Berita Gembira

Assalamualaikum wbt
Saya gembira sangat hari ini. Ok. Pertamanya tengkuk sudah baik. Hikmat penangan tidur dengan cukup dan membaca mentera kepada tilam. “Hai Encik Tilam, janganlah terajang tengkuk saya.” Tapi kalau menurut emak, diberinya petua menjemur bantal. Di sini matahari pun tak nampak, nak dijemur di bawah apa ye.
Keduanya kerana gambar ini. Hari ini saya tahu satu berita gembira. Di sebalik gambar ini terukir segalanya. Inilah kawan-kawan baik saya. Semoga mereka semua sihat-sihat saja dan gembira dengan apa yang mereka ada.
Saya ni nampak sangat dah tiada gambar lain yang nak diletakkan. Kitar semula gambar lama sajalah kan. Tapi memang gambar ini yang terbaik untuk menceritakan apa yang saya rasa. Doakan saya pula ye kawan-kawan sekelian! π
Nota: Doa dengan sesungguh-sungguh doa. Tapi saya takut dengan doa saya sendiri. Peliknya saya ni.

alaa..dah komen tadi..x leh hantar pulak..lahai π
nak ckp adelaide panas je lah π
salam.
sungguh2 doa ni untuk ks. jangan takut dengan doa sendiri. nanti baru kita tahu Allah makbulkan ke tak doa kita.
**Kadang2 wanie pun takut dengan doa sendiri. Tujuan asal hanya mahu mengadu pada Allah saja. Kalau dimakbulkan, Subhanallah..
Takleh2. Dah tau takkan punya la. Kan ke kita kena ukur baju di badan sendiri.
berita gembira?
ada 2 perkara yang bermain di fikiran saya
1. tentang sahabat baik awak
2. tentang awak!
wahha. cikgu nadia cube menjadi psikik
=p
wah wah wah kaklong nak berkat barokah dari gambo kenduri yg awak pakai baju biru tuh sbb kaklong pon pegi time tuh… huhuhu
huhu. giliran kak sarah pulak lepas ni ye. aminnnn.
p/s-baguslah tengkuk dah baik =D
Eh eh. Takde kaitan dengan saya satu pun, Nadia. Tentang salah sorang kawan baik saya ni je π Toksah nak psikik2 dah π
Wah Kaklong! Memang ada kaitan la apa awak cakap ni. Ngah pun dah terlupa dah pasal awak pun ada datang tu. Ye. Ngah doakan sangat2 sebab orang tu pun datang dengan awak kan. Keh keh keh π
oke sarah bile tarikh awak nih. cakap cepat. hihi
Eh takde kaitan dengan KS pun Diya. KS ni tak mungkinnya la lepas ni. Ntah berapa tahun lagi la jawabnya. Huhu.
Alamak. Bukan saya la Am. Sumpah! *Kaklong saya jeling je kat saya tu. Saya mana boleh potong dia* π
Oo yeke. Kak Inah, walau panas macam mana pun, jangan pulak jadi macam Bollywood dalam rumah ye. Hahaha~ *sah2 Kak Inah terbayang Kak Inah bersari kan* Hahaha.
wah wah. wordpress sudah.
wah wah wah. nk kawen gak eh?
wah wah wah. petua tue mmg turun temurun. tepuk2 n jemur bhw matahari. nape ye?
akhirnya….ketemu kamu disini….adakah diri ini terlambat??? huhuhuhu…
Saya nak kawin? Nak kawin dengan sapanya. Huhu. Saya kena kasi kakak saya lepas dulu π Entahlah. Agaknya dengan menjemur bantal, tu tandanya kita berbuat amal jariah kepada bantal. Jadi dia tak mengamuk kat kita malam2 kot. Haha.
Hehe. Rasanya Riena termiss saya bagitau di Plurk hari tu kot.Welcome to my world π
owh…mungkin lah…sebab nih baru discover jer…slamat menulis lagi Sarah.. π
haha. lawak. ngan bantal pun beramal jariah. beta bajet utk mengeringkan kesan degil dan kutu2 yg ske merayau :p
ye ye. beta pun x alert. huuu!
Actually domain ni adik saya kasi as birthday present hari tu. Hehe.
Tak ngape deh. Nampak sangat saya ni tak boleh stop blogging sebenarnya π
hehe…ni mesti berita psl liyana kan..another mckk-kisas product…hihi…insya allah sarah pon x lama lg..comp geek nya akan menjelma:-D
tinggal 2 hari lagi je kuliah…then mula cuti..yahhuuuu!
adekah berita gembira lain yg akan menyusul?. Sudah surut kah geloranya?..hehehe..
