Kisah Si Bodoh

Assalamualaikum wbt

Suatu ketika dahulu, saya pernah sangat bodoh. Saya tidak tahu perkataan apa yang patut saya guna walaupun saya benci mengatakan diri saya bodoh. Tetapi itulah hakikat. Lama saya biarkan diri terikat dengan kebodohan itu. Sebab saya tidak tahu dan tidak matang untuk mengatur kaki melangkah keluar dari kebodohan yang saya cipta itu. Mungkin kerana saya masih anak-anak dan tidak punya suara untuk berterus-terang. Kalau boleh diundurkan masa, saya mahu berada semula di suatu ketika dulu di saat sebelum kebodohan itu bermula.

Ada dua sebab saya mahu kembali ke waktu itu. Pertamanya kerana saya harapkan saya lebih matang membuat keputusan pada waktu itu. Agar tidaklah saya terpenjara dalam kebodohan itu. Kebodohan yang buat jiwa saya sakit tanpa mereka yang terlibat tahu bahawa saya tidak bersalah dan saya tersepit. Mereka tidak tahu itu! Kedua kerana saya harapkan insan-insan yang terlibat dalam kebodohan ini lebih berani dan tidak meninggalkan semuanya untuk saya tanggung seorang diri bertahun-tahun. Empat tahun. Ya. Empat tahun. Kenapa mereka itu semuanya lari tutup mata? Kenapa tidak mahu berdepan dengan saya yang saya kira jauh lebih matang dalam menghadapi hal ini daripada mereka? Kenapa dibiarkan masa menentukan semuanya? Penakutkah? Atau mahu meletakkan salah sepenuhnya kepada saya? Saya tidak pernah menipu mereka dan saya sangat jujur dalam meletakkan siapa saya pada masa dan ketika itu. Kenapa sudahnya saya yang dibiarkan dan akhirnya mencipta kebodohan yang saya sesalkan sekarang.

Saya kesal, sedih tetapi cerita bodoh itulah yang menjadikan diri saya yang sekarang. Jadi dalam pada itu, saya berterima kasih kepada mereka yang meletakkan saya dalam kebodohan lampau. Kerana membolehkan saya membezakan yang mana rasa, yang mana jiwa. Yang mana kawan, yang mana teman. Yang mana jahat, yang mana sahabat.

Beberapa hari yang lalu, saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai sahabat. Sungguh saya ikhlas. Saya hargai mereka sebagai sahabat sungguhpun mereka tidak mengiktiraf apatah lagi tahu akan apa yang saya sempurnakan itu. Semoga mereka tidak terleka dan mengulangi penderaan yang pernah mereka lakukan. Semoga mereka tahu di mana untuk menghentikan sebuah pertanyaan.

Buat mereka semua, belajarlah daripada sejarah. Jangan dikelek ke masa hadapan. Yang sudah tu sudahlah. Biarkan sejarah tinggal dengan sebuah noktah. Bukan koma yang ada sambungan. Saya minta maaf atas apa yang terjadi biarpun saya bukanlah punca segala. Saya tahu kamu tidak pernah tahu tentang hal ini. Saya bukanlah punca segala. Jadilah kita sahabat semula. Semoga persahabatan yang pernah wujud dulu, dijernih dan dihidupkan semula. Itu doa saya untuk tahun ini.

Pada hari ini genap empat tahun kita hidup dengan sejarah yang tidak sudah itu. Saya mahu kamu terus sebagai sahabat. Jangan pergi!

Nota: Sajak baru ada di blog lagi satu. Sabut Di Tengah Laut.

Nota 2: Menghayati hikmah Al-Baqarah 2:216 – Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

Allah Taala A’lam…

26 Responses to “Kisah Si Bodoh”

  1. Tok Kenanga says on :

    Aku sedang berada di atas puncak sebuah bukit, duduk santai mencungkil gigi sambil membaca blog ini.

    Dedaun berguguran ditiup bayu senja melegakan.

    Kuhulurkan tangan.

    Jom lari ke sana! Di sana mentari terbenam. Mari tangis dan khusyuk bersamaku.

    Bawa sekali pisang goreng dan air kopi.

