Zaman Dulu Kala

Assalamualaikum wbt

Sejak adanya entri tentang permainan tradisional yang saya tulis pada tahun lepas, entri itu menerima hit tertinggi daripada mereka yang mencari maklumat tentang permainan tradisional (setakat yang saya sedar). Jadi, saya teringat semula pada kisahnya kami sepupu-sepupu dulu yang rajin sangat bermain tuju selipar apabila semua balik berkumpul di Temerloh. Kawasan rumah Tok yang luas memang sangat strategik. Dicampur dengan halaman rumah Tok Cik, Mak Tam Chinor dan halaman rumah saya sendiri menjadikan bukit rumah kami cukup luas untuk kami semua lari bertempiaran bermain ketika cuti. Terutamanya cuti hujung tahun. Ini aktiviti wajib keluraga Bahaman ini.


Tapi baru-baru ni saya merajinkan diri membelek Friendster adik saudara saya. Ada pula gambar ketika mereka semua sedang bermain. Dan mentang-mentanglah geng sepupu-sepupu perempuan kebanyakannya semua sudah besar panjang, geng sepupu-sepupu lelaki telah curang dan memulakan tradisi baru pula. Ragbi. Sungguh tak aci. Manalah kami yang perempuan boleh main. Bila saya melihat gambar tu, walaupun saya tiada di sana ketika itu, saya dapat merasakan kemeriahannya. Dalam gambar di atas, cuma anak lelaki keluarga Mak De Aida saja yang tiada wakil. Mungkin Mak De tidak balik waktu itu. Oh. Terlupa nak cerita. Kami semua 29 orang jumlahnya.


Ini gambar ketika raya bulan 10 lepas. Aksi sepupu-sepupu dan adik saya. Merepek je. Ada telinga tutup, ada mata tutup, ada mulut tutup. Hehe.

Ini antara sepupu perempuan yang geng universiti. Ada lagi 2 orang yang seangkatan dan sangat rapat dengan saya dan Kaklong sejak kecil tapi tiada pula gambar mereka. Sekarang, kami sepupu-sepupu telah dipecahkan kepada 3 kumpulan. Geng universiti, geng sekolah menengah dan geng sekolah rendah beserta si kenit-kenit yang lain. Bila teringat kenangan kecil-kecil dulu, terasa betapa cepatnya masa berlalu. Dulu, kami semua boleh duduk berkumpul bawah selimut besar yang dikembangkan dengan kipas angin sambil bercerita hantu dan macam-macam lagi. Ayah Andak pernah merakamkan video aksi kami berkoir menyanyikan lagu Negaraku dengan memakai baju tidur. Kenangan tidak tidur malam kerana teruja dengan persediaan majlis perkahwinan Mak Andak dan kenangan tidur dalam kelambu bilik Tok sebelum rumah lama tu terbakar pada tahun 1998.

Saya rindu zaman kanak-kanak dulu! Membesar bersama Hidayah dan Linda, berlumba dalam peperiksaan bersama Nisa dan Mirul yang sebaya dengan saya, bermain bersama-sama adik-adik lelaki saya tak ingat dunia, intip Nan memancing di jeti Tok Cik, tengok adik-adik dan kawan-kawan mereka bermain lumba kereta Dash Yankuro, main banjir dengan Kaklong, ikut ayah pergi mandi sungai dan macam-macam lagi. Seronoknya…!

Dan lagu yang ada ini lagu Cantik. Lagu di zaman saya sekolah rendah. Mesti Kalong dan Nan ingat lagu ni, kan? Nan, Ngah rasa awak mesti ingat lagi lagu Casey. Yang kita selalu nyanyi waktu naik buai di rumah Tok Penang.

20 Responses to “Zaman Dulu Kala”

  1. Faresya Fareed says on :

    permainan tradisional mmg best kn? ks ada spupu rmai ek?fare cma ada ciput jer..tpi bnyak belah mak r..blah ayah sorg je kot..2 pn yg angkt.hehe..sometmes…idup best snyi2..smtmes x…

    Reply

  2. cikgu jawe says on :

    πŸ™‚

    Reply

  3. silent reader says on :

    dash yankuro laaa Sarah πŸ˜‰

    huhuh… kenangan kanak2 mana pernah d lupa…. πŸ™ dh ade pun cousin yg kawen… huhu.. adkh nnt anak2 mereka bley rasa apa yg pernah rasa masa zaman kanak2 dulu??

    Reply

  4. cry4freedom. says on :

    Singgah kejap amik berkat/semangat sebelum lari pegi exam hall.

    Boleh apa gadish main ragbi. Haha.

    Sudahlah, permisi dulu ya.