Hehe. Sape lagi kan kalau bukan dia. Saya terlambat bukak Friendster. Bila baca je tadi, terus saya called dia. Awak tangkap tak double meaning ni? *gelak jahat ni* Faiq, comp geek tu cover line je. Next time saya nak sebut photographer la pulak. Hoho.
Ecece. Kuliah habis je, cik suami pun sampai π
Berita lain tu tak pasti la pulak akan ada ke tak. Yang pasti bukan saya. Huhuu. Dari Akak la kot. Kan? π Gelora saya? Aduh Kak. Menyeksa jiwa raga! Hehehe.
double meaning apa sarah?
(sedey sbb x faham :-(..)
Oh yeke? Sat sat saya nak solat Isyak. Satgi saya online gmail k π
ish..kita pulak. Kan ari tu akak dah bagitau nak kuarkan iklan dulu..haha. Iklan tak siap lg nie..:)). hai gelora..surut la engkau. janganla disiksa jiwa raga org..:)
Gelora ni tak surut sebab ombaknya makin kuat. Huhuh. Akak, tumpangkan saya dalam iklan Akak, boleh? π
boleh..boleh. Nanti bagitau akak..ciriΒ² utama pemohonnya. nak detail ye. Takut salah calon pulak. Lagi bertambah pulak geloranya nanti. :))
Salam Sarah..camne awk bleh trace sy ek? sy x tinggalkan kesan pun kat blog lama awk tu..pelik2..cmne leh sampai ke blog sy? heheh..(@ sy ni mmg buta IT sket, heheh)
btw, thanks for inviting me here..sy x sampai seru lg..mgkin smpat awk balik mlysia 4 good, n mgkin awk yg tukar status dulu b4 sy..sy ni x abes study pn lg, heheh..sama la kite..
Ciri-cirinya ialah:
Pertama: Lelaki sejati
Kedua: Solat sempurna 5 waktu
Ketiga: Peduli agama, bangsa dan negara
Keempat: Tak suka bermewah-mewah.
Kelima: Sanggup bersusah-payah kalau ditakdirkan kena sambung belajar lagi π
Okeh. Cukup dulu. Huhu. Saya pun gelak sendiri baca list ni π
Hehe. Saya guna sitemeter.com. π Since we have been friends for years, why not we keep in touch through blogging since email or online seem to consume more time, right? Hehe. At least, I can keep track with your current progression. Eh Lina. Takde maknanya saya nak bertukar status. Entah bila la tu jawabnya. Hehe. Biasanya kawan2 yg di Msia ni advance sikit. Banyak pilihan la katakan. Hehehe. π
ciri pertama tu mengingatkan diya pada perdebatan kak sarah dengan sape tah kat blog syam. hehehe.
Salam Sarah..sori menyebok lg kat sini..
Lupe nk bgtau, aritu time trip ke umah Mira, kami berborak2 psl kesah2 skolah dulu..guess what? nama awk pun muncul skali..psl ape? pasal…dulu pnah timbul crite yg awk dh tukar status diri awk b4 fly ke Rusia..btul ke?? serius..kami aggp mmg serius dulu..
Slm sarah,
bizinyelah sy sampai tak sempat nak tengok sahabat sy sorang ni..sbnrnya sy buka juga blog awk dan baca semua entry semasa cuti tapi tak berkesempatan nak tinggal komen,hihi..maklumlah komen dah beribu2 π
Oh ya,setiap kali tengok gambar camtu mesti terasa macam nak tanya ” Sarah bila lagi nak kahwin nih?”hahahahhahaha *laariiikkk…
hahahaha… if everything goes on smoothly la…
Insya Allah. Aminnn. Makde selalu pesan. Doa mintak jodoh tu kuat π
Perdebatan dengan Syam la kat blog Syam π Tak sangka la pulak kamu baca kitorang berdebat pasal tu. Huhu.
Eh, takpe. Datang la banyak kali pun Lina. Hehe. Nama saya muncul? Ya Rabbi. Mana ada semua tu. Saya pun sampai ke hari ni pelik entah sape ntah yang gi buat cerita pasal tu. Sabar je la kan. Saya ada tulis kisah penuh pasal cerita tu kat blog lama waktu bulan 12 hari tu. Kalau awak rajin, awak cari la. Hehe. Saya masih solo molo polo lagi Lina π
Saya penah baca yang psl tu..sy mmg tertanya2 kebenarannya sbb sy igt critenye lain..takpe2..nnti sy kabarkan brita yg sbnr pd teman2 ye..;)
Salam Acai. Sekrang musim awak busy. Nanti saya busy, awak pulak jarang nampak saya. Hehe. Eh pakcik sorang ni. Saya punya turn lambaaat sangat lagi ok π
eh, dengan syam ke? tak perasan pulak. hahaha. of course lah baca. dah komen KS berderet kat entri tu. hahaha