    Reply

  2. Pengusaha Cowbra says on :

    sayam,macam tau tp xmo meneka.

    rase cam xtau,tp takut nak amek tau.

    sarah,kuatlah πŸ™‚

    Reply

  3. cik ati says on :

    Salam sarah sayang..

    kerana ‘semalam’ maka jadinya ‘hari ini’
    kerana ‘semalam’ maka wujudnya ‘hari ini’
    Semalam untuk hari ini, hari ini untuk semalam :]

    oh oh! Sarah masih duduk dekat rumah lama lagi ke ek?
    Dekat rusia maksud cik ati.. πŸ™‚
    rumah lama lagi ke?

    Reply

  4. cikgu jawe says on :

    jujur aku kurang faham posting kali ni.

    tapi apa pun yg berlaku kuatkan semangat.

    jangan terlalu salahkan diri sendiri. mungkin itu caranya Allah mahu ajar kita jadi dewasa. jangan terus diburu kebodohan silam. org yg gagal ialah org yg terus meratapi kesilapan semalam tanpa membaikinya hari ini.

    jadilah pemaaf. maafkan diri awak.

    jadikan kesilapan semalam pengajaran untuk hari mendatang.

    *jom senyum* πŸ™‚

    Reply

  5. rightbrainer says on :

    *1st time baca post emo sarah*
    *huhu*

    takpe… sebab sarah dah kuat skarang ^^

    Reply

  6. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Aiman:
    nak nangis sekali ke? terharunya.. tp dh tak sedih dh ni. skrg dlm fasa menjadikan diri seorg sahabat terbaik. ks pun kurang faham knp mereka2 itu tidak rational dlm berfikir suatu ketika dulu. hm.. 4 tahun berlalu mcm tu je. sayangkan persahabatan hilang mcm tu je.. tp mereka2 tu signifikan kewujudannya dlm hidup ks. terima kasih Aiman sbb sudi nak menangis bersama..

    Ryn:
    ye, ryn tau dan faham. tp tak semua. ada yg ryn tak tau lg. smga mereka2 itu boleh trus menjadi sahabat sy. hmm..

    Cik Ati:
    ye cik ati. betul tu. sbb kisah2 smlm la, jadinya sy yang hari ini. sbb tu sy berterima kasih kpd mereka semua yg terlibat tu. walaupun persahabatan tu rosak n buat kita rasa sakit hati sgt, tp tu la yg kita kenang. tp kalau skrg org tanya sy apa yg jd dulu2 sbnarnya, sy dh hampir 100% lupa apa yg mereka pernah buat pd sy. yg sy ingt cuma yg baik2, yg indah2 je dgn mereka semua. Alhamdulillah Allah jd kn sy ni seorg yg pemaaf dan rational. Thank you Allah!

    haah. sy duduk rumah yg sejak 2 tahun lepas sy duduk. knp? seingat sy, kali terakhir alamat sy bertukar tu wkt awal tahun 2006. lama dh tu. knp cik ati?

    Cikgu Jawe:
    sy tau ramai yg takkan faham entry ni. takpe. ni sy tulis utk sy kuatkn semangat sy sendiri je. walau apa pun benda2 buruk yg penah org buat kt sy dulu2, sy sgt2 syukur Allah jd kn sy bukan seorg yg pendendam. sy hargai mereka2 yg terlibat walaupun penah buat sy rasa nak putuskan hubungan dgn semua org di msia (kecuali keluarga la). rasa nak elakkan diri drpd dikesan dek kawan2 semua. tp sy rationalkn diri. Alhamdulillah cikgu. walaupun susah sy nak lalui 4thn tu sorg, susah senang pun simpan sndiri je, tp hari ni sy jujur dh boleh menerima apa yg terjadi dgn seadanya. cuma sy pelik mana mereka sume ni lari sorok diri lepas apa yg terjadi. mcm ‘baling batu, sorok tgn di belakang’ je.. tp sy dh x kesah. doa sy, smga persahabatan tu akn wujud semula.
    harap apa yg sy jawab ni menjawab sedikit sebanyak persoalan yg cikgu fikirkn.

    Reply

  7. Sarah Mohd Shukor says on :

    Khairul:
    hehe. kalau geledah achive blog ni, ada je lg entry2 emo sy. hihik. ye. sy dh kuat dan boleh menerima semuanya dgn hati terbuka. tp sy tetap terkilan kemanala perginya mereka semua tu. sungguh sgt terkilan. rasa mcm dibuang hidup2 mcm kita ni jijik je..

    Reply

  8. djambu puadovich says on :

    mmg xpaham…

    Reply

  9. Akak says on :

    Assalamualaikum..tengah surf internet tibaΒ² terjumpa blog nie. Rasenya dah terpaut ‘hati’ nak membaca semua post. But not tonight i guess.Tak sempat. Insya Allah esok malam. Keep up the good work sarah!!

