Archive for the ‘Life’ Category

Tertekan

Assalamualaikum wbt

Saya rasa saya sedang mengalami tekanan perasaan. Sudah empat hari begini. Nak ulas pun rasa tak guna. Nak fikir pun sampai dah tak larat nak fikir. Nak luah pun rasa macam sia-sia. Baca Quran banyak-banyak. Teruskan jadi ignorant. Lama-lama nanti eloklah semula.

Hmm. Hadap sajalah buat masa ini. Tinggal tiga bulan lebih saja lagi. Ayat akhir ni bunyinya macam orang yang positif tapi hakikatnya pura-pura untuk tidak mengendahkan keadaan.

Malam tadi saya keluar melarikan diri sekejap. Tapi bukan lari seorang diri. Larikah namanya kalau ditemani? Nampak sangat sedang tertekan. Cakap pun berbelit-belit. Keluar semalam ditemani Wanie dan Diba. Kami mencari dadah. Untuk diri masing-masing. KOPI. Kalau minum sampai dua cawan sekaligus, itu buktinya saya memang sedang tertekan.

Untuk dua tiga hari lagi ni, saya cuma hendak buat apa yang saya rasa hendak buat. Kalau saya hendak tidur dan makan banyak-banyak pun, jangan pertikaikan.  Jangan pandang serong. Saya perlukan ruang untuk memperbetulkan kembali jiwa dan hati. Yang penyek. Yang terabai. Dan yang tersepit ini.

ch1

Nota 1: Cepatlah sembuh kembali wahai hati dan jiwa. Semoga kembali tenang dan dapat belajar dengan tekun.

Nota 2: Senyum tak bererti gembira.

Posted on March 15th, 2009 by Sarah  |  66 Comments »

Mesej Lamaran

Assalamualaikum wbt

Kebetulan, beberapa hari yang lalu seorang kawan saya di Malaysia menyambut ulang tahun kelahirannya. Maka semalam saya pun menghubunginya melalui SMS sebagai tanda ingatan sempena hari lahirnya itu. Saya sudah terlewat sebenarnya tapi memandangkan ini kawan lama, saya tetap menghubunginya juga. Hari lahir saya tak pernah dilupanya, takkanlah saya hendak buat tidak tahu pula kan.

Saya: Salam. Saya tau dah lambat dua hari dah ni. Tapi tak kira. Nak ucap jugak. Happy birthday!

Dia: Thanks Sarah. Ni lambat ni, bolehlah nak request something ni.

Saya: Disebabkan saya dah final year ni, maka diizinkanlah nak request apa-apapun. Cepatlah nyatakan hajatnya tu.

Dia: Haah kan. Awak dah final year final sem. Erm. Come back as single and marry me.

Saya sedang makan nasi waktu tu. Terberhenti sekejap. Saya mencongak-congak. Budak ni melawak apa tengah malam waktu Malaysia ni. Tapi mengenalinya sudah hampir lapan tahun, saya tahu dia sekadar melawak. Dia sentiasa penuh dengan lawak.

Saya: Eceh. Set-set arkitek ni bukan ke suka kahwin lambat. Ini lain pulak tiba-tiba ni. Kot ye pun nak melawak, tunggulah Kaklong saya lepas dulu. Tapi kalau tadi nak pesan matryoshka ke, stamp set ke, takde hal langsung tu. Huhu.

Dia: Alamak. Saya silap cakap ke tadi? Ni macam dah jadi SM Salim ni. Kalau ku tahu…

Saya tak terus membalas. Dalam hati saya berkata, Kalau Ku Tahu tu tajuk lagu SM Salim tu ke? Saya kan sedang makan nasi, tidaklah pula saya terus nak mencari dan menghayati bait-baitnya. Kebetulan selepas itu saya ada usrah dengan group usrah saya, jadi saya pun abaikan saja dulu mesej kawan saya tu.

Usrah malam tadi berlanjutan selama 2 jam lebih. Punyalah luas topik kupasan kami malam tadi. Selesai usrah, saya sudah mula tidak sedap badan semula. Demam saya ni masih belum sihat sepenuhnya. Jadi, saya terus tidur. Maka, tertangguh lagilah misi hendak mendengar lagu itu (nampak sangat kesungguhan tu tak berapa nak ada sangat).

Selesai Subuh tadi, barulah saya membuka Youtube. Saya cuba menghayati liriknya. Aduh. Adakah semalam saya sudah secara nyata membuat seseorang kecewa? Yang dia pun satu. Melawak tak kena masa. Saya tengah makan nasi waktu tu. Fikir tak panjang. Taip mesej pun menggunakan tangan kiri. Tak berkat langsung. Huhu.

