Makluman Ringkas

Assalamualaikum wbt

Entry lepas betul-betul menikam saya semula ya. Penat saya menjawab spekulasi kamu semua. Amboi-amboi kamu semua ni. Pantang saya termelalut sikit saja, teruk saya dikenakan ya. Nampaknya saya tidak boleh tulis begitu lagi lepas ni. Mati saya nanti. Itu baru acah-acah saja. Kalau betul-betul, lagilah teruk agaknya. 🙂

OK. Entry ini sekadar intro untuk entry seterusnya yang akan saya kemaskinikan selepas ini. Sambungan Monolog Bersama Iman. Kisah ini adalah cerpen yang saya tulis pada April 2007. Sebenarnya sudah sempurna 100% tapi atas masalah yang tidak dapat dielakkan, cerita yang saya simpan di dalam laptop lama itu hilang bersama fail-fail lain ketika laptop lama itu rosak. Sedih betul.

Jadi saya guna pakai cuti saya ini untuk menulis semula beberapa episod terakhir kisah itu. Siapa yang tidak berminat, tak payahlah baca. Nanti ada yang geli pula dengan bahasa novel-novelan yang diguna. Bak kata orang sekarang, bahasa jiwang. 🙂 (Yeke jiwang? Saya rasa itu formal). Terpulanglah pada tafsiran masing-masing. Saya akan cuba kemaskinikan setiap hari untuk memastikan hutang saya terbayar. Maafkan saya kalau ada yang jemu membaca. Nanti saya sediakan link-link pautan untuk episod-episod yang lepas.

5 Responses to “Makluman Ringkas”

  1. baiz says on :

    dh sht ker srh? kalau betul dah, alhamdulillah.. sy sj buka page awk b4 tido nih.. kot2 ader benda baru.. tak kisahlah apa org kata sarah, yg penting hati awak tuh hepi bl awak tulis cerita apa2..sy nk jugak bc. hehe. mcm sy nih, x berbakat nak tulis ‘ayat jiwang/formal’.. hehe.. sy pakai blasah jer.. lagi suka bg pendapat dan ajak berfikir.. lain org lain stylenyer.. betul x??(hehe..pjg plak sy komen nih.. kuikuikui.. sowi!!!)

    Reply

  2. faisal says on :

    sarah, bleh tak buat dalam bentuk pdf novel ni,hehe..sy sangat ebrminat nak baca semuanya tau,hehehe..:) mcm bbaiz, sy juga takde bakat nak manulis mcm awk tau..sy suka baca dari link2 yg awk berikan kat atas tu..:)

    Reply

  3. Mimie Azrin says on :

    wa… aunty sarah ni serba boleh la. 😛
    nnt dah siap leh ar publishkan untuk pembaca di mesia. mane tau leh box-office -silap2 jadik pelem (filem) 😉

    Reply

  4. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Baiz:
    pukul berapa la awk tido ye 🙂 sy tulis utk sy suka2. org taknak baca sudah. hihik. agaknya mmg sy dh terbiasa guna bahasa formal. tak suka rojak2.

    Faisal:
    sy tau awk tak sempat nak baca sume time kt ofis. nnti sy send word.doc kat awak.

    Mimie:
    uh, tu merapu la tu kalau siap dibukukan n buat novel :p huhu.

    Reply

  5. Aizar Azman says on :

    Sarah…
    Jangan merajuk yer kalau sy buat spekulasi sendiri..
    sekadar guarauan tuh..
    nnt sy blanja Sarah eskrem yer..ihi..
    wawawawa,cerpen nih TRUE STORY ke x?Sbb nama tuh sama..ke olahan idea awk??huhuhu*saje nak tau..

    Reply

Leave a Reply