    Reply

  10. a z r e e n says on :

    Ermm…saya rasa saya penah lalui zaman kebodohan seperti ini juga.
    Itu lah, kadang-kadang, orang tak nampak betapa wujudnya kita sebagai seorang sahabat. Dan kita pun kadang2 lupa yang kita ni sebenarnya sebagai sahabat pada sesorang.

    dan..kita akan mula hargai “sesuatu” itu bila ianya mula “hilang”.
    Ermm…

    Reply

  11. Sarah Mohd Shukor says on :

    Yoep:
    takpe.. tak salah pun tak faham ni :p

    Akak:
    waalaikumussalam wbt. oh.. terjumpa ke πŸ™‚ silalah korek2 mana yg akak nak baca. harap dapat la kongsi ilmu n pengalaman skit.

    Azreen:
    jd kamu faham la ye apa akak tulis ni? akak stuju dgn apa kamu kata yg akhir tu. bila dh hilang, baru kita nak hargai. tp dlm kes kita ‘dizalimi’, tak rasa dh nak hargai apa2. tp bila dh cool down, rasa beruntung kenal n dpt alami pengalaman yg mcm2 ni πŸ™‚

    Reply

  12. k.mas says on :

    there’ll be a rainbow&sun after the rain…but b4 that we’ll get wet first kan…
    sarah dearie…
    don’t regret the past coz that’s what shape u today…kalau akak diberi peluang kedua mengubah masa silam,nothing i will change…every moment of misery,stupidity,humiliation and wut eva yg bitter2 2 teach us to appreciate what we have now…i know u r positive person:)

    Reply

  13. TiangPurnama says on :

    πŸ™‚ wonderful,if i can only perceive it the way u do, itulah kawan,that’s why i love sahabat

    Reply

  14. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Mas:
    u are a part of the storyline. n i treasure ur existence as a gold. u keep me strong n raise me up to where i am now. kak mas, email lama tu sy simpan lg… the very 1st email that u sent me…
    yeah.. im a so positive. dont worry.. thanks for being there kak mas. sayang sungguh sy pd kak mas. eh, bila majlis kawinnye? sy sempat tak ni?? huu..

    Tiangpurnama:
    tp kena kuat dan ikhlas la kalau betul2 kita buat keputusan yg kita boleh melupakan cerita2 dulu n terima mereka sbg sahabat smula.. ye.. sy yakin awk pun boleh jgk..

    Reply

  15. bulanbiru says on :

    saya tak pernah tahu kisah sebaliknya ‘ttg kebenaran dr kebodohan’ ini..tapi yg saya lihat dr kacamata kasar saya, sarah seorg yg tabah mengharungi dunia kehidupan, biarpun byk perkra yg dilalui ada yg jatuh, sedih, duka, gembira dan tak kurang jg sindiran..semua itu pglaman yg ditinggalkn dan sesekali perlu kita menoleh seketika sbgai panduan utk kita melalui hari ini..
    moga ketabahan sarah menjadi panduan utk BULAN harungi jg kehidupan hari ini…walaupun kita bukanlah sahabat baik..tp ‘blog’sarah telah menjadi sahabat BULAN utk selalu singgah&bertamu..
    Salam dari BULANBIRU

    Reply

  16. sab2 says on :

    sarah,
    apa khabar? (dalam kesejukan lagi ke)… banyak bershoping nampak.

    esok malam ke Dubai lagi… tapi kali ni ada ‘project di Saudi’. manalah tahu, jika ada rezeki kat situ bolehlah ke Moscow nanti!

    Dah lihat wajah macho uncleJ?… pergi ke n3 pakcik 1 Jan.

    Reply

  17. Anonymous says on :

    salam alaykum.

    mungkin ke saya kenal orang2 itu yang telah mengecewakan hati sis? or maybe not.

    plural ya?

    whatever the problem is, i know that you are a strong person. and trials would keep you strong and young at heart. insyaAllah.

    my prayers are always with you.

    -malaysia

    Reply

  18. Sarah Mohd Shukor says on :

    Anon:
    Salam. eh eh. ada yg menjengah lg ke entry beberapa hari sudah ye. sy tak tau la sama ada kamu kenal ke tak. kalau sy kenal kamu, baru sy boleh make sure kita semua ni kenal ke tak, kan. tp kalau kamu kenal sy since years ago, mungkin la kot πŸ™‚ they are plural. for sure. sy tak merujuk pd 1 saja. tp jgn salah sangka tau. semua mereka adlh sahabat sy walaupun mereka tak pernah tau dan dah tak pernah nak ambil tau. oh oh. sy cerita banyak pulak ye πŸ™‚ hihi. thanks for ur concern. soothing my heart even more.