Tapi nak buat macam mana, kan. Memang ada benda dalam hidup ini yang kita tidak perlu lanjutkan ke bab seterusnya. Setuju? Pengajaran untuk diri sendiri:

1) Jangan buka mesej waktu tengah makan nasi. Otak pendek waktu tu. 😆

2) Jangan balas menggunakan tangan kiri. Kurang berkatnya nanti. Kalau balas dengan tangan kanan, manalah tahu nanti ada perkara baik yang nak jadi, kan.

3) Erm. Jangan letak harapan pada kawan sendiri. Kena ingat sampai mati.

Nota 1: Arm, ampun. Kawan selamanya eh? <—- Ayat budak-budaklah pulak, kan?

Nota 2: Kaklong balik rumah hari ni! Kirim salam peluk rindu untuk katil kita, Long. Haha. Nampak sangat Ngah rindu kat katil. 😛

Nota 3: Nota 1 tu macam tak berguna langsung. Dia bukannya baca blog ni. 😆

Nota 4: Ha! Jangan komen lebih-lebih. Ni amaran ni. 😆

Posted on March 14th, 2009 by Sarah  |  45 Comments »

Broken Promise

dscn2740

Assalamualaikum wbt

I break my coffee-free promise. Blame Media-Mart for not providing the thing that I was looking for just now. I’ve been aiming for that thing since two weeks ago. Due to some obstacles that came around, I could not go there last week. But see, now everything was gone. I’ve missed the offer. The thing is no longer there! *meroyan sekejap*

So, instead of spending money at Media-Mart, I went to Ashan City (a hypermarket on the first floor at Capital Mall), I shopped for personal stuffs and some groceries. Since I am not fully recovered yet, I just grabbed whatever was in my mind without referring to the list that I brought. On the way back, I passed by Coffee House.

So, there I was. Breaking my own promise. I didn’t take only one cup but two. Yes. Two. Even the waitress looked surprised when I ordered the second Frappe. She must be thinking that I looked so hopeless just now.

Who must not, right? I sat there alone, had my coffee alone, plus the disappointed look all over my face, everyone would have thought the same. Huhu. I called home and talked to my dad. He said: There must be something better awaits me in the future. Just play along with the currency at the moment.

Beforehand, I talked to my little brother.

Me: Awak buat apa tu Zizi?

Zizi: Baca blog awak dengan mak.

Me: Hohoho. Awak baca yang mana ni?

Zizi: Yang mimpi tu.

Me: Haha. Ok ok. Dah dah. Ayah dah balik belum? Panggil ayah sat.

Zizi: Ayah on the phone. Kejap eh.

Note 1: I don’t know why. I feel shy whenever I call home and they tell me they’re reading my blog. So next time, just lie to me that you’re doing something else if I happen to call you all, eh? 😆

Note 2: It’s +4’C today! I met a few Russians with shorts just now (like going to play futsal or something like that) and a few people were riding bicycles! Seriously, I’m so excited to enjoy the spring!

Posted on March 13th, 2009 by Sarah  |  9 Comments »

Ragut

Assalamualaikum wbt

Hari ini saya menggigil duduk di dalam bilik. Niat untuk keluar membeli barang peribadi yang sudah kosong terpaksa dibatalkan. Kepala berpusing sehingga berdiri pun tak stabil. Sejak pagi, tiada apa yang saya jamah lagi kecuali segelas air.

Kaki sejuk. Diselimutkan pun tetap sejuk. Bibir pucat. Hidung tersumbat. Dahi panas. Kulit bersentuh kulit adalah amat seksa rasanya. Sendi dan badan semuanya sakit. Nampak gayanya, ada potensi untuk demam teruk lagi.

Nak demam pun demamlah. Asal jangan kena jangkitan paru-paru lagi sudahlah. Seksa rasanya. Dan tolonglah jangan terlalu lama Kau ragut nikmat kesihatan ini, Ya Allah. Hospital saya jauh dan memerlukan tenaga untuk berulang-alik ke sana.

Lailaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin.

Nota 1: Betul kata kawan saya. Saya ni kerap demam. Sampai dah tegar dengan sakit-sakit semua ni.

Nota 2: – Saya kena ragut tadi. – Ha! Apa yang hilangnya? – Hati.

Posted on March 11th, 2009 by Sarah  |  44 Comments »

Pengembara

Assalamualaikum wbt

Sejak awal pagi semalam, berkali-kali saya menerima ucapan ‘s vesnoi!’ daripada kawan-kawan saya yang berbangsa Rusia. Maksudnya ialah ‘selamat bermusim bunga!’. Nampaknya, memang gembira sungguh mereka dengan keadaan cuaca yang sudah semakin memanas ni.

