Penangan Nombor

quiz

Assalamualaikum wbt

Sebulan yang lepas, kembar saya yang ada masalah dengan kulit muka. Sekarang, tak pasal-pasal saya pula yang terkena. Tak pernah-pernah saya bermasalah dengan muka. Sejak demam dua minggu yang lalu, muka saya mulai kering. Kalau dah kering, mulalah segalanya kita rasa tidak kena, kan. Macam menggerutulah. Macam ada banyak jerawatlah. Padahal ilusi saja sebenarnya. Tapi tetap tidak puas hati. Tapi tetap tak boleh nak buat apapun selagi masalah kekeringan tu tak elok-elok lagi. Tapi tetap geram. Ilusi dah jadi seakan realiti saja. Banyaknya tapi!

Sepanjang petang tadi, saya bersenang-lenang duduk berlunjur membaca novel sejarah yang dipinjamkan oleh Hazreen. Hari-hari lain saya tidak sentuh novel tu. Diharamkan. Jumaat petang barulah dapat menyentuhnya. Puas hati dapat membaca sesuatu yang ringan. Sikit saja lagi hendak khatam. Berusahalah!

Oh ya. Kalau bosan sewaktu sedang belajar, apa yang kamu cenderung untuk lakukan ya? Kalau saya, saya suka menjawab teka-teki bernombor. IQ test contohnya. Atau main Sudoku online. Hehe. Saya tak reti Pet apa tu yang digilai ramai di Facebook tu (Pet Society kah?). Paling habis pun, saya akan main Minesweeper. Permainan ni pun melibatkan nombor juga. Siapa kata tak? Cubalah main dulu. Kena pandai mencongak, barulah dapat elakkan bom daripada meletup.

Siapa yang menggunakan Vista, Minesweeper didatangkan dengan bunyi bom yang boleh memberhentikan jantung kita. Dibuatnya volume dipasang maksimum. Dahsyat kesannya. Lebih-lebih lagi untuk orang yang penakut kuat terkejut macam saya ni. Hehe. Jadi kenalah bermain dengan khusyuk untuk selesaikan satu kubik itu supaya tidak terkejut dengan bunyi bom meletup tu. Alah, senang-senang matikan saja bunyinya. Habis cerita. Nak mati banyak kali pun tiada masalah. :mrgreen:

Oh. Mengarut apa sajalah saya malam ni. Sebenarnya nak cerita yang sedang saya geram-geram dengan masalah kulit muka yang tiba-tiba jadi ni, maka saya bermain Minesweeper. Saya mencipta rekod baru untuk diri sendiri untuk kubik besar (expert). 4:10 minit tu kira cukup baiklah tu untuk saya ni. Hip hip hooray!

Bagi saya, bila bermain dengan nombor, otak menjadi cergas dan lebih tajam serta peka dengan sekeliling. Maka, mengantuk pun hilanglah.

Nota 1: Saudara saya, Lisa, datang ke rumah saya tadi. Bercerita dari A sampai Z macam dah bertahun tak jumpa. Rodo pun ada. Gembira betul Jumaat saya walaupun tak berapa nak wardah sangat. 😉

Nota 2: Gambar di atas tu ialah kertas conteng saya sewaktu bermain IQ test. Kertas itu ialah buku nota ringkas saya. Habis saya hentam taram buat kira-kira pula. Untuk IQ test terkini yang saya buat, saya hanya mendapat 118 saja. Tahap sekolah menengah je kot. Sabar banyak-banyak, Sarah. Huhu.

Nota 3: Tengah saya bermain Minesweeper sekejap tadi, Sha (junior saya) datang menjenguk. Dia pelik macam mana saya main benda alah tu. Selepas saya mengajarnya formula 9 kotak, barulah dia faham tentang game tu. Katanya, selama ini dia ingat game tu pakai tekan ikut nasib je. Aduh. Comel betul Sha ni!

Nota 4: Waktu di tahun 5, saya suka main Sudoku sewaktu Psychiatry lecture. Maksudnya apa? Hehe.

22 Responses to “Penangan Nombor”

  1. Yeop says on :

    Assalamualaikum Sarah.

    Dubre Utra Moskve,

    Kenapa ya main sudoku masa ‘psychiatry lecture’??

