Izz Dan Sains

Assalamualaikum wbt

2 Disember 2015

Sedang saya menguruskan Zayd yang panas badan kerana demam, Izz menjerit melaung nama saya.

Izz: Mama! Mama! Tengok sini! (Sambil berdiri di tepi pintu rumah)
Mama: Ye, ada apa?
Izz: Tengok ni. Ada millipede!
Mama: (Tersentap dengar istilah yang dia guna. Padahal ulat gonggok je pun). Haah la. Ada millipede!

Mama pun berusaha menggunakan istilah itu kerana ia memang tidak salah, sebaliknya sangat sains gitu!

…………..

Sedang saya menyuapkan dua beradik yang demam ni makan pagi tadi:

Zayd: Ball. Ball. (Sambil dia menunjuk ke gambar rangkaian set atom)
Izz: Tu bukan ball la, Zayd. Tu atom.

Mama: (Pergh pergh pergh)

Tidak lama kemudian, sebaik sampai ke satu mukasurat lain:

Izz: Mama, ni komozom kan? (Chromosome). Komozom ni macam tali kan? Dalam tu ada DNA kan, mama?
Mama: Haah ye, Abang Izz. Betul tu.
Izz: Mata Izz coklat sikit. Rambut Izz hitam. Izz boleh gulung lidah. Orang lain, lain kan, mama?
Mama: Iye, Izz. Betul tu. Chomosome kita ada simpan semua maklumat bawaan daripada mama ayah kita.

Nampaknya mama kena perkukuhkan ilmu asas sains mama semula. Kalau tak, heart attack mama kena terjah dengan soalan-soalan power awak, Izz.

Apapun Alhamdulillah atas perkembangan yang positif ini.

:smile:

#koleksistatussarah

Posted on January 17th, 2016 by Sarah  |  No Comments »

Izz vs Kahwin

Assalamualaikum wbt

19 Disember 2015

Izz-Zayd

Izz kata: Eh, macam main kawin-kawin je, mama.

Ewah-ewah. Izz nak kawin ke?

Jawab Izz: Tak nak. Nanti tak boleh duduk dengan mama ayah dah.

Mihmihmih. Hari tu waktu saya dah Izz demam panas dan kena buat blood test, staff nurse yang draw darah Izz pun melawaklah: Senyum je Izz ni. Kena cucuk pun senyum je. Cool betul. Makcik buat menantulah, nak?

Lagilah tersipu Izz ni. Balik rumah saya buat-buat tanya. Izz nak kawin dah ke? Jawabnya sama. Tak nak lagi sebab nanti Izz tak boleh duduk dengan mama ayah dah.

#koleksistatussarah

Posted on January 17th, 2016 by Sarah  |  No Comments »

Crazy Days Are Over!

Assalamualaikum wbt

31 December 2015

I want to shout out to the world.

I have finally completed all my freaking crazy MBOR tasks!!! Tasks that had consumed majority of my time. Sleepless nights, restless daytime, handled kids alone while husband was away to US for two weeks, the kids went to sleep, I started working in front of laptop, I had to skip a few morning cooking for lunches and dinners, hence carry the consequence that I had to buy food for lunch, went back late at night, left home even before Izz woke up, and, had only a simple cupcake and cake eating out with my family in law for Izz Zamani’s 4th birthday on the December 29th. I feel sad that I had no time to bake for him which I routinely do every year.

But at the same time, I am very happy and proud of myself because I was able to complete everything (4 MBORs) just within 2 weeks before the final submission date. I don’t know whether I challenge myself to prove that I can do it or I am just a plain perfectionist!!! I gave my very best, 200% of effort to make sure what shall be provided will be there in the briefs. Because I know, due to this crazy perfectionism in me, I will benefit people who work or happen to be the patients later in the health facilities that I worked on.

May Allah bless me and all my colleagues. Only He knows how hardworking, how stressfull all of us are.

To my husband, thank you for handling the kids when I was busy and for allowing me to work even throughout the night on every other day basis. Haha.

And to me, dah pergi qada’ tidur and enjoy your long weekend.

Happy New Year everyone!

Keep benefiting people around us and around the globe!

:smile:

#koleksistatussarah

Posted on January 17th, 2016 by Sarah  |  No Comments »

Say No To Racism!