    Reply

  19. Anonymous says on :

    sis sarah,

    rest assured that you touch the hearts of many people and i am one of them.

    bila hati kita bersih..kita sentiasa maafkan orang..insyaAllah jiwa kita bahagia.

    as a friend once told me: hati yg bahagia itu boleh merangkumi semua perkara, dan dengan kebahagiaan jiwa, semua masalah boleh kita atasi.

    insyaAllah.

    moga jiwa sis sarah bahagia sentiasa.

    May Allah protect you always.

    -malaysia

    Reply

  20. Sarah Mohd Shukor says on :

    Anon:
    Salam. i pretty sure that u know me. hmm. that really makes me wonder who u are πŸ™‚ whoever are u, thank u for the words. i appreciate it. and i guess u know the story behind these lines, am i right? to make things clear, yg sy maksudkn dlm entry ni adlh seorg kawan lama yg dh sgt lama sy tak dgr khabar dan dulu penah menjadi sumber inspirasi sy. tp entah mcm mana, things just happened the way i didnt predict at all. someelse appeared n the 1st fren went off. later on, the 2nd went off too. even the 2nd is now married. but the 1st is somewhere in malaysia which i dont know where exactly it can be. n i left behind experiencing the left-over memoirs. alone. its painfull. but was there any way i could turn back time? no. i couldnt. what hurt me most was the 1st left without word. n abt the 2nd, i didnt mind abt the 2nd at all. at 1st i cared a lot why on earth they did this to me. but after years, i learned to understand that ‘everthing happened for reasons’. i may not see the reason yet but im sure Allah knows best. even the bestest. only if i could yell out, i want they both know i apology for what i did n i forgive them for what they did.

    i can feel that the 1st is now happy n striving excellences (as he always wanted to be) n the 2nd is now bahagialah sangat2 in msia.

    i dont know why, i think i know who u are. but maybe im wrong. i always hit pple wrongly. hihi πŸ™‚ thanks for everything.

    Reply

  21. Anonymous says on :

    si dia sdg ‘bahagialah sangat2’? πŸ™‚

    thats very meaningful..

    i wonder what you mean.

    maybe u know who i am. friends, they can inspire and then just leave eh? we are all but human being and we all come with faults. bila kita memaafkan org lain, insyaAllah sglnya akan menjadi mudah.

    even if i dont know these two special friends of yours.. i hope that they too, yearned to be forgiven.

    and i know sis sarah have a clean pure heart; which only people with pure hearts..can share with. sis bersabar ya.

    he must have not Meant to hurt u…

    Reply

  22. Sarah Mohd Shukor says on :

    I mean, the 1st person is now happy n striving excellences (as he always wanted to be), doing his law-ruler somewhere in msia. wish him all the best n may he do well in his career.

    and the person that is now must be bahagialah sangat2 in msia with his wife in msia is the 2nd person. the 1 that appeared suddenly n then disappeared like nothing had happened. ok. i’ve told u so much. i know u understand.

    am i elder than u? my heart beats fast. do i know u?

    Reply

  23. Sarah Mohd Shukor says on :

    Dear Anon, i dont know why but i think i know u.

    yes. im sure.

    salam dr kak sarah from moscow πŸ™‚ i hope my random guess is correct. i know i do. u are neither of them in the story πŸ™‚ dont worry. i hope to hear more from u. sungguh ni. honoured to have u visited my blog quite frequent.

    my instinct tells me to firm on my guessing. i hope im not ruining ur mood from visiting this page again πŸ™‚

    Reply

  24. Anonymous says on :

    maybe you know me πŸ™‚

    i would like a little bit of privacy in our future conv if u dont mind, er malu satu dunia baca πŸ™‚

    may i pls have yr email? jazakILLAH..

    salam perkenalan sis sarah.

    -malaysia

    Reply

  25. Sarah Mohd Shukor says on :

    Anon:
    email? i guess u are the 1 who just invited me in ur YM yesterday πŸ™‚ u can reach me via that email too πŸ™‚ happy to hear from u.

    Reply

  26. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    entry emo di awal tahun neh sarah

    Reply

Leave a Reply