Nota Kecil Di Bangunan Dekan

Assalamualaikum wbt

Semalam saya berjaya mendisiplinkan diri untuk bangun awal pagi seperti hari lazim ke kelas. Tepat jam 6.15 pagi, jam yang dikunci pun berbunyi.

Pagi masih gelap. Tiba-tiba saya mendapat mesej daripada seorang kawan. Katanya mahu berjumpa dengan segera di lobi bangunan dekan yang terletak di Trubetskaya Street. Tidak jauh dari rumah. Kurang lebih 10 minit saja berjalan kaki. Saya bersiap pantas. Melihat suhu Moscow di internet. Tidak sejuk. -2’C saja. Saya hanya mengenakan blaus biru muda dan tudung biru putih dan disarungkan dengan kot labuh hitam separas lutut. Cukup.

Tibanya di sana, saya melepasi pintu kawalan keluar masuk pelajar. Selepas menunjukkan pas pelajar, mata saya melilau melihat sekeliling lobi. Kawan itu tiada. Saya terpusing-pusing di tangga utama menuju ke Dewan Persidangan Saintifik di tingkat satu. Tak semena-mena, saya didatangi seorang pelajar tempatan yang bertanyakan nama saya. Selepas saya mengiyakan nama saya Sarah, pelajar tahun 5 dari Malaysia, pelajar itu menghulurkan sekeping nota kecil. Katanya, nota buat saya.

Sarah,
Saya tunggu dalam Conference Hall.
Cepat. Nanti awak lambat.
-Kawan-

Saya pelik. Lambat untuk apa pula? Saya tetap mendaki tangga menuju ke dewan itu. Dari jauh saya lihat pintu utamanya yang di hadapan, di sisi kanan dewan terbuka luas. Dari situ, orang di luar boleh melihat pentas dan layar di hadapan. Sebaik tiba di situ, saya tercegat. Melihat satu susuk yang sedang hebat membuat pembentangan di atas pentas. Lengkap dengan sebuah laptop, LCD dan layar putih yang memaparkan projek pembentangan. Dia kelihatan kemas dan bertambah hebat dengan mikrofon yang sedang dipegangnya itu.

Iya. Itu kawan saya. Yang tadi dicari-cari. Berkemeja ungu gelap. Bertali leher kuning cair yang cocok dengan kemejanya. Saya terpegun melihat pembentangannya dari luar dewan. Ya Allah. Hebatnya dia… Siapa-siapa sajalah aku ini Ya Allah… Siap dengan tajuk besarnya tertayang di skrin itu: ‘To Expedite, Confirmation, Maintainance and Follow-Up Projects’. Saya terasa kerdil berdiri di situ.

Tiba-tiba telefon bimbit saya berbunyi. Saya laju mengeluarkannya dari poket dan membuka membuka lipatan flipped phone itu. Nyatanya, setelah menekan satu butang, bunyinya berhenti. Tapi saya tidak mendengar sebarang suara apatah lagi berbual. Yang dapat saya lihat, jam digital pada telefon berkelip-kelip menunjukkan jam 7.15 pagi.

Ya ampun! Saya bermimpi rupanya! Jam 6.15 pagi tadi saya telah terbangun seperti biasa tapi kemudiannya tertidur semula. Hanya saja apabila alarm kedua yang saya setkan pada jam 7.15 berbunyi, baru saya tersedar sepenuhnya.

Logiknya juga, universiti saya masih bercuti. Sangat jarang ada pelajar berlegar-legar di lobi bangunan dekan. Keduanya, universiti saya sebuah akademi perubatan sepenuhnya. Tiada kursus selainnya ditawarkan di sini. Tetapi pembentangan kawan saya itu berkisar tentang bidang kejuruteraan. Dan ketiganya kawan saya itu di Malaysia. Bukannya di Moscow ini.

