Welcome Dr. F!

Assalamualaikum wbt

Opss ooooooo. Another friend of mine has found this blog and spent a lot of time digging and reading all the old entries. But, what really made you look for this? You couldn’t find me on Facebook that day but you finally managed to reach here. My ‘lubuk berhantu’ I must say. :mrgreen:

Hello there, Dr. F. Welcome to my world. Make yourself comfortable as I’m very comfortable with you since the very first day we started working together. :cool:

Posted on May 3rd, 2010 by Sarah  |  13 Comments »

Sweet 17

Assalamualaikum wbt

Sudah tujuh belas tahun berlalu. Alhamdulillah saya masih mengingati setiap inci ceritanya dengan jelas. Mungkin Allah memang mahu saya mengingatinya supaya saya sentiasa memperbaharui rasa syukur saya seacapnya.

Setiap 1 Mei akan saya kenangi sebagai hari lahir kedua saya. Dan 1 Mei juga mengimbau kenangan setahun lalu ketika saya bersama-sama teman-teman terbaik saya di Moscow keluar bersama-sama.

1 Mei penuh memori. 1 Mei untuk diinsafi. 1 Mei juga untuk disyukuri.

Selamat ulangtahun yang ke-17, Sarah. You’re just a sweet 17. ;-)

Nota : 1 Mei Hari Pekerja. Dan pada 1 Mei saya bekerja. Ish…

Posted on May 1st, 2010 by Sarah  |  7 Comments »

Photoshoot : Stesyen Keretapi Mentakab

Assalamualaikum wbt

Hari Sabtu dan Ahad baru-baru ini saya mendapat giliran weekend off saya. Sepanjang hari Sabtu saya bertungkus lumus menolong menyudahkan segala persiapan untuk majlis Kaklong. Dan pada hari Ahad petang pula saya keluar dengan seorang kawan lama saya, Imah.

Disebabkan sudah beberapa bulan tidak berjumpa, kami mengambil keputusan untuk keluar makan selepas Asar. Tapi sebelum pergi makan, kami pergi berfoya-foya dengan Encik Nik saya yang sudah lama tidak mendapat belaian kasih sayang dek kerana kesibukan kekasihnya ini. Destinasi kami ialah Stesyen Keretapi Tanah Melayu di Mentakab.

Sebenarnya, saya tidak pernah sampai ke stesyen keretapi ini. Setakat pernah tahu bahawa di situ ada sebuah stesyen keretapi. Itu saja. Sehinggalah petang Ahad itu, Imah yang memandu arah saya menuju ke sana. Sewaktu kereta sedang menaiki bukit kecil, saya ternampak sebuah bangunan ala-ala zaman British. Saya sudah mula memperlahankan kereta. Dalam hati saya sudah teruja. Cantiknya bangunan stesyen ni. Old school sungguh! Tiba-tiba Imah berkata: Terus lagi, Sarah. Ni tandas awam ni. Stesyen kena lepas bukit ni dulu baru kita jumpa.

Adoyai! Tandas awam rupanya. Huhuhu. Apapun, saya seronok dapat pergi dating dengan Encik Nik. Dia pun mesti seronok dapat bersama saya. Huhu.  Di saat burung pulang ke sarang, saya dan Imah pun pulang ke rumah. Hmm. Kan seronok kalau teman saya nanti kaki kamera macam saya juga.*muka berharap*

Ah, sudah. Sarah dah koya. Mari kembali buat kerja masing-masing. Wassalam.

Nota 1: Lama dah saya tak letak sentuhan terbaru kan. 🙂

Nota 2: Tapi kaki fotografi tak suka isteri doktor-doktor ni kan. Sebab nanti tak dapat dia nak usung bawa pergi photoshoot kat mana-mana kan. Asyik melekat di hospital aje. T___T  <—-  Aik. Apasal muka nangis macam kecewa? Haha~ :lol:

Posted on April 13th, 2010 by Sarah  |  14 Comments »

Berita Gembira

Assalamulaikum wbt

Diam tak diam, sudah dua minggu saya tidak mengemaskinikan blog. Terlalu banyak yang terjadi tetapi memang tiada masa hendak menghadap PC lama-lama. Ada tiga perkara yang sangat menggembirakan. Mari saya ceritakan satu persatu.

Pada 2 Januari yang lepas, saya bercuti sehari untuk berkumpul bersama ahli keluarga sebelah Pahang yang lain di Serdang. Ada majlis pertunangan seorang sepupu saya. Sudah lama tidak berkumpul beramai-ramai begitu. Raya Puasa dulu pun saya tidak sempat berkumpul sebgitu sekali dengan mereka semua.

Sebaik selesai majlis, saya bersama sepupu saya yang bertunang itu terus ke Bangi. Kami menghadiri majlis perkahwinan kawan kami. Selamat pengantin baru buat Liyana dan Shuhaimi. Liyana merupakan antara kawan yang saya rapat ketika di KISAS dulu. Kebetulan pula, Liyana dan sepupu saya ini sama-sama menyambung dalam bidang perubatan di UIA Kuantan. Dan Alhamdulillah, saya sempat bertemu dengan ramai kawan lama ex-KISAS. Tidak berjanji pun tapi kebetulan semuanya datang serentak pada masa yang sama. Errr… Ada yang sudah tidak cam langsung saya. Katanya, saya terlalu kurus. Auwww. Dengan berkahwinnya Liyana, habislah ketiga-tiga orang kawan baik saya sudah berkahwin. Faaiqah, Hidayah dan Liyana. Wahai kawan-kawan, doakanlah saya pulak ye. Hohoho.

