Hidup Baru

Assalamualaikum wbt

Saya kira ini entri terakhir saya sebelum kelas bermula hari Jumaat ini. Tiada apa yang hendak saya katakan cuma mulai Jumaat ini sehingga bulan April nanti, saya tidak akan ada banyak masa untuk menulis di sini. Jadual saya padat. Di bawah ini ialah jadual Tahun 5, Semester 10 untuk group saya, Group 6. (Saya buka dan download dari website MMA, dalam Bahasa Rusia. Mungkin kamu tak faham. Boleh klik untuk gambar yang jelas).


Yang saya gariskan hijau ialah subjek-subjek untuk bulan Febuari dan yang digariskan dengan warna merah adalah subjek-subjek untuk bulan Mac. Ke semuanya terletak di hospital yang berbeza dan jauh. Seawal 7.15 pagi saya perlu bertolak dari rumah. Sepanjang Febuari (Infectious Diseases dan Traumatology), kelas bermula dari jam 9 pagi sehingga 2.30 petang. Hanya akan tiba di rumah sekitar jam 4 petang. Beginilah setiap hari termasuk Sabtu. Sepanjang Mac pula (Pediatric dan Psychiatry), kelas setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 4.30 petang. Alhamdulillah tiada kelas pada hari Sabtu. Dan ada 7 disiplin mempunyai Final Exam untuk sem ini!!!

Tinggal dulu ya semua. Jaga diri, jaga iman. Kamu semua sentiasa di hati saya πŸ™‚

Motivasi: Setahun je lagi nak habis, Sarah!

Rabbi yassir wala tu’assir… Wahai Tuhanku, Kau permudahkanlah dan jangan Kau susahkan… Amin.

49 Responses to “Hidup Baru”

  1. cikgu jawe says on :

    selamat kembali berjihad sarah. moga perjalanan awak akan dipermudahkan Allah.

    selamat bersabar menuntut ilmu khazanah Nabi Isa, Ibnu Sina, al-Razi, al-Hazen, Ibn al-Haytam dn lain2.

    saya doakan semua yang terbaik untuk sarah.

    huhuuuhu formal le pulak. πŸ™‚

    Reply

  2. cikgu jawe says on :

    lupe lak..

    cantik2 sikit menulis tu yeee!

    faham2 je le tulisan doktor..

    Reply

  3. Inah says on :

    Good luck sis πŸ™‚

    Hugs and kisses for u

    Kalo berada dalam kesulitan kan..remember one this

    u may rest a while but dont ever quit πŸ™‚

    Gambate!!!

    Reply

  4. faisal says on :

    hayya bil jihad sarah!!! smoga semuanya dipermudahkanNya sarah ye,amin..sy tengok bahasa rusia nipun dah pening apa lagi nak penyebutnye,hihii…bukan pe, terfikir nak taip kat PC tu mesti susah kalau tak install rusia ppunye language kat pc ngan keycoard skali,huhu…

    balajar itujuga merupakan satu ibadah, selangkah keluar dari rumah sudah dikira sebagai ibadah..cuma kena betulkan niat kita untuk menuntut ilmu dan bukan benda2 lain..

    Reply

  5. mAkCiK De' KiPaS says on :

    lagi setahun je sarah!
    tabahkan hati!
    ni baru cabaran masa study…belum lagi cabaran masa kerja nnt…
    semoga dipermudahkan urusan sarah seharian..amin

    Reply

  6. cikedil^bEe says on :

    salam kak sarah πŸ˜‰
    setahun aje laie kak πŸ˜‰
    all the best …selamat maju jaya kak …

    Reply

  7. Aleeya says on :

    sarah,

    be the best n beat the rest

    setahun je lagi tu, good luck…:))

    Reply

  8. Siti Hawa says on :

    Saya dah takde jadual macam tu, kerana saya dah bekerja..

    Dari saya yang berlagak,
    Hawa

    Reply

  9. fizz says on :

    Salam sarah, uwaa padatnya jadual, saya juga ada jadual, tapi kalau saya tunjuk saya punya, nanti sarah jeles plak, hehe sebab kuliah saya hanya 5jam seminggu..

    Setahun je lagi, insyaAllah x lama lagi pesakit2 boleh menerima khidmat Dr sarah kita nie, hehe..