Kesimpulannya, lain kali terus bangun apabila alarm berbunyi. Jangan snooze. Kelas sudah hampir bermula semula. Bahaya amalkan snooze alarm dah lepas ni. Faham tak, Sarah?

Uwaa… Mimpinya rupanya saya pagi tadi! Oh, hati. Rindukan Malaysiakah kamu? Titik, titik, titik.

39 Responses to “Nota Kecil Di Bangunan Dekan”

  1. sebol says on :

    Faham

    Reply

  2. cikgu jawe says on :

    rasanya sarah sedang merindukan lelaki itu.. kesian, sampai terbawa dlm mimpi.

    atau..

    lelaki itu sedang rindukan sarah.

    ahaks!

    sabar2 ye. bln 6 balik kan.

    Reply

  3. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Bro Sebol:
    bagus 😀

    Cikgu Jawe:
    cikgu bikin onar di pagi2 buta ye. nak report kt pengetua cikgu la camni 😐 yg sy mimpikn tu muka abg sy *lariii*

    Reply

  4. cikgu jawe says on :

    heh.. sarah, abang mana satu?.

    lari mana tu?.. ngadu kt abang yek..

    haaaahhaaa

    Reply

  5. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cikgu Jawe:
    abg sy yg itu itu itu. huhu. sy lari nk ngadu kt pengetua cikgu ni. sungguh! xpun ngadu je kat ank cikgu yg kecik tu. suruh dia fire cikgu mcm ultraman taro. dush dush dush~

    Reply

  6. djambu puadovich says on :

    takutnye…mimpi yg sgt real dan vivid…huhu

    Reply

  7. hanny says on :

    sarah,akak pun selalu gak mimpi camtuh.. snooze snooze nih dah biasa…tapi takdelah lewat sejam cam sarah…hehehehe..bahaya tuh..kena kuat semangat!!

    Reply

  8. silent reader says on :

    yayaya… hati yg merindukan Malaysia… dan mungkin juga pembentang di bangunan dekan…. 😉

    selamat pagi Sarah~

    Reply

  9. arsaili says on :

    salam..bukan rindu kan msia tapi sejejak berbaju ungu bertie kuning..ahaks

    Reply

  10. fizz says on :

    salam sarah..
    hmm sampai bermimpi, hehe saya juga selalu begitu, jarang bngn terus apabila alarm berbunyi, lepas tue mulala mimpi merepek2–>saya la, sarah lain, mimpi ade makna tue ;)..

    #balik nanti, kita makan laksa nak?..suka lagu keluarga bahagia ni (lagu yg sentiasa bermain di playlist saya) 😀

    Reply

  11. Pengusaha Cowbra says on :

    sarah rindukan urg mesia. ukan rindukan mesia. kehkeh !

    lately rynn asek mimpi dapat dwet jek. beribu riban lak tuh. tetiap mlm mimpi.

    bilenyer nak dpt dwet betui2 neh :((

    Reply

  12. mAkCiK De' KiPaS says on :

    sarah..dub dab dub dab azah baca :))

    rupanya mimpi…huhuhu… cepat2 la abis kan study tu….bleh balik cepat 😀

    Reply

  13. WanHidayat says on :

    Hebat sungguh mimpi awak tuh….sy ni sentiasa dapat mimpim yang luar biasa…siapalah jejaka dalam mimpi awak tu….pelikkan???, brani gak awak kluar sorang2 waktu tu (walaupun mimpi)…jgn diamalkan, nnti apa2 yang berlaku tak siapa tahu….mujur sahaja mimpi…

    sy antara pengamal yang suka sgt tekan snooze then smbung lagi merangkak atas katil…selagi tak 5 minit masuk ofis…rasa mls nak bangun…hehehehe…..

    Reply

  14. faisal says on :

    terima kasih sarah sbb mimpikan sy, terharu sy tau..sian awk rindukan sy,hahahahaha*perasan..:) adalah sesuatu yg mustahil untuk sy berdiri bentangkan apa2 seperti itu,hihii…tapi mmg semalam sy pakai baju warna ungu tau..

    sarah, kalau 6:15 pagi tu, kira awl cam kul 5 kat mesia ek? yelaa, kul 7:15 kat sane masih gelap lagikan?