    Reply

  5. faisal says on :

    alalalaa, suweettttnye cik sarah..:) teringat zaman membersar..mmg seronok bila kumpul ngan sepupu sume tu..tido umh nenek reramai, main sesama dan lain2,hehe..waaa, siap ada pecah kumpulan lagi tu,hehe..

    tapi takde group yg baya2 acai ke sarah?kekeke…manalah tau bleh kenalan,hahahahahaha…saudara mara acai dah pecah byk group agaknye skrang,hehe..

    Reply

  6. fizz says on :

    salam sarah..

    Memang seronok kalau berbicara mengenai zaman kita membesar, seronok lagi2 kalau ramai sepupu2 yg sebaya, sy tak ramai sepupu yg sebaya, kalau ada pon kami berjauhan :((tapi sib baik ada kwn2yg besh yg mewarnai hari2 di zaman kecilku..hehe tapi kalau diingatkan cerita2 dulu mmg seronokl kan..

    sarah..lagu casey tue lagu ini ke, saya tak sure tajuknya ape… tapi liriknya begini:

    di senja kala begini,
    teringat kembali,
    teman2 lama dahulu,
    yg telah sama mengharungi,
    pahit dan manis dirasa,
    sehati sejiwa,

    #siap nyanyi smabil tulis lirik..hehe :D..yes, dah ingat, tajuk nya sejuta impian, betul tak lagu ni yg sarah maksudkan?

    Reply

  7. Hafifi says on :

    hi..pertama kali dtg sini..seronok..salam perkenalan dari hafifi

    Reply

  8. WanHidayat says on :

    salam…tuju selipar tu juga tergolong dlm permainan tradisional ek???, tak mencabar main tuju selipar, sy suka main tuju tin…lagi mencabar…membesar di Gerik, Perak….hanya bermain tuju tin di tengah jalan raya yang dah tak guna….then terjun sungai tak pakai2 apa reramai…*larikkkkkk…budak lagik kan…wakakakaakka….rindunya zaman childhood…rasa nak jadik kecik balik jeak….#nak sgt tengok awak main rugby# *wink!!!!

    Reply

  9. BB says on :

    salam sarah,
    ya..zmn menremajakan diri adalah saat paling best. byk benda dipelajari.byk pglaman yg dpt. rasa kalau la dpt kembali saat tu..tentu lagi besttttttttttt.:)

    Reply

  10. fizz says on :

    salam sarah…

    alamak tadi bila nyanyi balik lagu ni…bukan sejuta impian…seribu impian lah rasernya tajuk die…haha saya ingat lirik..tapi xingat tajuk..huhu..

    Reply

  11. UncleJ says on :

    salam sarah..lama pulak tak tulis kat sini..

    permainan tradisional ni kalau uncle nak cerita lagi ler byk..bukan takat main baling selipar je…

    cuba tanya ayah sarah mesti dia boleh list down dalam satu page A4 paper tu game zaman dulu2..main kad, getah, tin susu, kotak mancis, kotak rokok semua boleh jadi bahan mainan…

    whoaa..terperanjat jugak uncle baca entry “bullshit in politics” tu..tak tau mcm mana boleh jadi gitu..samada sengaja or tak sengaja spr buat mcm tu..hanya spr yg boleh jawab…tapi bg saya kalau nak tipu tu biar le smart sikit kan..ni terang2 yg tak layak pun boleh ngundi..so apa kes tu?

    byk lagi kes… org tertua kat dlm dunia ni ada kat mesia..dan org tu pun boleh ngundi jugak…isk isk…

    betul ler tu malaysia boleh..hehehe

    Reply

  12. one says on :

    Salam,
    Sarah2,dah abes exam sesi terkenang semasa dulu plak,
    untung sarah

    Reply

  13. Muhammad Khairul says on :

    salam kak sarah

    waa, sweet nye tengok rapat betul kak sarah dengan sedara mara. rapat lagi ke skang? nanti saya balik temerloh nak join main ragbi ye ^^

    saya dari kecik sampai besar, join geng2 kenit2 tu je… huhu..

    btw, seribu impian kan lagu tu

    Reply

  14. akak says on :

    Salam Sarah..
    Bestnya teringat masa budakΒ². Takde benda nak pk..Tau main je..hehehe. Semua benda nak main, selagi boleh dimainkan.. :D. Sekarang dah tak boleh dah. MasingΒ² dah sibuk ngan family. Nak jumpa pun masa raya je. Dah takde group macam Sarah dah.. mmm..yang nak di’group’kan sekarang nie anakandaΒ²nya pulak.. πŸ™‚

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua:

    Faresya:
    ushh.. sikit betul ye sepupu sepapat kamu πŸ™‚ tu sbb fare jd cucu kesayangan ye. hihi.

