Rutin Bukan Pelajar

Assalamualaikum wbt

Sungguh saya tak sangka, selepas habis exam, jadual saya semakin penuh dengan pelbagai aktiviti lain. Sampaikan internet pun tak sempat hendak dijenguk dengan penuh tekun. Kalau musim exam tu, setiap dua jam sudah terasa sepi kalau tidak menghadap internet. Sindrom apakah ini.

Seperti yang saya kata, ada terlalu banyak benda yang hendak saya ceritakan. Tapi bila sudah bertangguh sampai dua hari, saya sendiri pun sudah lupa cerita apa yang saya hendak cerita tu. Mungkin apa yang saya hendak ceritakan ini bukan penting sangat pun, tapi saya cerita jugalah. Sebab hal ini macam perkara gembira bagi saya.

1) Berhubung semula dengan seorang kawan lama waktu sekolah rendah. Ahmad Thaariq Mohd Khairudin. Gembira betul bila dapat maklumat tentang dia semula. Pernah jadi musuh dalam diam sikit-sikit, pernah jadi kawan rapat belajar bersama-sama untuk UPSR dan pernahlah cemburu tengok dia disayangi oleh cikgu Bahasa Inggeris dulu-dulu. Sebab dia sangat hebat dalam subjek itu! Hehe. 12 belas tahun kami tidak mendengar khabar. Alhamdulillah dapat berhubung semula walaupun sekadar di internet saja. Tapi pendek ceritanya, saya gembira bertemu semula dengannya!

2) Berhubung semula dengan sebahagian besar daripada batchmates saya di KISAS dulu melalui Facebook. Yang ini lagi gembira! Muka semuanya dah berbeza. Kali terakhir saya bertemu dengan sebahagian daripada mereka ialah ketika majlis perkahwinan Faaiqah tahun lepas.

3) Terlalu ramai batchmates di KISAS dulu yang baru mendirikan rumah tangga. Tahniah untuk semua. Bila saya tengok gambar-gambar walimah mereka dan kawan-kawan yang berkumpul untuk majlis itu, saya rasa amat terkilan sebab sudah terlepas untuk berada bersama mereka. Sedih juga. Tapi apapun, didoakan yang terbaik dan semoga dalam redha dan rahmat Allah selamanya buat semua.

4) Sebaik selepas exam hari Khamis lepas, saya terus keluar bersama Auyun, Rodo, Shima dan Faiz ke Ikea untuk mencari kotak. Nak buat apa kotak tu? Untuk hantar barang balik melalui kargo! Yeay! Tapi sejak beli hari tu, saya masih belum mula mengemas apa-apa lagi sebab asyik tiada di bilik saja. Kotaknya pun masih tersidai belum dibentukkan lagi di tepi katil ni. Buat semak bilik saja.

5) Semalam Tourism Malaysia Moscow atau lebih tepatnya Kak Zah telah mengadakan majlis perpisahan untuk pelajar-pelajar tahun enam. Sampai malam saya di sana. Kalau waktu exam saya kehilangan 4 kg dalam masa hampir 2 minggu. Tapi saya rasa saya boleh naik 4 kg semula dalam masa 4 hari. Adoi.

6) Selamat hari lahir yang ke-25 buat Abang Khairil Idham Ismail. Didoakan yang terbaik dalam apa saja yang Abang Khairil lakukan. (12 Jun)

7) Selamat hari lahir yang ke-24 buat Auyun. Insya Allah kita mesti akan tetap berhubung walaupun dah balik ke Malaysia, ok! (13 Jun)

8 ) Hahaha. Selepas 6 bulan saya tidak membuka YM saya, akhirnya saya kembali muncul di YM. Bila saya celik mata saja hari semalam, ada 21 tetingkap kawan-kawan dan saudara mara yang menegur. Jammed laptop saya waktu tu. :mrgreen:

Selepas ini hendak keluar lagi. Ke rumah Kak Yan pula. Ada makan-makan dengan kawan-kawan sempena sambutan hari lahir Auyun. Nampaknya, memang tak berusik lagilah kotak-kotak saya ni. Entah bilalah nak mula mengemas ni. Tak lama lagi dah nak ke tempat lain pula. Apalah nak jadi dengan saya ni.

Nota 1: Bila sudah habis exam, terasa kosong je hidup ni. SEBAB DAH TAK PAYAH RISAU BALIK NAK KENA BERKEJAR BUKA BUKU UNTUK BELAJAR DAH. Hahaha.

Nota 2: Gambar akan saya kemaskinikan kemudian. Tak sempat hendak mengecilkan saiz gambar.

31 Responses to “Rutin Bukan Pelajar”

  1. chi am says on :

    wah seronoknya Sarah! selamat bergembira bersama rakan-rakan! 😉

    Reply

    Sarah Reply:

    :mrgreen:

    Reply

  2. Nurlulu says on :

    tumpang gembira Sarah sudah berjaya selesaikan hampir keseluruhan misi di rusia. Selepas ini misi baru pulak. Pulang ke malaysia 🙂

    Reply

    Sarah Reply:

    Insya Allah akan balik Msia lagi 2 minggu kot. Details tak confirm lagi. Huhu.