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    Yeop:
    tido para dewa dewi. mcm tu la jd nya (pinjam ayat cikgu ct arpah) :p

    Kak Hanny:
    utk time cuti ni sngaja sy setkn 2 alarm. 1 pukul 6.15am. 1 lg 7.15am. kalau time kelas sy setkn 2nd alarm tu pukul 6.30am. nak taknak pukul 7.15 sy dh kena bertolak dr rumah dh. kalau time kelas sy terbangun pukul 7.15, alamatnya mandi kerbau la sy. huhu. tak rela i tau!

    Silent Reader:
    sy sgt rindukn msia. sbnarnya sy dh tafsir2 smula mimpi sy, sy cuba bayangkn pembentang tu ialah kaklong sy. sbb ptg smlm sy call dia, dia kata dia tgh prepare utk buat english presentation mlm tu. n kebetulan kakak sy suka ungu, so, sy telah berusaha-bersungguh cuba membayangkn smula susuk dlm mimpi tu ialah susuk prmpuan. tp. tetap jugak susak pembentang lelaki tu yg ada. hohohoho XD

    Reply

  16. Sarah Mohd Shukor says on :

    Bro Arsaili:
    hehe. gitu plak ye. bro beli sepasang la. kemea Tommy lawa2 😀

    Fizz:
    time kelas, sy takkan snooze fon. sbb kelas sy sume nya kena bertolak awl. subuh gelap lg sy dh bertolak. so kena bgn awl. ok ok! kita cari laksa makan sama2. tak pun meh dtg rumah sy. tu speciality mak sy tu. ayah sy org penang 🙂

    Ryn:
    hehe. ryn, bila nk dpt duit tu ye? try dulu nombor sy kasi tu. hehe. tu la ‘duit’ yg paling berharga :p

    Azah:
    sorry la terbuat suspen2 tak memasal. hehe. mmg tak sabar nak abis study ni. nk balik msia for good…… 🙂

    Reply

  17. Sarah Mohd Shukor says on :

    Hidayat:
    mimpi luar biasa yg mcm mana tu? di platform ye? hihi. tu la. sy pun pelik mcm mana la sy boleh mimpikn org tu. nak kata selalu terfikir, mungkin jgk kot. tp sy ni jarang mimpi yg pnjang. tp pg tu, panjang pulak. tp, kalau in reality pun, mmg gelap2 pukul 7.15 sy dh kena keluar. mcm jumaat ni smpai early march, hospitalnya jauh. hep awk ni. ada ke amalkn snooze mcm tu. merangkak atas katil tu mcm mana dayat?? bila dibayangkn, mcm lucu je. hehe.

    Faisal:
    wah. statement berani mati utk dipangkah secara berjemaah tu acai. pandang kiri kanan, takpe. cikgu jawe takde lg. kikiki. haah. tiba2 tringat awk tulis psl awk takut berdiri depan org ramai. tp klu dh terpaksa, misti buat jgk kn. utk masa skrg ni (end of winter), 6.15 tu mcm pukul 5.45 pagi la kot). awal la kiranya. 7.15 still gelap subuh lg. tp pukul 8 dh abis subuh dh. klu tgh2 winter, 8.50am bru abis subuh. so, cubala bayangkn skit2. eh, sungguh ke awk pakai baju ungu smlm???