    Cikgu Jawe:
    aiseh.. rindu la plak kt cikgu πŸ˜€

    Silent Reader:
    trma kasih. dh betulkn dh ejaan. mula2 smlm dh eja yg betul ni pastu was2 plak. hehe. klu nnti ditunjukkn kt anak2 psl mainan2 ni sume, dpt la diorg teruskn.

    Azwan:
    kalau gadis main ragbi, sy rasa terunanya main masak2 la plak kot πŸ˜€ kan?

    Faisal:
    haaa.. takkan nak cari org temerloh plak kot? hihi. dlm dua2 kluarga sy d temerloh n penang, kaklong adlh cucu sulung. n sy yg ke-2. kaklong n ada sorg lg spupu laki je yg dh keje. lain dr tu, sume belajar lg. hehe. klu nak book yg masih2 blaja utk adik2 awk, boleh la kot. ramai lg available πŸ˜€

    Reply

  16. Sarah Mohd Shukor says on :

    Fizz:
    sy dh baca komen fizz sblum ke hosp pg td. wkt tu trus trasa nk balas komen ni nk bgtau lagu ialah Seribu Impian. tp memikirkan tak breakfast lg wkt tu, x jd nak menatap blog lama2. sy ni terbalik plak. sy x de kawan pun dekat rmh. jd, adik2 n sepupu sy 2 la yg jd kwn2 sy. hehe. nk gaduh pn dgn diorg la jgk πŸ˜€ tp kan fizz, lagu yg sy maksudkan tu ialah lagu Jangan Ada Benci. kitorg 3 beradik yg atas ni selalu nyanyi kt buai dulu2. mcm jiwang je kn. kecik2 dh tau lagu tu. huhu. lagu Seribu Impian tu adik sy je yg suka. sy biasa2 je dgn lagu tu πŸ™‚

    Hafifi:
    salam kenal hafifi. ada masa nnti meh la menjenguk lg πŸ™‚

    Hidayat:
    tuju selipar tu tak traditional sgt la tp tu permainan yg bdk2 dulu2 yg cipta. zaman2 kita2 dulu la. kan? kt rmh sy susah nk jumpa tin. bila kumpul je, nnti ada pakcik india naik lori dtg kutip. dia beli dlm RM1-2 camtu. ala.. klu sy main ragbi, kurang ayu la gitu. erm. mlm td, minta maaf n trma kasih byk2 πŸ™‚

    BB:
    nnti dh ada ank, ajar ank2 main n kita join skali. dpt la imbau kenangan dulu2 tu! hihi πŸ™‚

    Reply

  17. Sarah Mohd Shukor says on :

    Fizz:
    hehe. tu la.. dh sedar awl pg td. tp x pe. saje kasi can awk ingt sndiri tajuk lagu tu. hihi.

    UncleJ:
    sy pun dh lama tak merayap ke blog uncle. rindu la sama uncle n lagu2 hindustan tu πŸ™‚ klu uncle baca entry permainan tradisional yg sy tulis tu, byk lg yg sy senaraikn. tu sume sy main dulu2 tu. hihi. psl isu politik tu, ntah bila baru kita akan ada 1 ketelusan mutlak. n ntah bilalah akn ada 1 database system yg betul2 updated utk warga msia.

    Oneib:
    oh. saje je ni. kebetulan.

    Khairul:
    kami semua mmg kamceng. sangat2 kamceng. ks ingt bday semua sepupu2 ks ni. n ks ingt ikut turutan ikut deretan umur diorg sume ni πŸ™‚ bila time cuti n sume berkumpul, bilik ks n kaklong akn jd pusat perkumpulan spupu perempuan. ntah apa2 je kitorg buat ramai2 kt dlm bilik. hihi. ye. marilah dtg ke rmh ks. sungguh ni. alang2 rmh kita dh dekat kn πŸ™‚ boleh la kita makan besar nnti. harap2 time tu musim manggis n langsat. untung kamu nnti. hehe. lagu yg ks suka ialah Jangan Ada Benci. Seribu Impian gitu2 je la πŸ˜€

    Akak:
    jd, akak dh ada anak la ye? waa.. takpe2.. nnti bila anak akak dh besar2 skit, ajar n ajak diorg main smula game2 ni. sure sronok! hihi

    Reply

  18. myfisol says on :

    Salam Sarah,

    Entri Sarah kali ni tentang keluarga dan kenangan dulu2, suasana kampung..everything..

    Dah rindu Malaysia sangat lah tu..

    Reply

  19. xanda says on :

    nanti kena cerita main cikgu2 kat tangga merah rumah tok tu la pulak… hahaha

    Reply

  20. 0 Percent credit cards says on :

    Thank you for some other excellent post. Where else may just anybody get that kind of
    information iin suuch an ideal way of writing? I’ve a presentation subsequent week,
    and I am on the search for such info.

    Reply

Leave a Reply