    Reply

  10. one says on :

    Jalan ilmu jalan jihad…

    Reply

  11. myfisol says on :

    Amin..bro doakan semoga diterangkan hati dan dipermudahkan segalanya….

    You’re almost there and surely you can make it this time….as always!

    Good Luck…

    Reply

  12. Mak Su says on :

    semoga berjaya

    Reply

  13. Pengusaha Cowbra says on :

    setahun jek lagi,sarahku.

    sabar2.

    kerinduanlah sama cik sarah shayang ini πŸ™

    Reply

  14. AiRynnz says on :

    buat sarah yang cantik….

    Tuhanku,
    Bentuklah dirinya menjadi hamba yang cukup kuat
    Untuk menyedari manakala ia lemah
    Dan cukup berani menghadapi diri sendiri
    Manakala diri takut
    Hamba yang selalu memiliku rasa bangga
    Dan keteguhan dalam kekalahan
    Rendah hati serta jujur dalam kemenangan
    Bentuklah dia menjadi hamba yang kuat dan mengerti
    Mengetahui dan kenal akan diri sendiri
    Adalah dasar dari segala ilmu yang benar

    Tuhanku,
    Janganlah dirinya di bimbing atas jalan yang mudah
    Dan lemah
    Bimbinglah dia di bawah tempa
    Dan desak kesulitan tentangan hidup
    Bimbinglah dia
    Supaya teguh berdiri di tengah badai
    Berbelas kasih kepada mereka yang jatuh
    Bentuklah dia menjadi hamba yang berhati bening
    Dengan cita meninggi langit
    Seorang hamba yang sanggup memimpin diri sendiri
    Sebelum ia berhajat memimpin orang lain
    Seorang hamba yang menjangkau ke hari depan
    Tapi tak lupa masa lampau

    Tuhanku,
    Dan setelah segala menjadi miliknya
    Semoga dia dilengkapi hati yang ringan
    Untuk bersungguh hati
    Tapi jangan sesekali menganggap dirinya
    Terlalu berkesungguhan
    Berikanlah kepadanya kerendahan hati
    Kesederhanaan dari keagungan hakiki
    Fikiran cerah dan terbuka
    Bagi sumber kearifan dan kelembutan
    Dari kekuatan sebenar

    Dan aku akan berbisik
    “Hidupnya tidaklah sia-siaοΏ½”
    dan ia melafazkan
    “Hayatku Penuh Bermakna”

    ………selagi ader mentari & bulan yang bersinar, teruskan perjuanganmu………

    Reply

  15. hafiz238 says on :

    good luck for your semester 10. banyak juga kena belajar tu.

    Reply

  16. Faresya Fareed says on :

    wow…busynya…pe2 pun..stahun lgi tuh…hehe…gud luck there..

    Reply

  17. Lelaki Misteri Yang Kacak says on :

    Salam KS,

    Ramainye kata “lagi setahun je tu~”.

    Maka sy pun dah malas nak guna ayat tu. Nanti muak pula.

    Jadi,

    teruskan hidup berkadar terus dengan ketetapan dan janji-janji Allah.

    Apa saja yg mendatang, hargai. Apa saja yg tak datang, berlapang saja dada.

    Reply

  18. WanHidayat says on :

    Salam….

    Semakin hampir meniti titi kedewasaan
    Menjadi seorang wanita di suatu medan
    Mengharap kesempurnaan dlm kehidupan
    Mencari erti ikhlas dalam perhubungan….

    Teruskan perjuangan mu….
    Hebatkan langkah mu….
    Sekali tersungkur jgn di biar…
    Maka bangkitlah demi yang satu…
    Hanya Dia yang kenal akan redha…

    Yang pasti sudah pasti…
    Walau kabur tetap berdoa…
    Walau jauh tetap beringin…
    Biar Dia yang menokhtah…

    Puisi di atas utk Sarah…study rerajin…jumaat hanya ada 2,3 hari lagi…buat yang terbaik…anda sememangnya sudah yang terbaik….doa tetap bersama….~Amin~

    Reply

  19. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Cikgu Jawe:
    trma kasih byk2 atas doanya cikgu πŸ™‚ tu kt timetable tu lukis guna paint. tu yg buruk tu. tulisan sy ok apa cikgu. jd nota rebutan tu :p

    Kak Inah:
    trma kasih kak πŸ™‚ sy akn ingt kata2 tu. will never quit. insya Allah!