    Reply

  18. faisal says on :

    iyee, smlm sy pakai bj ungu..ada gambar lagi..:) tapi tak pakai tielah sbb tak kuar,meeting or jumpe sesapa,hehehe…:P duduk kat ofis je malas nak pakai tie..kalau terpaksa mmg boleh bercakap dpn org ramai je insyaallah sbb mmg ada pengalaman dulu..:) tapi sebolehnya taknak,kikiki…

    ooo, kalau kat mesia pukul 9 tu jumpe org solat subuh berqunut agaknye diaorg ikut waktu solat subuh rusia kot kan sarah,hihii

    Reply

  19. Aleeya says on :

    heheh rindu balik la sarah…bila bley balik msia ni :))

    Reply

  20. ytmz says on :

    hebat mimpi nya ni.. haha siap ada PA bagi kan note, dah tahap raja2, kemeja ungu gelap smart gile, macam lex luthor.. ungu gelap, suar slek hitam, xde tie pun dah segak dah, pakai blazer, halamak.. LEX!

    Reply

  21. ainishamsi says on :

    salam,
    adoilaaa kak sarah. tatau la nak gelak ke nak senyum. tp bila membaca komen2 nh, saye pilih untuk gelak. hahahahahaha~

    lilek lilek, nanti sampai lah di bumi malaysia lagi. doanya si encik berbaju ungu bertie kuning tuh (seriously, asal cam tacky kaler tuh? 😐 )
    sihat dan sama2 bermimpikan akak jugak. *lalalalarikkkkkk*

    buat encik di atas, asal LEX tu macam ade iras2 kamu ya? ahahaha

    Reply

  22. echah_syed says on :

    jom gi umah antie ambek award !!

    ~ takecare ~

    Reply

  23. AiRynnz says on :

    salam sarah…

    ader smthing yg istimewa tuk sarah kat blog kak ryn….sudilah terima ya…

    Reply

  24. Sarah Mohd Shukor says on :

    Faisal:
    waa sungguh! instinct la tu. ntah camne sy termimpi org pakai baju ungu. kesian kan org laki ni. time protokol2 ni, kena pakai tie. erk. sy yg tgk pn rasa mcm korg semua tercekik. tp awk kn otai. dlm ofis x pakai la kn melainkn meeting :p ada pengalaman?? haa.. baik cite acai. bahas jgk ye?? len kali kalau terjumpa org smyg subuh pkul 9 tu, sekeh je kpla dia.

    Kak Aleeya:
    bln 6 nnti baru balik.. uwaaaaa… T_T

    Yasir:
    oh. awk buat sy teringat mimpi yg lg 1 tu plak. yg tu lg dahsyat. ada press conference bagai. siap dgn body guard lg tu. bila baca komen aini plak, lex means u? ewah. nnti beli 1. smga mimpi jd kenyataan. amin 🙂 mimpi yg spesifik tu tau. bukan yg ni. yg meriah2 hebat2 semuanya tu. sy suka je. hehe.

    Reply

  25. Sarah Mohd Shukor says on :

    Aini:
    silalah gelakkn akk. akk kasi chance la kali ni. hehe. tacky ke? tak tau. sbb baju purple tu mcm ada stripe halus2 yg wrna lmbut, kecik je.. erk.. susah nak gambarkn. hahaha. akk dh berangan melepasi batas norma. kamu kena masuk dlm mimpi akk tgk baju tu. doanya tu, akk aminkn aje :p huhu. pertanyaan akhir tu, buat akk pun terfikir jgk 🙂

    Auntie:
    waaa.. terima kasih auntie! muah!!

    Kak Ryn:
    kak ryn!! terima kasih!! hari ni tup2 sy dh dpt 3 awards plak. terharunya. terima kasih kak ryn 🙂

    Reply

  26. Hawa says on :

    Ehem…

    Reply

  27. AiRynnz says on :

    kak ryn mmg nak bg sarah sentiasa senyum di perantauan sana….jaga diri baik2 ya….sayaaaaaaaaang sarah

    Reply

  28. "sishoney" says on :

    salam cik sarah,
    wah!!!!teruja sis baca rupa2nya mimpi ye sarah.nampak garapan entri yg bagus sarah {sis suka}.ehem2 agaknya sape la yg sarah mimpikan tue ek…eleh acai mmg perasan…….~hihihihi

    Reply

  29. Inah says on :

    sape ehem2 tu 🙂

    rindukan malaysia atau rindukan dia? 🙂

    Reply

  30. myfisol says on :

    Alahai!…saya punyalah baca dengan penuh focus sekali..sampai baby nangis pun tak dengar..aleh2..mimpi je…nasib baik bukan mimpi yang menyeramkan….