    Reply

  3. Hazreen Rashid says on :

    huuu, best la dia nak balik dah.

    Reply

    Sarah Reply:

    Tapi kamu yang dah sampai Msia dulu. Hihik 😉

    Reply

  4. adlan says on :

    ok la gembira lan tengok. yang penting ngangah jaga kesihatan.
    lan dengar mak kata ngangah kurang tidur danrehat.

    Reply

    Sarah Reply:

    Kurang tido tu memang dah sebahagian drpd hidup Ngah la Lan. Huhu. Balik Msia je baru Ngah cukup tido. Hahaha.

    Reply

  5. adlan says on :

    ngangah balik ke malaysia berape hari bulan

    Reply

    Sarah Reply:

    Rahsia. 😛

    Reply

  6. yeanna says on :

    salam…
    ohhoiii~ org first lgi…..

    ngeee..
    bahagianya tengok ngah…
    berfb sakan..
    berjalan ke rumah orang sakan..
    tak pe la..
    u deserve it..after years perah keringat bagai nak rak yea…
    heheheh….

    Reply

    Sarah Reply:

    Time busy2 belajar, exam, YM dan FB sikit pun Ngah tak layan. Bila dah tak busy ni la kita qadha’ habis2an. Huhu.

    Reply

  7. junior says on :

    salam KS,

    tahniah dah jadi dr…….
    state exam dlm russian ke english ye??

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam.

    Terima kasih.
    State Exam (aka GOS exam) supposedly in Russian. Tapi KS dapat dengan semua prof yang fluent English. So KS jawab 100% in English. Huhu.

    Reply

  8. SisHoney says on :

    Salam Dr.Sarah,

    wah.sekarang bukan lagi pelajar ek.dah tak lama kan nak balik malaysia.nnt kalau senang leh la kita bertemu kalau ada kesempatan sarah pulang ke penang.erm.id ym sarah ape ek.leh sis add…atau buzz me mhoneyz82@yahoo.com

    Reply

    Sarah Reply:

    Sis, nanti saya add ok 🙂

    Reply

  9. Yeop8883 says on :

    Salam sarah….!!

    Reply

    Yeop8883 Reply:

    …Selamat Mengemas….!! :mrgreen: :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Memang sedang mengemas pun ni. Huhu.

    Reply

  10. Kasawari says on :

    wah kawan KS ramai dah kawin tu.. ermm pasni balik Malaysia leh kirim kad jemputan ya..

    ermmm… begitulah bila rutin sebagai pelajar ditinggalkan.. aduhai.. teringat zaman 96 dulu2.. he he..

    Reply

    Sarah Reply:

    Err. Saya kirim kad raya je la bro! 😆

    Reply

  11. kak izzah says on :

    salam sayang buat angah,

    alhamdulillah! selesai juga perjuangan angah kan!
    tapi belajar takkan pernah ada noktahnya kan.
    apa pun, selamat beristirahat buat angah.
    gunakan kesempatan masa yg ada dengan sepenuhnya!

    😀 😀 😀

    Reply

    Sarah Reply:

    Sebenarnya maa, lepas dah abis exam segala bagai ni, lagi la tak sempat nak rehat. Punya la banyak benda nak buat. Adeh. Penat Ya Rabbi. 😛

    Reply

  12. amal says on :

    such a hectic life that you had..
    but anyway,juz enjoy it… 😛

    Reply

    Sarah Reply:

    Yes of course. I’m enjoying every second of it! 😉

    Reply

  13. snm says on :

    salam sarah! 😛
    kita mengira hari yang sama :mrgreen:

    apa pun, jgn lupa kemas barang2..nnt ada byk masa awak nak filter brg2 tu, mana yg nk buang, nak tinggal/jual, bawa balik 😛

    mmg rs ralat x dpt ke jemputan kwn2, tp yg pntg, DOA IKHLAS dari sahabat utk sahabat, kan? 😉

    semoga selamat semuanya, ya?

    Reply

    Sarah Reply:

    Hari yang kita hitung2 dah pun berlalu kan 😉

    Tahniah untuk awak, Falin!

    Reply

  14. Ruhana says on :

    Allah akan menolong seseorang selagimana ia menolong saudaranya… 🙂

    sarah gembirakan orang, Allah pun gembirakan sarah…
    kalau tak sekarang, insyaAllah di akhirat nanti yeah…. 🙂

    gembira kalau sarah gembira,
    semoga sentiasa berjaya …
    buat selamanya …

    (hehe) sarah yg lucu… sana sini tralala trilili…. :mrgreen:

    selamat pulang (dalam hati bunga-bunga, dalam perut kupu-kupu :mrgreen: )

    Reply

    Sarah Reply:

    Sarah yang lucu? Saya lucu ke? ❓

    Reply

  15. munirah says on :

    amboi cik ruhana…gembiranya awak..”tralala trilili” yep….. 😆

    Reply

    Sarah Reply:

    Huhu.

    Reply

Leave a Reply