    Faisal:
    mmg berbelit-belit pun. sy punya laptop yg ni beli kt sini. installed everything. keyboard pun ada yg russian punye skali. trma kasih byk2 acai. awk lg tau knp sy ucapkn trma kasih ni. atas semuanya la πŸ™‚

    Azah yg comel:
    trma kasih ats semangat tu azah. ye. setahun je lg! lps tu nak balik kawin. *lariii*

    Reply

  20. Sarah Mohd Shukor says on :

    Alia si comel:
    lia, trma kasih byk2 πŸ™‚ doakn akk ye πŸ™‚

    Kak Aleeya:
    trma kasih atas doanya tu kak πŸ™‚ cium2 damia utk sy ye! rindu tgk kpla botak dia yg comel tu. hihi.

    Hawa:
    sampainya hati awk hawa. kalau dh keje, tau2 la belanja org yg blaja lg ni :p

    Fizz:
    wah3.. x pack ye skrg? takpe.. x jeles pun. hehe. yg sy jeles ialah awk balik jerantut!!!! sy nak balik temerloh jgk!!!

    Reply

  21. Sarah Mohd Shukor says on :

    Oneib:
    trma kasih ats kata2 pndek tp padat tu πŸ™‚

    Bro Fisol:
    trma kasih bro. im almost there! insya Allah! trma kasih atas doanya tu πŸ™‚

    Maksu:
    terma kasih maksu ku sayang!

    Ryn ku sayang:
    setahun je lg. rindu ryn jgk. sy x sempat nk merayap rayap sgt ni πŸ™

    Reply

  22. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Ryn:
    subhanallah kak ryn.. indahnya doa. trma kasih byk2. sy nak print out lawa2 doa ni n nak tampal kat bilik. trma kasih byk2 kak ryn πŸ™‚

    Hafiz:
    all the best to u too. semester 9 kan? pun dh makin payah dh tu:)

    Faresya:
    all the best there. jgn main je yek πŸ™‚

    Lelaki misteri yg perasan kacak:
    hehe. sape la ni ye. trma kasih byk2. ayat trakhir kamu tu menasihatkn ks erti redha. trma kasih byk2 πŸ™‚

    Hidayat:
    trma kasih byk2 πŸ™‚ indahnya puisi. ada jg yg hadiahkn puisi utk sy ye. trma kasih byk2 atas doanya tu dayat. doa tetap bersama juga. amin…

    Reply

  23. Rynn Cowbra says on :

    adehhla!

    sarah mau kawin ya.

    ekekkekekekke!

    x sabar menunggu!

    ahaks!
    *lambai2 tangan kat lelaki misteri yang kacak!*

    *larikk!!

    Reply

  24. Khairul Orang Kecil says on :

    blaja ajin2 ye kak sarah ^__^
    nice knowing you

    Reply

  25. silent reader says on :

    sarah… good luck~~ setahun terakhir… mmg byk dugaannye πŸ˜‰

    p/s : akhirnye, Ketika Cinta Bertasbih 2 dh sampai kepangkuan saya… πŸ˜€

    Reply

  26. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ryn:
    sy tak tau sape lelaki misteri yg kacak tu ok. kalau sy nak kawin, bukan dgn org tu tau. sy ada la pilihan sy yg tak misteri2 punya. ngehehe πŸ˜€ *gelak2 nakal*

    Khairul:
    kamu pun sama. praktikal molek2. n nice knowing u too πŸ™‚

    Silent Reader:
    trma kasih SR πŸ™‚ haiya.. siapa ye awk ni. buat sy tertanya2 je. selamat membaca. bila dh baca smpai abis, bru sy faham kenapa tajuknya ketika cinta bertasbih. nnti sure awk pun akn faham. utk buku ni, sy bg 4.5 bintang πŸ™‚

    Reply

  27. Mimie Azrin says on :

    Salam Sarah sayang,

    selamat menghadapi semester yang baru πŸ˜› semoga semuanya berjalan lancar ye..

    mama sedang excited tunggu nak pakaikan babysuit yang aunty sarah belikan tuh pada baby~!

    Reply

  28. Anak Singa says on :

    Salam,

    Lagi setahun KS nk habis belajar=lagi setahun blog readers KS dapat ubat free.