    Reply

  31. Akak says on :

    Salam..
    😀 .. nak gelak pun ade. Suspen je. Nasib baik pendek je..kalau tak lagi suspen dibuatnya. Dalam kepala otak nie dah siap ade bayangan dah ape yg Sarah cerita kan tu..tempat presentation,LCD nye, laptop.. cuma si jejaka tu je..nampak baju ngan t/lehernye saje..mukanya tak termasuk dalam imaginasi akak. (Mcm mana ye rupanye..hehehe).

    p/s -> bolehla Sarah publish buku cerita berunsurkan misteri & suspen pulak lepas nie..boleh tahan jugak bakatnye nie..:D

    Reply

  32. Sarah Mohd Shukor says on :

    Hawa:
    Adui la Hawa… hehe

    Kak Ryn:
    terima kasih byk2 kak ryn 🙂 *hug*

    Sis Honey:
    alalala… sis terkena ke? hihi. sorry sis. x mksudkn nak main2kn org pn 🙂 acai tu memang. cubit dia sis.

    Kak Inah:
    huhu. malu sy. sy rindu semua!! sungguh 😀

    Bro Fisol:
    alamak. bro pn terkena ke.. sy ingtkn semua boleh predict dh. sorry. x mksudkn nk main2kn pun. sian ank bro yg tgh nangeh tu. bro, sy try avi kn cerita peter.fm tu, nnti sy send kt email ye.

    Akak:
    oh. akak siap bayangkn sumenya ye. tp orgnya x dpt dibayangkn ye? orgnya tu sederhana je. muka comel2 mata besar mencerlang. huhu. petah bercakap. gitu2 la kot :p buku misteri/suspen tu ntah la kak. buku2 selain tu pun mcm mustahil je 😐 tulis2 kt sini je pun cukup la 🙂 dpt kongsi dgn kwn2 semua.

    Reply

  33. dhiyauqalbii says on :

    dear sarah..

    betul ke ‘angin kencang’ dari moscow ke k.lipis yang sampai ke uia ni?

    tentang ‘ehem’ dari ‘J’ yg kerja dgn ‘P’ tue??

    eheh..,’melangkah’ kedepan??

    akak sokong jer 😉 ”lari!”

    Reply

  34. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Tikah:
    aisshh.. banyak mulut betul kaklong tu ye.. cerita kat rumah takleh bukak kt shini :p diam2 shudah. kita borak2 belakang langshir je la ye 😉 adui la kak tikah ni. jgnpercaya shemua2 kaklong kata tau 🙂

    Reply

  35. dhiyauqalbii says on :

    bukan k.long yang citer… hehe

    Reply

  36. Sarah Mohd Shukor says on :

    aik.. abis sape? musykilnye ni.. kak tikahhhhh… please.. sapekahh… huhu

    Reply

  37. Mimie Azrin says on :

    Salam Sarah.

    dah dua hari saya mc, tak larat untuk ke opis. hari ni baru dapat buka blog sarah, sambil menonton pilem p.ramlee nasib si labu labi hehehe

    wah, siap terbawa mimpi. dah tak lama la tu … 😛 (good intention tau, not bad intention~!)

    Reply

  38. Tiangpurnama says on :

    memang jeles…kalau la ada baju ungu sebiji yg dimimpikan itu..

    Reply

  39. Aizar Azman says on :

    Salam Sarah..
    Nak ketawa la baca cerita anda nieh..
    Hihihi, sampai mimpi2..
    Selamat ke kelas semula..

    Reply

Leave a Reply