Selamat Setahun Bercinta
Assalamualaikum wbt
Sedar-sedar sudah setahun menjadi isteri kepada Ahmad Thaariq. Ya Allah. Sekejapnya masa berlalu.
Abang, terima kasih atas segalanya selama setahun kita hidup bercinta bersama. Setahun bersama, kita dah pun bertiga. Terima kasih atas segala cinta dan pengorbanan Abang buat Sarah dan Izz. Sarah mahu terus hidup bercinta bertahun-tahun lamanya dengan Abang dan anak-anak, sampai syurga.
Abang selalu kata Abang sayangkan Sarah. Sekali pun Abang tak luahkan, Sarah tahu itu semua. Kerana yang paling romantis Abang lakukan setiap hari ialah, Abang sentiasa menyebut nama Sarah dalam garapan doa selepas solat.
Selamat setahun bercinta, Abang. Ini cuma permulaan. Kita ada masa depan yang jauh lagi untuk diukir dan dibentuk menjadi nota cinta penuh barakah. Semoga kita sama-sama dapat membentuk keluarga kita tanpa berpaling sikit pun dari jalan Allah.
Sarah tak perlu nak ucapkan kata cinta buat Abang di sini. Kerana Abang tentu tahu, cinta Sarah itu lebih daripada apa yang dapat diucap atau ditulis. Cinta itu hanya boleh Abang rasa dan hayati dengan hati. 😉