    Kan?

    Tahniah.

    Moga terus tabah dan teguh.

    Reply

  29. Rynn Cowbra says on :

    org tu?
    sape yew org tu?

    ekekkeke.

    sudah tidak misteri?
    ohh! mmg x misteri la sbb rynn da tau.

    xpe2,sarah.
    ryn lambai tgn kat ‘LELAKI MISTERI YANG KACAK’ sbb die kachak.

    LOL!!

    Reply

  30. tiangpurnama says on :

    Cepat la pulang nanti ya..berkhidmat untuk masyarakat,dan ke pangkuan keluarga dan rakan2, dan…

    Reply

  31. Lelaki Misteri Yang Memang Kacak says on :

    Salam KS dan Rynn,

    *tersipu-sipu malu sebab kena lambai dgn rynn* (ehh?!)

    Dah nama pun lelaki misteri. Maka, jika dah misteri, kena la kekal misteri. Betul tak?

    Kalau tak betul, cari la siapa sy. (^^)

    Dan sy mmg yakin KS tak akan kawen dgn sy. Kami ni hampir serupa je, cuma lain jantina.

    Sy tak mencari kekasih yg serupa, tp yg melengkapi sy. Cuma itulah, tiram-tiram banyak yang dah jadi sos tiram.

    Kesimpulannya, buat sesuatu tu biarlah istiqamah.

    Misalnya, sy akan tetap kata saya ni Kacak, Tampan, Ensem dsb.

    (^^,)v

    Reply

  32. ytmz says on :

    hidup baru dah mula dah.. hidup lama dah kena tutup dah.. eh yassir yassir, kenapa panggil, hahaha perasan, perah santan di waktu senja, patut la lekas je tiba, lekas tak lekas jugak la, dah 30komen berderetan macam keretapi, keretapi dah nak bergerak nak mula jalan baru, keretapi laju, metro, metro kajang.. =) salamat

    Reply

  33. Sarah Mohd Shukor says on :

    Mimie:
    rehat byk2. due dh dekat. yeay. tak sabar nk tgk baby mie! trma kasih atas doa mie tu πŸ™‚

    Alif:
    aiseh. ks ni nnti goverment servant. dtg hosp kerajaan mmg free je. haha :p

    Ryn:
    diam2 shudah. sy nak tema ungu nnti tau. chop dulu! awk tak boleh. tp dia jauh skrg. ngehehe. dgr suara je la :p *lariii*

    Reply

  34. Sarah Mohd Shukor says on :

    Tiang Purnama:
    ye.. insya Allah.

    Lelaki misteri yang PERASAN kacak:
    haaaaa… ks tau sape ni! kalau dh serupa tp tak sama jantina je, tu sah2 Khairul the small!! yeay. ks dh solved problem! kita sama sbb sama2 kecil dan comel. kan kan kan. alaa.. trademark smiley kamu tu ks dh kenal dh khairul oi :p

    Yasir:
    terseru utk dtg sbb ada Yassir tu ke? kalau takde Yassir tu, tak dtg la ye? smpainya hatimu. sob sob. aktiviti lama tutup sementara. nnti2 ada masa, kena smbung smula. tp kalau urgent, bila2 pun boleh roger. otak weng weng pun, roger aje. Yasir, moga kita dipermudahkan dlm semuanya. amin. trma kasih ats semuanya. semuanyalah. A sampai Z. Alif sampai Ya. sila jaga diri n silalah kasi sy lagu tu. sy nak.

    Reply

  35. Lelaki Misteri Yang Semestinya Kacak says on :

    Tekaan KS jauh tersasar.

    Ape laa~

    Reply

  36. ytmz says on :

    hehe, kalau tak de yassir itu dtg jgk tp tak selaju kalau ada yassir la, kan macam diseru-seru tu, ngeh bentar ya kak, ni dapat online sekali dapat la send nya, kamu tu esok nak sekolah. gerindam jiwe. BOLA JIWA GOKU.

    Reply

  37. Rynn Cowbra says on :

    Ohh !

    kalau si jejaka misteri yang kachak ini saiznya seperti khairul,xmau la rynn.

    tp lau ala2 yassir boleh kot.

    ekekkeke.

    *larikk!