    Reply

  2. nabilah mangshor says on :

    😀
    suka main sudoku gak

    Reply

  3. haritz says on :

    alamak Mineswepeer tu saya hentam saja, nasib2 menang.

    Reply

  4. miji says on :

    hihik..

    Sarah, cepat challenge rekod minesweeper expert saya..
    168 saat

    hehe

    Reply

  5. emperor sara says on :

    hehe..no comment..i dislike numbers.. ❗

    Reply

  6. fuad says on :

    Demi sesungguhnya, bagi kamu pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) di hari akhirat serta dia sentiasa menyebut dan mengingati ALLAH sebanyak mungkin (di waktu susah dan senang).” – Surah al-Ahzab: 21.

    Salam kak sarah dari saya…

    bila nak balik malaysia,macam kak sarah kt sana,susah x nak amal agama di sana,
    disana ada terjadi islamic fobia x…hu3

    Saya ingin tahu?????

    Reply

  7. Nad says on :

    Ooooooo. Baru tahu Minesweeper tu ada guna kira-kira. Main tekan je dulu. Tak suka betul, ingatkan bom tu meletup sebab tak kena tekan 😆

    Reply

  8. Kasawari says on :

    wah suka main game eklk.. he he.. nak test ler game ni kat vista.. meletup tak.. he he 😆 😆

    Reply

  9. Khairul says on :

    Jadi, sambil main Minesweeper tu, cuba KS bayangkan setiap bom yang meletup adalah seperti jerawat di muka KS. Miahaha.

    Pagi tadi kan, saya mimpi yang saya ada banyak homework matematik yang perlu disiapkan. Padahal dah kerja dah pun, ada lagi homework. Ngeri betul. Mungkin itu tandanya saya kena banyak buat latihan matematik kot.. dah lama sangat tinggal.

    Reply

  10. sinar_islami says on :

    hehe..ada taktik upernye..Minesweeper ..main hentm gak slma ini..
    sudoku blh la lagi…
    oh akak ada kembar ye..wah bestnye..
    btw mga cepat hilang sakitnye ^-^

    Reply

  11. hadry says on :

    waaaa lepas ni boleh la Sha ajar saya plak!! hehe…. sebab saya pon x reti nak main minesweeper tu…. hahahaha 😆

    Reply

  12. Ksu says on :

    Salam Sarah,

    Sama la kita. Ksu pun suka main minesweeper dulu. Tp, dh lupa best time, rasanya area sarah jugk. Nanti nk try kt vista kt laptop kt rumah la plak. Hehe..

    Sudoku memg my favourite. Tengh tunggu Aisya tusyen pun sempt main sudoku kt hp. Hehe..

    Reply

  13. 13may says on :

    minesweeper…best layan gam nih…hehhe hehhe

    Reply

  14. Sweet Thinker says on :

    nape no kat atas tade ciri2 no tepon russia :p

    Reply

  15. topazaniq says on :

    salam sarah,

    bila balik nak balik Pahang? Ingat negeri sendiri.Ingat juga ibu dan ayah di….?

    Reply

  16. zool says on :

    Hm.. betul ke ada ‘connection’ antara kembar..
    maksudnya kalau sorang demam yang sorang lagi pun akan demam..
    ye ke?
    tu je pertanyaan..
    sekarang ni pun saya tengah demam..

    Reply

  17. truemax says on :

    ok.. you won.. 118 tu dah kira tahap genius tu!

    Reply

  18. hakimah says on :

    sarah…saya exam kejap lagi. lg satu jam setengah..

    cuak..sy akan cuba buat yg terbaik..doakn kami..

    Reply

  19. mr hafis says on :

    “jika ku seorang robot.”

    lebih kacip dengan arithmetic.

    🙂

    Reply

  20. acai says on :

    Salam sarah,

    Waaa bleh lawan saya ni main soduku ngan minesweeper,hehe..:) takde member sy bleh lawan sy tau..cuma dah lama gilelah tak main,huhu..sy kalau bosan time study sy tidur sarah,ahahah..sarah, camne nak main IQ test tu?

    Reply

  21. djambu says on :

    hehe.. maknenye kuliah psikiatri tu membosankan…haha! 😛

    Reply

  22. akukopi says on :

    uiks, panahan laser dgn radiasi? amboi3x… ambo yg bekerja dgn rektor nuklear pun tak berani nk handle menda2 radioaktif.. 😯

    Reply

Leave a Reply