Suhu hari semalam hanyalah 0’C. Bagi kami di sini, suhu begini sudah sangat nyaman dan tidak memerlukan pakaian yang terlalu tebal. Yang sedang-sedang saja sudah cukup. Jalan sangat lecah sekarang ni. Salji dalam proses hendak cair. Di hujung seluar jeans yang dipakai tak terkata kotornya.

Hendak dijadikan cerita, semalam saya ke hospital seorang diri seperti biasa. Sampai di stesyen metro yang dituju, saya perlu menaiki bas pula untuk ke hospital. Saya sudah lupa nombor bas yang menuju ke sana tapi saya ingat nama jalannya. Jadi, saya pun membeleklah beberapa buah bas yang sudah sampai untuk mengambil penumpang. Saya jumpa sebuah. Nombor 141. Saya terus naik.

Di pertengahan jalan, bas ini membelok ke arah lain. Saya sedikit resah pada mulanya. Tapi disebabkan saya sudah terlalu biasa meredah ke mana-mana seorang diri, saya tidak kisah langsung kemungkinan bas ini akan melalui jalan lain dulu kerana saya yakin akhirnya ia akan melalui jalan berhampiran hospital juga. Sistem bas di sini sangat sistematik. Saya percaya pada laluan perjalanan yang tercatat di dinding bas.

Kalaupun sungguh bas ini akan menyimpang entah ke mana-mana lagi, insya Allah saya boleh survive. Saya bertolak awal dari rumah dan saya masih ada banyak masa waktu itu. Di sepanjang perjalanan melalui kawasan perumahan dan sekolah, mata saya fokus memerhatikan sekitar. Saya hendak cuba mengecam jalan. Saya berkata dalam hati, kalau akhirnya bas ini tidak melalui jalan yang saya tuju, saya akan turun saja di mana-mana nak menaiki teksi saja. Ini niat saya.

Tapi saya tidak terus turun. Suara hati saya kuat mengatakan jalan yang dilalui ini akan menuju ke arah hospital juga. Tidak lama kemudian, saya ternampak simpang empat dan di tepinya ada sebuah kiosk menjual minuman dan biskut. Saya cam tempat itu. Tanpa mendengar suara dari mesin suara automatik yang menyebut nama-nama perhentian bas di situ, saya terus turun.

Tadaaaaaa! Saya terus boleh melihat bangunan hospital yang paling tinggi dari tempat saya turun. Rupa-rupanya, bas itu melalui jalan belakang dan melalui simpang empat yang paling hampir dengan hospital. Biasanya, kami semua melalui jalan utama yang lurus saja dari arah bandar. Dari tepi jalan besar untuk menuju ke hospital pula, kami perlu berjalan kaki dalam 10 ke 15 minit. Tapi hari ini, saya hanya perlu berjalan selama 5 minit saja. Dalam keadaan santai pula tu.

Setiap yang terjadi itu pasti ada hikmahnya. Belajar dari pengalaman adalah pengajaran yang paling baik dalam hidup. Sedangkan Vienna dan Uzbekistan pun saya pernah pergi seorang diri, inikan pula setakat dalam Moscow ni saja. Insya Allah, selagi ada duit dalam tangan dan mulut tidak malu bertanya jika ada apa-apa yang tidak tahu, campaklah ke mana sekalipun, insya Allah, I will survive. Huahuahua. :mrgreen: Oh ya. Ini juga mungkin adalah hikmah di sebalik memulakan perjalanan dengan doa keluar rumah dan langkah kanan. 🙂

Nota 1: Esok dan seterusnya saya akan menaiki bas itu lagi, insya Allah.

Nota 2: Dalam metro menuju ke stesyen yang dituju, dua orang makcik masuk dan duduk di tepi saya. Saya sedang berdiri ketika itu. Menurut mereka, baru saja sebelum itu ada seorang pemuda mati dibunuh di Vakzal Kurskaya (Stesyen Keretapi Kurskaya). Jadi untuk junior yang menggunakan laluan biru tua menuju ke Ismailovkaya mahupun semua pelajar tahun lima dan enam yang menuju ke Semenovskaya atau Pervomaiskaya, semoga kita semua lebih berhati-hati. Geng tu dah mula beroperasi kot. 😡

Nota 3: Hari ini hari pelepasan untuk group saya. Library day. Bukan cuti umum. Tapi hari untuk ke perpustakaan mengambil buku (jika perlu) dan membuat persiapan sendiri (self-study). Kebetulan terdemam pula malam tadi. Jadi hari ini hari untuk berehat saja di Dunia Sarah.

Posted on March 11th, 2009 by Sarah  |  26 Comments »