    Reply

  38. Sarah Mohd Shukor says on :

    Lelaki misteri yang boleh la jugak kacaknya: Ngeh~
    adeh.. sape ni. silap ke? uwaa.. meh la kasi tau.. boleh la ks admit kacak ke tak kamu ni. hihi.

    Yasir:
    haah. ye la tu menyeru sgt. sy seru dlm doa je la. hari2 sy baca doa tu tau. agaknya kalau sy tulis nama persatuan, sape presiden, sape wanita pertama, tu lg terseru kot. dok menenggek kt sini tak balik2 dh. hehhe. ok. online sekali itu pasti akn ada insya Allah. tunggu ye.

    Ryn:
    awk nak yg mana ni Ryn? yg atas ni ke atau yg di sini? waa… ada beberapa pilihan nmpaknya ye πŸ™‚

    Reply

  39. cry4freedom. says on :

    Alah lah. Lebih kurang sama je jadual kitey ni. Subjek je lain. Hari hari kelas 12 jam tak henti. Sudah terdehidrat dalam penghawa dingin. Halusinasi binari dan nombor.

    Selamat tempuh hidup baru. Keretapi sini lagi tiba lewat. Sedang bersila depan departure gate airport. Sambil tulis tanda tulus ingatanlah. Jaga diri.

    Reply

  40. Rynn Cowbra says on :

    ohh.

    kalau disuruh buat pilihan,mungkin saya pilih yang ditempat sarah itu.

    ekekekkeke!

    *Larikk menyorok bawah katil!

    Reply

  41. M A Sabtu says on :

    sarah,

    …sepadat mana pun jadual itu
    pastikan ada rehatnya… nanti tensyen pulak!

    …sebenarnya jadual solat 5 waktu juga adalah slot mencari damai minda!

    …paling tidak, selepas subuh pagi jumaat jengok sekita di blog pakcik… (malam tadi terlelap awal… dan tak sempat post-dated n3 minda.JUMAAT tu)

    SELAMAT BERJUANG DI TAHUN AKHIR

    Reply

  42. "sishoney" says on :

    salam sarah!!!!
    selamat berjuang .xlama nnt sis akan panggil DR.SARAH la kan.xsabar rasanya.insyalllah doa sis jua bersama sarah disamping doa dari ayah bonda,sedara mara dan kawan2 yg lain

    Reply

  43. djambu puadovich says on :

    xsabar nk dgr cerita dr wad psikiatri moskow…hehehe

    Reply

  44. Muhammad Khairul says on :

    erk, saya bukanlah lelaki misteri itu kak sarah. tapi saya kacak tu memang benar.

    awak tak mau saya ye rynn. dapat lelaki kechil macam saya ni murah rezki taw. rugi la awk.

    kita ni sama ek ks, bangga sekejap. cuma ks rajin, saya pemalas >_<

    Reply

  45. UncleJ says on :

    good luck on your new semester sarah..all the best dan semoga dipermudahkan Allah dlm usaha pencarian ilmu tu…

    tak lama lagi tu..setahun je lagi kan?..

    Reply

  46. k.i. says on :

    i smell ….

    =)

    Reply

  47. rudy bluehikari says on :

    miss sarah, gambatte kudasai. sy doakan!

    Reply

  48. Sarah Mohd Shukor says on :

    Azwan:
    sama2 berdoalah kita ye. jgn terhidrasi. minum air byk2. sila jaga kesihatan ok.

    Ryn:
    amboi2. ala.. awk tak kasi tau, sy dh agak dh. kekeke.

    Pakcik Sabtu:
    terima kasih atas nasihat tu. ooo. patut la sy jenguk pg tu takde lg minda jumaat tu. tp mlm nya tu sy dah baca dh πŸ™‚

    Sis Honey:
    trma kasih sis! doakn ye πŸ™‚

    Reply

  49. Sarah Mohd Shukor says on :

    Yeop:
    sabar. tunggu sebulan lg yek.

    Khairul:
    yup. ks tau ks dh silap. sbb kamu tak sekacak lelaki misteri yg kacak tu :p hehe.

    UncleJ:
    terma kasih uncle. haah. takde aral, insya Allah setahun je lg πŸ™‚

    Abg Khairil:
    of course u do!

    Bro Rudy:
    terima kasih bro! n trma kasih jg sbb sudi ke sini.

    Reply

Leave a Reply