semua eh 😉

    Thirah:
    thnk u thirah! patah sudah kakiku :p

    Bro Fisol:
    thnk u bro. sbb tu ayah sy bukan penjawat jawatan awam tu. sbb dia suka kn kebebasan bekerja sndiri 🙂 bg dia, lawan tetap lawan! dr zaman u smpai skrg..

    Yasir:
    entry baru di atas sinun, atas sinun dan nun yg paling atas sinun. geek in the pink. pink kah kamu? tidak. ungu gelap plis. hihik.

    Reply

Leave a Reply