Penat
Assalamualaikum wbt
Sekarang jam dah menunjukkan pukul 3 pagi. Saya masih berjaga untuk menyudahkan kerja-kerja rumah. Selepas itu buka laptop untuk menghantar email berkaitan kerja ke JKNP Kuantan. Sambil itu saya mengepam susu untuk stok Izz Zamani. Siang hari pula bekerja macam biasa dan saya sekarang sedang passive oncall selama hampir 40 hari berderet. Fuuuuh~
Penat. Memang saya penat. Penat sangat. Kalau ikutkan rasa nak mogok sebab penat. Penat ulang-alik sana-sini lagi. Penat kerja. Penat uruskan keluarga. Penat oncall. Kalau ikutkan hati, memang boleh patah semangat.
Tiba-tiba saya teringat kisah sewaktu saya tingkatan 3 di SMA Al-Khairiah Temerloh. Dalam masa seminggu lebih, saya sibuk dengan bahas, syarahan dan bola jaring. Tak lekat di rumah pun sebab terpaksa keluar ke daerah-daerah lain bersama pasukan sekolah. Selesai semua perkara dalam masa seminggu lebih itu, saya sibuk semula dengan bahas peringkat negeri.
Jadi, pada suatu hari tu, saya meluahkan rasa hati saya kepada cikgu bahas saya, Cikgu Zaiton (I miss you, cikgu!). “Cikgu, saya rasa penat sangat.”
Nak tahu apa cikgu saya buat?
Dia datang dari belakang saya, tepuk saya di bahu kiri dan berkata:
“Cuba fikir, awak penat sebab awak fikir awak buat semua ni untuk siapa? Kerana apa? Kalau awak fikir awak buat dan cuba harungi semua ni sebab awak nak berjaya, bila awak kalah, awak akan rasa berganda-ganda penat. Kalau awak menang, awak akan rasa hilang penat tu sekejap je. Tapi kalau awak buat semua ni sebab awak tahu orang lain perlukan awak, awak akan rasa kepuasan tu bila hasilnya tu menyenangkan dan menggembirakan mereka semua. Kalau berkorban tu boleh membahagiakan, kenapa pilih untuk tidak, kan?”
Sekejap tadi, saya rasa nak menangis bila teringatkan kata-kata Cikgu Zaiton. Antara kesemua pilihan jawapan yang ada, saya pilih yang terakhir. Saya yakin, dulu, ayat terakhir itu juga yang menajadi pilihan saya.
Ok. Nak tidur dah. Esok nak bangun awal pagi untuk siapkan bekalan makanan Izz, gosok baju, pergi kerja, oncall, mengepam, ………. And the list goes on...
This is just a self reflection for myself. Stay strong, Sarah. You just need to be so. Even when you cry loud inside despairing your tiredness, you just need to stay strong.
Selamat 8 bulan, Izz Zamani. Mama dan ayah sayang Izz!
Nota: Malam ni, blog ni kembali menjadi dunia saya macam dulu-dulu. I just like it to stay that way. 😉