Assalamualaikum wbt

2 Januari 2016

Petang semalam, saya dan suami membawa anak-anak ke Rabbit Fun Land di kaki Bukit Broga. Cuaca tidak panas dan orang juga agak ramai pada waktu itu. Apa yang nyata, memang ramai keluarga berbangsa Cina berkunjung ke sana. Cuma ada 3 buah keluarga Melayu saja termasuk kami. Anak-anak saya bermain di kawasan arnab bersama-sama dengan anak-anak sebuah keluarga Cina yang kerap beriringan dengan kami ketika di bahagian kambing, kuda, lembu mahupun rusa. Saya juga berbual-bual dengan ibu berbangsa Cina itu. Fasih dia berbahasa Melayu. Anak-anaknya juga boleh berbahasa Melayu walaupun baru berumur 2 dan 6 tahun.

Sewaktu saya membawa Izz ke buaian gergasi, terdapat sebuah keluarga Melayu sedang bermain di situ. Sebaik Izz tiba dan hendak menaiki buaian tersebut bersama yang lain, salah seorang kanak-kanak di situ berkata kepada Izz “Ish, ada budak Cina pulak. Susah la ada orang Cina ni.” Nadanya merengus, seakan sangat tidak senang dengan kehadiran “budak Cina” ini.

Memang ketika itu saya agak kebelakang daripada Izz. Tersentap hati saya mendengar ucapan budak itu. Ibu ayahnya turut ada di situ tetapi langsung tidak menegur pertuturan anaknya yang berbaur perkauman itu.

Sengaja saya merapati Izz dan saya sebutkan, “Ni anak Melayu ni, dik. Kalau anak Cina pun, apa salahnya bermain bersama.”

Di belakang saya, telah tiba sebuah lagi keluarga Cina lain untuk menaiki buaian tersebut. Saya membantu anak-anak mereka untuk menaiki buaian tersebut dan si ibu yang membawa tiga orang anak itu tersenyum kepada saya.

Kalaulah saja mereka mendengar apa yang dituturkan oleh budak lelaki Melayu itu, pastinya boleh berkecil hati. Walaupun anak saya Melayu tetapi berwajah Cina, saya pun berkecil hati mendengar persepsi “racist” budak lelaki Melayu tersebut.

Saya tidak menyalahkan budak itu sepenuhnya. Peranan ibu bapa sangat penting untuk mencorakkan dasar yang baik dalam membentuk keharmonian dan penerimaan pada perbedaan yang ada. Kita memang berbeza warna kulit, phenotype wajah dan juga bahasa. Tetapi kita semua adalah sewarga negara dan sewajibnya menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara keharmonian itu. Saya agak kecewa dengan ibu bapa kanak-kanak tersebut yang langsung tidak berbuat apa-apa sama ada menegur perlakuan anaknya apatah lagi memohon maaf kepada yang terlibat agar dapat memulihkan suasana.

Jika kita tidak boleh menjadi orang yang memercikkan momentum keharmonian di permulaannya, jangan pula kita menjadi segolongan yang memercikkan kebencian dan perkauman sesama kita.

Kerana bagi saya, Malaysia adalah unik kerana adanya kita semua warga negara yang berbilang bangsa.

#koleksistatussarah

Posted on January 17th, 2016 by Sarah  |  No Comments »

Family Activity

Assalamualaikum wbt

10 Januari 2016

Sedang saya menyapukan masker di muka suami yang sedang baring di ribaan, Izz dan Zayd pun datang bertenggek di tepi sofa kami untuk melihat apa yang sedang si mama lakukan pada si ayah. Ayahnya pula ber’aduh-aduh’ bila saya memicit untuk mengeluarkan black dan white heads yang ada di mukanya.

Tiba-tiba, Izz pergi ke hujung sofa dan memeluk kaki si ayah. “Supaya ayah jangan bergerak”, katanya, lantaran melihat si ayah yang tak diam duduk akibat hidung dipicit-picit. “Boleh mama buat elok-elok”, katanya lagi.

Tiba-tiba Zayd pula menepuk-nepuk perut ayahnya dan berkata “Ayah, sabar. Ayah, sabar.”

Hahahahahaha. We should do this more often. Because this is a kind of family activity. Indeed, IT IS!

#koleksistatussarah

Posted on January 17th, 2016 by Sarah  |  No Comments »