Apa yang membuatkan saya terlalu sibuk sejak kebelakangan ini ialah final assessment saya untuk posting ini. Siapa sangka, diam tak diam, sudah empat bulan saya bekerja. Dan yang paling penting, saya sudah tamat Medical posting saya dengan jayanya! Saya tidak kena extend! Yeay lagi sekali. Saya berjaya buat yang terbaik sewaktu viva dengan specialists dan Timbalan Pengarah Hospital minggu lepas. Yeay lagi dan lagi!

\(^____^)/

Kalau orang lain sedang berdebar-debar takut untuk menghadapi susah-payah posting ini, saya sekarang sudah sangat berlapang dada, senang hati. Saya sudah melepasi posting yang terberat di hospital saya. Selepas ini, saya akan ke Orthopedic pula. Walaupun ketika dalam posting ini saya berdepan dengan kerenah beberapa orang kawan yang  tidak adil, tetapi pada masa yang sama saya dikurniakan kawan-kawan yang sangat baik. Terutamanya teamwork yang terbaik ketika bersama Dr. SD dan Dr. LMK juga dua orang kawan terbaik yang saya ada, Michele dan Fahmi. Di Orthopedic nanti, saya masih lagi bersama Michele. Yeay!

Dan saya juga sangat gembira atas pertemuan pada 3 Januari lalu. Menyesal saya menghilangkan diri selama empat tahun ini. Sangat menyesal. Semoga Allah permudahkan saya untuk menebus kesilapan dulu.

Nota 1: Saya bertemu Ikhuwan junior di Moscow dulu baru-baru ini. Kebetulan dia ada urusan di Hospital Temerloh. Asyik makan saja kerjanya bila keluar dengannya. Rasa macam dah buncit dah ni. :mrgreen:

Nota 2: Rasa macam nak ke Melaka saja. 🙂

Posted on January 15th, 2010 by Sarah  |  14 Comments »

Seribu Tahniah Hidayah Dan Halim

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, selamat juga saya menghadiri walimah kawan baik saya di Manjung pada hari semalam. Selamat pengantin baru buat Hidayah dan Halim. Akhirnya selamat dah kamu berdua ya. Yang melucukan, sebaik saja sampai di bandar manjung, saya tidak jumpa pintu masuk ke Dewan Majlis Perbandaran itu. puas saya berpusing-pusing hampir 20 minit di sekeliling taman perumahan sekitar dewan itu. Akhirnya baru terjumpa pintu masuknya. Saya sampai di sana sudah tengahari. Bertolak memang awal dari rumah bersama dengan sepupu saya. Tapi disebabkan saya mengantuk di pertengahan jalan, saya siap berhenti tidur dulu di hentian sebelah. Nyenyak pula tu. Hihi.

Terlepas juga rindu pada kawan saya yang seorang ni. Dulu ketika di KISAS, kami sekelas ketika tingkatan empat dan lima. Waktu tingkatan empat, kami bukan setakat sekelas, tapi katil bersebelahan di tingkat atas. Orang lain sudah tidur, biasanya kami berdua masih berjaga duduk di atas katil kami yang tinggi nak mencecah lelangit tu. Katil di tingkat atas mendapat cahaya koridor yang lebih. Jadi kami berdua berjaga studi bersama di atas katil sambil bercerita.

Kisahnya, dari dulu lagi Hidayah pernah bercerita tentang kewujudan Halim ini kepada saya. Waktu tu hanya sekadar gosip malam sebelum menutup mata. Katanya, dia adalah orang yang sering mengacaunya sejak dari sekolah lama di Perak lagi. Siapa sangka. Akhirnya jodoh mereka memang bersama. Aturan Allah itu terlalu rahsia untuk kita meneka-neka, kan?

Sekali lagi saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat Dayah dan Halim. Semoga kamu berdua disatukan Allah dalam kasih sayang berpanjangan hingga ke syurga.

Dalam perjalanan balik, hujan lebat tak terkata. Saya dan sepupu singgah solat dan minum-minum di R&R sekejap. Waktu duduk menghirup kopi panas yang dipesan, baru saya sedar meja bertentangan dengan saya itu ada budak-budak muda yang boleh saya katakan jauh lebih muda dari saya. Waktu itu sepupu saya masih belum datang lagi. Ada seorang budak ni, asyiklah merenung ke arah meja saya ni. Tapi tak kuasalah hendak dilayan. Tapi ni sampai terlambai-lambai, tenung tak beralih mata. Naik geram pula saya dibuatnya. Kalaulah dia tahu berapa umur saya ni, baru nak menyesal kot. Haha.

Budak-budak zaman ni entah apa-apa saja. Kalau adik-adik saya buat macam ni, memang saya dah tengking dah. Huhu. Jangan main-main. Saya memang pantang dengan budak lelaki berperangai macam ni.

Insya Allah minggu depan ada lagi satu walimah kawan baik saya. Tiada aral, insya Allah saya akan ke sana juga. Semoga Allah permudahkan semuanya. Oh ya. Ramai kawan-kawan bertanya, mana gambar terbaru saya. Ini gambar terbaru. Tiada apa yang lain. Semuanya masih sama sepeti dulu. =)

Nota: Kawan-kawan baik saya yang bertiga waktu zaman sekolah itu semuanya sudah berkahwin. Tinggallah saya terkontang-kanting seorang diri. Huhu.

Posted on December 27th, 2009 by Sarah  |  18 Comments »