Sejam Untuk Bumi

Assalamualaikum wbt

Ada dua perkara yang hendak saya kongsikan. Pertamanya berkenaan kempen Sejam Untuk Bumi atau lebih dikenali sebagai Earth Hour pada 28 Mac 2009. Kempen kesedaran untuk mengingatkan manusia bahawa setiap daripada kita ada tanggung jawab untuk memulihara dunia. Kempen untukĀ  mengingatkan bahawa kita sebenarnya boleh berubah dengan menjimatkan penggunaan sumber tenaga dan seterusnya mengurangkan penghasilan tenaga juga. Tepat pukul 8.30 malam tadi, kami serumah pun mula memadamkan lampu. Sebelum itu, siapa yang hendak makan nasi, sudah siap-siap mengisi nasi dan lauk. Siapa hendak minum air, sudah siap-siap membancuh air dan membawa masuk ke dalam bilik. Sumber cahaya kami malam ini hanyalah secawan lilin aromaterapi berbau vanila.

img_1280img_1286img_1284

img_1282img_1287img_1291

Keduanya berkenaan Penjimatan Masa Siang atau Daylight Saving Time (DST) yang akan bermula pada hari esok untuk kami di Moscow ini. Apa itu DST? Saya malas hendak terangkan panjang berjela secara saintifik. Untuk mudahkan, sila baca perbincangan saya dengan kawan-kawan di Plurk di sini. Nanti jangan tanya dah ya. Saya memang malas hendak menerangkan untuk kesekian kalinya. Hehe.

Nota: Pening kepala dah 24 jam. Lagi tengah malam, bertambah sakit jadinya. Hati pun macam terguris. Terguris banyak. Dan sedih dengan apa yang jadi.

Posted on March 29th, 2009 by Sarah  |  6 Comments »