Kenangan Dan Angan-Angan
Assalamualaikum wbt
Pernah tak terasa hendak menjadi yang paling pandai, disayangi cikgu-cikgu dan disenangi oleh kawan-kawan yang lain semasa di zaman persekolahan? Owh. Dulu saya pernah mendapat posisi yang diimpikan itu. Tapi hanya pada tiga tahun pertama di sekolah rendah.
Sehinggalah ketika menginjak ke tahun empat, status itu sedikit tergugat. Seorang pelajar baru mendaftar masuk ke sekolah saya. Hanya ada sebuah kelas tahun empat. Di saat itulah segalanya bermula. Saya selalu rasa cemburu kerana pelajar itu selalu mendapat pujian cikgu-cikgu kerana prestasinya dalam Bahasa Inggeris yang jauh mengatasi yang lain. Maklum sajalah. Dia baru pulang dari luar negara. Bahasa Inggerisnya masih pekat di lidah. Dia juga menjadi saingan saya untuk subjek-subjek teras yang lainnya.
Sedangkan saya? Saya hanyalah budak kampung yang berbahasa Inggeris di rumah dengan emak ayah saja. Tidak pernah tinggal di Kuala Lumpur apatah lagi di luar negara. Maka bermulalah episod cemburu melihat kelebihannya. Sejak itu juga, bermulalah episod saya mengkaji diri kawan saya itu dan berusaha untuk menjadi sehebatnya. Hanya kerana Bahasa Inggeris.
Iya. Hanya kerana Bahasa Inggeris. Kuat betul cemburu saya dulu-dulu ya. ![]()
Dalam pada cemburu akan kelebihannya itu, dalam hati saya selalu terdetik, tak rugi kalau dapat berkawan baik dengannya walaupun luarannya dia seperti dingin dan kurang menyenangi sekolah itu. Atau mungkin juga bandar Temerloh yang kecil itu. Tapi mesti ada sebabnya. Saya yakin itu.
Dalam kedinginan yang ditunjukkannya itu, ada dua perkara yang saya suka padanya. Dia adalah si sepet yang berkaca mata dan jari-jemarinya runcing. Owh. Entah apa-apa signifikannya dua perkara itu. Yang pasti, dua perkara itu menjadi sebab kenapa dirinya diingati sehingga ke hari ini. Tapi yang utama, dialah pemangkin saya berusaha untuk menjadi lebih baik, lebih baik dan lebih baik daripada sebelumnya.
Kawan, kalau kamu tak muncul di sekolah itu dulu dan menjadi pesaing saya, mungkin kini Bahasa Inggeris saya masih berhabuk, UPSR saya tak cemerlang, saya tidak menjadi English debater sewaktu menengah rendah dulu dan mungkin 10 doa dalam wishlist yang saya kemas kinikan setiap tahun sejak 13 tahun yang lalu sudah berubah. Semua yang terjadi pasti ada sebabnya. Terima kasih kerana menjadi pemangkin itu.
Saya pernah berangan-angan. Kalaulah saya bertemu dengannya semula, saya berharap, dia masih mengingati saya, mengenali saya, masih sepet, bercermin mata dan jari jemarinya masih runcing seperti dulu juga. Hehe π
Hai kamu. Di mana kamu berada ya?
Nota: Retorik~

π π
ks,
nini masih happy sgtΒ². sebab terdengar dengar je berita gembira ks.tapi belum umum lagi eh?tapi happy sgt.walaupun tak kenal ks.:)
ks duk temerloh? kampung abgmas pun situ, tapi lupelah nama tempat tu.kami selalu balik sana.
p/s:rindu kak nadia juga.dah senyap menyap dah die.
π π
Hehe. Nini duk dengar berita apa dan dari siapa pulak dah ni ye? Macam2 la hai. Hehe. Eh, Nini ada je kan FB KS?
