Tekanan
Assalamualaikum wbt
Tinggal sepuluh hari lagi untuk State Exam. Semakin belajar, terasa semakin banyak yang tidak tahu. Semakin rasa banyak yang tidak tahu, semakin rasa buntu. Semakin rasa buntu, semakin rasa tertekan. Semakin rasa tertekan, semakin rasa tidak boleh belajar. Semakin rasa tidak boleh belajar, semakin rasa hendak menjerit saja. Rantaiannya tak sudah-sudah. Titik akhirnya sama ada dua: gila atau mati. Adoi!
Minggu ini minggu terakhir saya bergelar pelajar. Tamat kelas Jumaat ini, tiada lagi sesi di hospital bersama para doktor, tiada lagi bertemu pesakit, tiada lagi mendengar sungutan makcik yang menjaga cloak roam atau apa-apa sajalah yang boleh menghilangkan mood di pagi hari.
Dalam situasi tak berapa nak boleh belajar sangat ni, kepala sangat mudah sakit. Perkara-perkara yang pantang saya lihat depan mata pun sangat mudah untuk membuatkan saya naik angin. Lantai bilik air basah, saya mulalah membebel seorang. Atas rak dapur berselerak pun saya membebel seorang. Selipar yang digunakan di dalam rumah yang berselerak pun boleh buat saya rasa nak membebel seorang. Makin tidak tenang rasanya. Dalam pada bebel-bebel tu, saya buatkan juga apa yang patut. Kalau di rumah, tanyalah mak ayah saya. Sayalah yang paling kuat membebel bab-bab kekemasan, kebersihan dan segala benda alah ni. Lepas saya dah puas membebel, siaplah saya kena sound semula dengan ayah saya: Kalau tak nak buat, sudah. Jangan bising. Jadi, baik saya bising-bising dulu, lepas tu saya buat juga. Ye dak. Terlepas sikit tekanan ini.
Di saat ini, satu perkara saja yang berlegar di kepala saya. Saya rasa hendak tidur lama-lama untuk menghilangkan tekanan. Dan saya tak rasa hendak bercakap dengan sesiapa. Memang dalam seminggu dua kebelakangan ini, saya sangat jarang bercakap. Saya hidup dalam dunia saya saja. Sekali dua, air mata pun sangat mudah mengalir.
Jika formula tekanan ialah begini:
Di mana
ialah daya yang berserenjang dengan permukaan dan
pula ialah luas permukaan, maka saya sifatkan tekanan yang sedang saya rasakan ini adalah di tahap yang paling maksimum kerana di seluruh permukaan badan saya ini dapat dirasakan tujahan daya yang berserenjang dengannya. Kalau ada yang tak faham pun, buat-buat faham sajalah. Ini teori sewaktu belajar Fizik tingkatan 5 dulu. Mesti Puan Norasiah sayang saya sebab saya ingat lagi. Hahaha.
Saya serius ni. Tekanan sedang sangat tinggi. Bersifat tujahan dari luar dan luapan dari dalam kepala. Antara dua perkara yang saya terasa hendak buat itu, saya amat jelas, perkara yang pertama itu adalah mustahil untuk saya buat buat masa ini. Kalau saya buat juga, itu namanya tak sedar diri exam tinggal lagi SEPULUH hari.
Nota: Arghhhhhh….! Saya tidak mahu cuak. Saya mahu tenang!