Owh anyway. Abgmas Nini orang Bentong kan? Kamung dia kat Temerloh ye? Waa.. Jadi orang sini dah ye π Tapi sekarang ni kena banyak2 sabar ye duduk jauh beribu batu ni ye π
ehem..ehemm…..
si mata sepet…
π π π π
dimana dia? dimana diaaaa?? woooooopppppp!!! hahaha.
uhuk2..terbatuk-batuk kak Tikah baca entry ni.. kisah kita lebih kurang sama dik.. hmm.. moga dipermudahkan semua..Kak Tikah dah mula mengira dengan jari2 tangan ..hehe (”,)
Cemburu dgn bahasa inggeris..oo..ok..tapi jari jemari tu..hurm.. π
saya lah pelajar baru waktu tahun 4 tersebut π
itu semua pengalaman berharga yang tak terlupakan kan? kita semua punya kelebhan masing2:) jadi bila terimbau kelebihan org lain, pasti wujud suatu rasa persaingan, namun haruslah bersaing secara sihat.
apaun, betul pepatah kata, jauh perjalanan luas pemandangan, terbentang pengetahuan:) berhijrah bukan di medan sahaja, malah dari sudut fikiran juga:)
selamat maju jaya sis. btw, dh jumpa dgn ur classmate dlu tu? temerloh di mana sekolahnya?
sarah sarah…hehe…menggamit memori yg manis ya…hampir ketemu si sepet tu kan?hek3 π
kisah saye pun sameeeee….si sepet,jari runcing,jeles…hahaha
ehem
Salam
Untuk berjaya seseorang perlukan seorang teman dan juga seorang lawan kerna teman akan membantu tika terjatuh dan lawan akan menyatakan apa yang teman tak mampu nyatakan π
Berdiri dikemuncak sendirian membosankan.. π Tak ramai yang mampu berdiri dikemuncak sendirian .. kerna walau kita terkadang perlukan waktu tuk bersendirian tapi tak ada manusia yang mampu hidup bersendiri π
Semoga terus berjaya π kenangan lalu memang senantiasa menyentuh hati bukan? π
Haha :p
Tu la. Kat mana la dia… π
Empat hari lagi Kak Tikah!!!! ^____^
Ecece Kak Haida… Ramai yang mengibau kenangan ni ye
Hehehe. Bahasa Inggeris pun nak jealous kan. Kalau Bahasa Jepun ke, French ke, logik jugak la saya nak jealous lebih2 kan. Huhuhu π
Hehehe π
Ye, betul apa Fifiey kata tu. Masing2 ada kelebihan yang tersendiri π Thanks for dropping by.
Berangan ingat balik kenangan lama memang syok Kak Haida oi. Hehe
Ehem~ π
Perindu,
Kenangan lalu memang senantiasa menyentuh hati. Saya tak pernah lupa walau satupun kenangan lalu π
[…] kami ada bertegur sapa dan tolong menolong dalam menyiapkan latih tubi UPSR. Masih ingat akan entri Kenangan Dan Angan-angan juga kisah saya terpisah dengan kawan lama saya? Ehem. Itu semua adalah kisah saya dan […]
sedihnya baca entry ni ,menusuk ke kalbu .hehe .sampai termengalir juga air mata sy sikit . π₯ .malu jugak bagitau kaka .sweet sgt2x .semoga di iringi kebahagiaan sepanjang hayat .SYURGA CINTA ~ btw ,saya follow kaka
π³
Suka baca cerita KS…memberi motivasi untuk menjadi seorang doktor.
Mood :jiwang
heheheheh π
saya kuat cemburu subjek chemistry dia
dia bak sumber inspirasi saya. ^^
alhamdulillah.
It is in reality a nice and useful piece of information. I’m
satisfied that you just shared this helpful
info with us. Please keep us informed like this.
Thanks for sharing.
Hello there! This article couldn’t be written much better!
Looking through this article reminds me of my previous roommate!
He always kept talking about this. I am going to forward this article to
him. Pretty sure he will have a good read.
Thank you for sharing!